CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 7155|Reply: 0

[Sabah] Penilaian Tahun Empat perlu penjelasan jelas – MCCC Sabah

[Copy link]
Post time 25-1-2026 06:51 AM | Show all posts |Read mode


LAU

KOTA KINABALU: Dewan Perdagangan Malaysia-China (MCCC) Sabah menegaskan tidak menentang reformasi pendidikan, namun pelaksanaan penilaian sekolah rendah pada Tahun Empat perlu diperjelaskan secara menyeluruh bagi mengelakkan kekeliruan dan tekanan kepada pelajar serta ibu bapa.

Naib Presidennya, Lau Jiin Woei berkata, jika penilaian Tahun Empat dijadikan penanda aras prestasi atau rujukan rasmi, pihak berkuasa mesti menjelaskan kedudukannya berbanding penilaian Tahun Enam, termasuk fungsi, kaedah pelaksanaan dan kesan jangka panjang.

Katanya, peranan kedua-dua penilaian perlu dibezakan dengan jelas bagi mengelakkan piawaian kabur, tafsiran bertindih serta kesan psikologi kepada pelajar.

Beliau turut menegaskan keputusan Tahun Empat wajar berfungsi sebagai rujukan tahap pembelajaran, bukannya penentuan muktamad keupayaan pelajar.
Selain itu, katanya, ia juga perlu disertakan mekanisme pemulihan dan kaunseling yang berkesan di peringkat sekolah.

Lau berkata, Kementerian Pendidikan juga perlu memberi penjelasan telus sebelum dasar dilaksanakan, termasuk sama ada keputusan penilaian mempunyai kaitan dengan sistem peralihan ke sekolah menengah.

Selain itu, beliau bimbang penilaian itu boleh meningkatkan beban kewangan ibu bapa sekiranya ia ditafsirkan sebagai keputusan penting sehingga mendorong kebergantungan kepada tuisyen.

“Penilaian harus menjadi alat sokongan pembelajaran dalam sekolah, bukan sumber tekanan atau kos tambahan kepada ibu bapa,” katanya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2026 04:20 PM GMT+8 , Processed in 0.162955 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list