CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19159|Reply: 0

[Kedah] The Next Factor pertahan gelaran RLIR

[Copy link]
Post time 24-1-2026 09:40 PM | Show all posts |Read mode
The Next Factor pertahan gelaran RLIR

Oleh Hamzah Osman - Januari 24, 2026 @ 7:10pm





Kapal layar The Next Factor dikemudi Rolf Heemskerk ketika beraksi dalam kelas Racing pada Regata Antarabangsa Diraja Langkawi (RLIR) 2026 di Langkawi. - Foto NSTP/Hamzah Osman



LANGKAWI: The Next Factor mengekalkan penguasaan kelas Racing Regata Antarabangsa Diraja Langkawi (RLIR) 2026 pada edisi ke-22 kejohanan itu di sini, hari ini.

Kejayaan itu dipastikan selepas kapal layar dikemudi Rolf Heemskerk itu mendominasi dua perlumbaan terakhir West Coast Island Course dengan menamatkan saingan di tempat pertama, mengumpul keseluruhan 15 mata.

Hasil pencapaian cemerlang itu menyaksikan The Next Factor membawa pulang trofi cabaran Piala Perdana Menteri 2026, selain mengekalkan status sebagai 'raja' perairan Langkawi.

Tempat kedua menjadi milik kapal layar Alive dari Australia pimpinan Duncan Hine dengan 16 mata, manakala Blitz dari Hong Kong yang dikendalikan Nick Burns menduduki tempat ketiga selepas mengumpul 20 mata.

Kapal layar Rama Rama VG dari Singapura yang dikemudi Rama Menon pula menamatkan saingan di tempat terakhir dengan 39 mata.

Heemskerk ketika ditemui berkata, beliau berpuas hati dengan prestasi pasukannya terutama dalam dua perlumbaan terakhir yang berlangsung dalam keadaan cuaca baik dan angin kencang.

"Keadaan cuaca amat membantu kami beraksi seperti dirancang tanpa sebarang masalah.

Ini antara regata terbaik kami dalam tempoh setahun dan kami berjaya mengotakan janji mempertahankan kejuaraan," kata Heemskerk.

Katanya, saingan sengit daripada Alive dan Blitz sepanjang lima hari perlumbaan turut memberi tekanan kepada pasukannya sebelum kejayaan dimuktamadkan hari ini.

RLIR 2026 menyaksikan penyertaan 35 bot membabitkan 250 pelayar yang bersaing dalam tujuh kelas perlumbaan iaitu Racing, IRC 1, IRC 2, Club Class, Sports Boats serta Multihull Racing dan Cruising.

https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2026/01/1500955/next-factor-pertahan-gelaran-rlir





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2026 04:20 PM GMT+8 , Processed in 0.398085 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list