CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 35|Reply: 0

[Sarawak] Azizul dahului senarai penerima anugerah Darjah dan Pingat Kebesaran Sarawak

[Copy link]
Post time 21-1-2026 08:59 AM | Show all posts |Read mode


Tun Wan Junaidi bersama Toh Puan Fauziah hadir pada Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Sarawak di Astana Negeri Sarawak, Petra Jaya, pada Selasa. -Gambar UKAS

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu Azizul Annuar Adenan mendahului senarai 147 individu yang dianugerahkan Darjah dan Pingat Kebesaran Sarawak dalam satu Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Sarawak di Astana Negeri, Petra Jaya, hari ini.

Azizul dianugerahkan pingat Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak, Johan Bintang Kenyalang (J.B.K).

Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah menyempurnakan majlis tersebut diiringi isterinya Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi.



Tun Wan Junaidi memakaikan pingat pingat Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak, Johan Bintang Kenyalang (J.B.K) pada Azizul. -Gambar UKAS

Ia diikuti oleh ADUN Tebedu Simon Sinang Bada, Pengarah Imigresen Negeri Sarawak Abdul Halim Abang Naili, Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia Sarawak Vijayen Nagalingham, Setiausaha Politik Premier Sarawak Abdul Samat Gany, Bundan Ngila dan Chamles Jack @ Leng Jack, demikian menurut laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS).

Sementara itu, bagi Pingat Pentadbiran Awam, Pingat Perkhidmatan Cemerlang (P.P.C) telah dianugerahkan kepada lapan individu terdiri daripada Residen Bahagian Sibu Abang Mohamad Porkan Abang Budiman, Residen Bahagian Kapit Elvis Didit, Pengarah Unit Audit Dalam Jeferi Drahman serta Residen Bahagian Serian Caroline Cleophas Joseph.

Turut dianugerahi Pingat Pentadbiran Awam, Pingat Perkhidmatan Cemerlang (P.P.C) ialah Pengarah UKAS Awang Putrayusrie Awang Redzuan, Pengarah Jabatan Mufti Sarawak Ahmad Sukarno Saini, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan Sarawak Mohamad Lotfi Tuah serta Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Julin Alen.

Bagi Pingat Perwira Negeri (P.P.N) peringkat Perak pula, seramai tiga penerima telah dipilih iaitu Nelson Anyang Imang, Awang Sepian Awang Juini dan Agam Galau.
Manakala Pingat Perwira Negeri (P.P.N) peringkat Gangsa telah dikurniakan kepada Hadzli Awi.

Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak, Pegawai Bintang Sarawak (P.B.S) dianugerahkan kepada enam penerima iaitu ADUN Jepak Iskandar Turkee, Profesor Dr Mohammad Zulkarnaen Ahmad Narihan, Profesor Dr Andrew Ragai Henry Rigit, Ismail Dikoh, Muyang Jami serta Nawawi Matnor.

Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak, Pegawai Bintang Kenyalang (P.B.K) pula dikurniakan kepada 14 individu terdiri daripada Superintenden Hamka Mohamad, Husini Bakir, Jeremiah Oliver Jitos, Mohammad Jefri Crossley, Othman Anyan, Sharifah Fariah Syed Junaidi, Haniza Amit, Monaliza Ismail, Phan Hui Sieng, Shirini Mastura Mohamed Zulkifli, Samri Suhaili, Thian Nai Poh, Tay Soon Hiang serta Zubaidah Abdul Ghani.

Bagi Pingat Pentadbiran Awam, Pingat Perkhidmatan Bakti (P.P.B), seramai 13 penerima telah dipilih iaitu Frank Lani, Kilat Naipock, Laga Kueh, Minggu Jampong, Raca Mulong, Raymond Lee Hock Sung, Dayang Naziah Anuar, Florence Aloysius Lisu, Genevieve Ann Tida Edward Sadai, Grace Telon Joseph, Lim Ying Tyng, Rita William Toyad serta Zaidah Muhaini.

Selain itu, Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak, Ahli Bintang Sarawak (A.B.S) telah dianugerahkan kepada 12 individu terdiri daripada Tan Lek Jin, Liew Ah Chin, Lim Ming Kuang, Ling Teck Kiong, Lo Chan Ying, Ugat Wan @ Jalong Wan, Mathew Ngau Jau, Albert Andrew, Riseng Ngirai, Tan Teck Ming, Teo Yong Hua serta Yap Chong Guan.

Bagi Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak, Ahli Bintang Kenyalang (A.B.K), seramai 12 penerima telah dipilih iaitu Joseph Lapjit, Maidie Kassim, Melana Denu @ Raymond Melana Denu, Mohamad Ali Hanaffiah Jeraee, Nanta Basi, Nazarni Salleh, Nazeri Idi, Oliver Singah, Ivy Ejoy Jaming, Kartinah Sadjoy, Lilla Raja @ Lilla Wong serta Oyau Kannyen.

Bagi Pingat Pentadbiran Awam, Pingat Perkhidmatan Terpuji (P.P.T), seramai 37 penerima telah dipilih antaranya Awang Rajak Awang Hamdan, Azizi Mohamad Mortadza, Junid Sulaiman, John Boniface, Johnny Umpeng, Mohamad Saufi Hussain, Mohammad Azirin Dawi Saifuddin, Rosalan Nawi, Roslan Sabawi, Rogie Saui, Samat Baret dan Salleh Sidi.

Manakala Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak, Bentara Bintang Sarawak (B.B.S) telah dianugerahkan kepada 34 individu antaranya Abdul Hasraymi Abdul Raymond Shah, Abdul Rahim Nazari, Abdul Rahim Abdullah, Abang Helmi Abang Unin, Abdul Rahman Bolhassan, Aini Junaidi, Ali Saifuddin Morsidi, Awang Asmarizal Awang Ahmad Dawi dan Alex Tang See Hua.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 22039 Replies : 32
'Daftar Tahun Satu usia enam tahun, 143 negara sudah guna pendekatan sama' - Nurul Izzah
Abahmung'Daftar Tahun Satu usia enam tahun,
Views : 21784 Replies : 5
Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri' patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku
ultra78Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri'
Views : 19360 Replies : 6
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2023 Replies : 8
...CHAT ABOUT HUMANITY...
seribulan...CHAT ABOUT HUMANITY...
Views : 13939 Replies : 2028
QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
ipes2QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
Views : 17516 Replies : 148
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 4442 Replies : 17
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 22064 Replies : 8
30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Gadis Gen Z ini nak kahwin secara sederhana tapi kiciwa mak ayah nak majlis kahwin 'Grand'
YgBenar30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Ga
Views : 23350 Replies : 2
travel to chicago
kukukufdd456yDdtravel to chicago
Views : 12530 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 05:59 AM GMT+8 , Processed in 0.035792 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list