CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 18731|Reply: 0

[Kedah] 'Apa pun berlaku, saya harap sukan khususnya bola sepak akan terus maju...' - Menteri Belia dan Sukan

[Copy link]
Post time 24-1-2026 10:27 PM | Show all posts |Read mode
'Apa pun berlaku, saya harap sukan khususnya bola sepak akan terus maju...' - Menteri Belia dan Sukan

Noorazura Abdul Rahman - Januari 24, 2026 @ 1:45pm





Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari menyerahkan sumbangan pada Majlis Penyerahan Bantuan Wang Ihsan (BWI) di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah di Alor Setar, hari ini. - NSTP/Wan Nabil Nasir



ALOR SETAR: Pendirian Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berhubung kemelut yang melanda Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hanya akan dibuat selepas menerima laporan terperinci dan meneliti semua perkembangan semasa berkaitan isu itu.

Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari, berkata kementerian mengambil pendekatan berhati-hati dan akan menilai semua maklumat sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi.

"Saya perlu tunggu dulu laporan yang terperinci dan sebagainya sebelum mengeluarkan apa-apa komen pendirian daripada KBS.

Kita tunggu dan lihat bagaimana perkembangan selanjutnya sebelum saya boleh komen lebih lanjut," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Penyerahan Bantuan Wang Ihsan (BWI) Kota Setar di Kompleks Belia dan Sukan Negeri, di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Jawatankuasa Eksekutif FAM berkemungkinan meletak jawatan beramai-ramai seawal minggu depan dalam satu langkah yang disifatkan sebagai pengunduran strategik bagi memastikan kelangsungan masa depan bola sepak negara.

Menurut sumber terdekat badan induk itu, langkah berkenaan dipercayai bertujuan mengelakkan pengambilalihan sepenuhnya oleh jawatankuasa normalisasi yang dilantik Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Selain itu, Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dilaporkan turut mencadangkan agar Jawatankuasa Eksekutif FAM berundur bagi mengelak risiko penggantungan, yang sekiranya berlaku akan menyaksikan persatuan itu ditadbir sementara oleh FIFA dan AFC.

Dalam perkembangan berkaitan, Dr Mohammed Taufiq menegaskan, KBS sentiasa memantau sebarang isu yang timbul membabitkan persatuan sukan di negara ini dan tidak hanya memberi tumpuan kepada FAM.

Bagaimanapun, beliau berkata, kementerian tidak akan mencampuri sebarang proses yang berada di luar bidang kuasa KBS, selaras dengan prinsip pemisahan kuasa yang perlu dipatuhi.

"Pemisahan kuasa ini amat penting.

Sebab itu saya perlu melihat, menunggu laporan dan keputusan terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut.

"Kita tidak akan mengganggu proses yang bukan dalam bidang kuasa kementerian," katanya menambah pembangunan bola sepak negara perlu terus dipelihara memandangkan sukan itu berperanan sebagai medium penyatuan rakyat.

"Kita akan terus memastikan bola sepak ini menjadi wadah perpaduan rakyat.

Bola sepak adalah sukan yang amat diminati rakyat secara keseluruhannya dan pembangunan sukan ini tidak boleh terhenti atau diganggu-gugat," katanya.

Katanya lagi, KBS akan terus meneliti setiap isu berkaitan sukan, termasuk bola sepak dengan penuh tanggungjawab, namun tetap berpegang kepada garis kuasa yang ditetapkan.

Katanya, kementerian sentiasa bersedia menghulurkan bantuan dan sokongan dalam apa jua aspek yang berada di bawah bidang kuasanya bagi memastikan kelangsungan serta kemajuan sukan di negara ini

"Apa pun yang berlaku, saya berharap sukan khususnya bola sepak akan terus maju, mara ke hadapan dan kekal sebagai sukan yang digemari serta mendapat sokongan penuh rakyat Malaysia," katanya.

https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2026/01/1500817/apa-pun-berlaku-saya-harap-sukan-khususnya-bola-sepak-akan-terus-maju





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2026 04:19 PM GMT+8 , Processed in 0.263568 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list