CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18090|Reply: 0

[Perlis] Keahlian tiga bekas ADUN Perlis terhenti diputuskan PAS Pusat, bukan Hadi - Syahir

[Copy link]
Post time 25-1-2026 01:06 AM | Show all posts |Read mode
Keahlian tiga bekas ADUN Perlis terhenti diputuskan PAS Pusat, bukan Hadi - Syahir

Oleh Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid - Januari 24, 2026 @ 5:12pm





Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang. - Foto fail BERNAMA



KUALA LUMPUR: Ketetapan keahlian tiga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Perlis yang terhenti diputuskan PAS Pusat dan bukannya arahan Presiden Tan Sri Abdul Hadi Awang seperti digambarkan sebuah portal berita.

Penolong Setiausaha Agung PAS, Syahir Sulaiman, berkata Fasal 15A Perlembagaan PAS (Pindaan 2025) berkaitan Keberhentian Ahli Badan Perundangan PAS diluluskan oleh muktamar parti dengan sokongan sebulat suara.

"Ketetapan ini adalah keputusan muktamar, selaku badan tertinggi parti.

"PAS Pusat hanya melaksanakan keputusan itu bagi memenuhi mandat dan hasrat akar umbi parti, mengambil kira betapa seriusnya pelanggaran ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengulas laporan sebuah portal berita memetik Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin yang menyatakan masih terdapat kemungkinan jalan penyelesaian berhubung kedudukan tiga ADUN PAS di Perlis diberhentikan pada 24 Disember lalu, memandangkan keputusan berkenaan masih tertakluk kepada pertimbangan Majlis Syura parti itu.

Hashim dilaporkan berkata, segala ketetapan yang dibuat oleh Abdul Hadi berhubung kedudukan tiga ADUN itu belum muktamad sepenuhnya kerana kuasa akhir terletak di tangan Majlis Syura.

Katanya, usaha mencari penyelesaian terhadap isu itu sedang giat dijalankan dan diyakini dapat dimuktamadkan dalam masa terdekat.

Mengulas lanjut, Syahir berkata, keputusan PAS Pusat yang dibuat pada 24 Disember 2025 mengenai keahlian tiga bekas ADUN di Perlis adalah berdasarkan kepada perakuan dan pengakuan yang diberikan sendiri oleh mereka kepada Jawatankuasa Harian PAS Pusat dalam mesyuarat diadakan di pejabat parti pada 21 Disember tahun lalu.

Ahli Parlimen Bachok itu dalam masa sama turut menegaskan hubungan antara Abdul Hadi, Hashim, seluruh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat serta Ahli Majlis Syura Ulama sentiasa terpelihara dan kekal utuh.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/01/1500915/keahlian-tiga-bekas-adun-perlis-terhenti-diputuskan-pas-pusat-bukan

kehkehkeh mcm koliang.





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2026 04:19 PM GMT+8 , Processed in 0.787894 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list