|
View: 490|Reply: 7
|
Sebutir permata ungu Nilam bintang 6 sinar bernilai lebih RM1.6 bilion ditemukan di Sri Lanka
[Copy link]
|
|
|
COLOMBO – Sebutir permata ungu bernilai sehingga AS$400 juta (RM1.62 bilion) ditemukan di Sri Lanka, dipercayai batu nilam bintang semula jadi terbesar pernah dijumpai, lapor akhbar The Sun UK semalam.
Nilam bintang ungu dinamakan ‘Star of Pure Land’ itu mempunyai berat 3,563 karat(73 gram).
Ia merupakan sejenis permata nilam yang memancarkan pantulan cahaya seperti bintang.
Ciri itu dipanggil asterisme, manakala permata khusus tersebut mempunyai asterisme enam sinar, memberikannya penampilan yang sangat mempesonakan.
“Ini adalah nilam bintang ungu terbesar seumpamanya,” kata ahli gemologi, Ashan Amarsinghe.
“Ia menunjukkan asterisme yang jelas dan mempunyai asterisme enam sinar. Ia sesuatu yang istimewa daripada semua batu lain,” tambahnya.
Permata itu dipercayai bernilai sekurang-kurangnya AS$300 juta (RM1.2 bilion), dan berpotensi mencecah sehingga AS$400 juta. – AGENSI |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
besar betul
nak jadi perhiasan pun tak tau nak letak camane, dah besar bola lontar peluru je |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
itu betul harga jualan ka harga angan2 ja
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Permata ni kira nilai tinggi macam emas ye meols kompius jugak antara emas, permata, zamrud, batu delima yg mana paling bernilai tinggi. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Masa kecik2 dulu belakang umah meols ada kawasan bukit yg lepas tu dikorek sebahagian bukit tu utk diambil tanah dia. So ada part bukit yg terdedah tu, tak la tinggi mana pun. Memang jadi tempat memanjat la weols bebudak kampung time tu. Meols selalu juga perasan batu2 dan kawasan permukaan situ macam ada sesuatu warna putih berkilau, taktau nak describe camne. Bila meols korek2 keluar macam seketul batu yg kat tepi batuan tu ada terselit warna putih berkilau. Cantik je tengok. Kawan2 meols melawak kata ni ambik bawak pi juai laku ni. Taktau la betui ke tak tu. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
isyh isyh isyhh,,, meols pun haderrrrr
tp kaler ijau, hat ni 2,680 carat jewww tapinyehhh 
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
sapphire ni mmg kedua keras dari diamond kan? ke granite lagi keras dari sapphire? |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|