CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 34|Reply: 0

[Sarawak] Penurunan had umur permohonan kewarganegaraan tuntut tindakan proaktif tangani kes anak tak sah taraf

[Copy link]
Post time 21-1-2026 09:01 AM | Show all posts |Read mode


Fatimah ketika berucap pada Majlis Penyerahan Endowment Fund Sarawak (EFS) dan Bantuan Ibu Bersalin Tahun 2026 semalam. -Gambar UKAS.

KUCHING: Keputusan kerajaan persekutuan menurunkan had umur permohonan kewarganegaraan di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan daripada 21 tahun kepada 18 tahun yang berkuat kuasa Jun 2026 menuntut tindakan lebih proaktif daripada ibu bapa dan penjaga khususnya dalam menangani kes anak tidak sah taraf di Sarawak.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, perubahan dasar berkenaan memberi implikasi langsung terhadap ribuan permohonan kewarganegaraan yang diterima setiap tahun dengan kategori anak tidak sah taraf terus mencatatkan jumlah tertinggi.

“Anak tidak sah taraf lazimnya dilahirkan sebelum perkahwinan ibu bapa didaftarkan secara sah atau melibatkan pasangan warga asing.

"Dalam situasi ini, anak akan mengikut kewarganegaraan ibu dan sekiranya ibu bukan warganegara, permohonan kewarganegaraan anak perlu dibuat di bawah Perkara 15A,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Endowment Fund Sarawak (EFS) dan Bantuan Ibu Bersalin Tahun 2026 semalam.

Fatimah menambah, jawatankuasa khas yang ditubuhkan khusus untuk Sarawak itu berperanan sebagai mekanisme pemudah cara bagi memastikan permohonan dikemukakan secara teratur dan memenuhi syarat dokumentasi sebelum diangkat ke Bahagian Kewarganegaraan di Putrajaya.

“Perlu ditegaskan bahawa jawatankuasa ini tidak mempunyai kuasa meluluskan permohonan.

"Keputusan muktamad terletak kepada Menteri Dalam Negeri, namun peranan kami adalah memastikan tiada permohonan dihantar dalam keadaan tidak lengkap atau tidak menepati syarat,” jelasnya.

Mengulas statistik, beliau memaklumkan pada tahun 2024 sebanyak 36 permohonan telah dibentangkan kepada jawatankuasa khas manakala pada tahun 2025 jumlah tersebut meningkat kepada 63 permohonan dengan sebahagian besar melibatkan kategori anak tak sah taraf, diikuti anak jagaan dan anak angkat.

Maka dengan itu, beliau menyeru peranan aktif ketua masyarakat dan media dalam menyampaikan maklumat tepat kepada komuniti, khususnya di kawasan sempadan dan bandar utama seperti Kuching dan Miri yang mencatatkan jumlah permohonan lebih tinggi.

Beliau di majlis yang sama turut menyampaikan surat kelulusan kewarganegaraan kepada dua penerima, sekali gus mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam menangani isu kewarganegaraan secara berperingkat dan berperikemanusiaan.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 22039 Replies : 32
'Daftar Tahun Satu usia enam tahun, 143 negara sudah guna pendekatan sama' - Nurul Izzah
Abahmung'Daftar Tahun Satu usia enam tahun,
Views : 21784 Replies : 5
Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri' patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku
ultra78Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri'
Views : 19360 Replies : 6
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2023 Replies : 8
...CHAT ABOUT HUMANITY...
seribulan...CHAT ABOUT HUMANITY...
Views : 13939 Replies : 2028
QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
ipes2QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
Views : 17516 Replies : 148
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 4442 Replies : 17
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 22064 Replies : 8
30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Gadis Gen Z ini nak kahwin secara sederhana tapi kiciwa mak ayah nak majlis kahwin 'Grand'
YgBenar30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Ga
Views : 23350 Replies : 2
travel to chicago
kukukufdd456yDdtravel to chicago
Views : 12530 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 05:59 AM GMT+8 , Processed in 0.067933 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list