CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 1517|Reply: 65

Tahun 1 usia 6 tahun hanya untuk anak, ibu bapa yang bersedia - Fadhlina Sidek

[Copy link]
Post time 20-1-2026 04:03 PM | Show all posts |Read mode





PUTRAJAYA – Kemasukan kanak-kanak berusia enam tahun ke tahun satu bukan bersifat wajib dan hanya melibatkan ibu bapa serta anak-anak yang benar-benar bersedia.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, aspek kesediaan psikologi dan emosi kanak-kanak menjadi keutamaan Kementerian Pendidikan (KPM) bagi mengelakkan sebarang kesan negatif terhadap perkembangan awal murid.

“Kita galakkan hanya kepada ibu bapa yang bersedia. Paling penting, anak itu sendiri mesti bersedia. Kalau anak tidak bersedia dari segi psikoemosi, kita tidak mahu ada impak kepada mereka,” katanya menerusi sesi penerangan kepada media selepas Majlis Peluncuran Rancangan Pendidikan Negara 2026-2035 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan bermula tahun hadapan, pendidikan prasekolah akan bermula pada usia lima tahun, sementara tahun satu pula bermula pada usia enam tahun.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun beliau menjelaskan perubahan masih belum diwajibkan kepada ibu bapa bagi memberi ruang kepada pelbagai pihak bersedia kepada persekitaran baharu pendidikan, khususnya warga pendidik.

Mengulas lanjut, Fadhlina berkata, ibu bapa memainkan peranan penting untuk mengenal pasti tahap kesediaan anak masing-masing sebelum membuat sebarang keputusan, manakala KPM akan menyediakan ujian diagnostik sebagai sistem sokongan bagi menilai tahap kebolehan dan kesediaan murid.

“Sebab itu kita tekankan, ibu bapa perlu kenal pasti dahulu. KPM pula akan melaksanakan ujian diagnostik untuk melihat kesediaan anak-anak ini,” ujarnya.

Mengulas kebimbangan kemungkinan berlaku lambakan murid dan isu prasarana sekolah, Fadhlina berkata, pelaksanaan akan dibuat secara berperingkat dengan mendahulukan kanak-kanak yang benar-benar bersedia.

“Penyelesaiannya ialah kita mulakan dengan yang bersedia dahulu. Daripada data yang kita kumpul, barulah kita boleh susun persiapan termasuk prasarana,” katanya.

Beliau menjelaskan, kohort sedia ada murid berusia tujuh tahun akan diteruskan seperti biasa, manakala penambahan murid enam tahun ke Tahun Satu akan dibuat berdasarkan data dan kesiapsiagaan sekolah.

Sehubungan itu, Fadhlina berkata, KPM akan mengumumkan garis masa pelaksanaan bagi membolehkan ibu bapa membuat keputusan secara teliti.


Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2026 06:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Makpak ready je nak anak cepat2 masuk sekolah, tapi adakah kerajaan dah sedia? Kelas cukup? Cekgu cukup? Meja? Kerusi?

Ada ke makpak yang nak anaknya masuk sekolah umur 7 tahun dah lepas ni bila anak orang lain dah masuk masa umur 6 tahun?
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2026 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 20-1-2026 06:50 PM
Makpak ready je nak anak cepat2 masuk sekolah, tapi adakah kerajaan dah sedia? Kelas cukup? Cekgu cu ...

Majoriti negara maju, kanak2 start darjah 1 pada usia 6 tahun. Umur 18 tahun masuk university. Sbb tu PMX kata kita pun perlu beransur2 menuju kearah tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2026 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Apoo replied at 20-1-2026 08:12 PM
Majoriti negara maju, kanak2 start darjah 1 pada usia 6 tahun. Umur 18 tahun masuk university. Sbb ...

Mmg la tp kelas mencukupi ke noksss...tgk area cyber jela cukup..sesakk
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2026 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Apoo replied at 20-1-2026 08:12 PM
Majoriti negara maju, kanak2 start darjah 1 pada usia 6 tahun. Umur 18 tahun masuk university. Sbb ...

Ye takde masalah nak mula sekolah dari umur 1 tahun pon.. tapi mampu ke sekolah nak tampung penambahan murid?

Gelojoh sangat dah kenape?

Bukan ke baru aritu cakap kelas tak cukup bagai
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2026 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 20-1-2026 06:50 PM
Makpak ready je nak anak cepat2 masuk sekolah, tapi adakah kerajaan dah sedia? Kelas cukup? Cekgu cu ...

Umum dulu..yg bwh2 pandai2 la ejas sendiri..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-1-2026 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
adeqbun replied at 20-1-2026 08:45 PM
Umum dulu..yg bwh2 pandai2 la ejas sendiri..

Nanti boleh salahkan umno tak bina sekolah mencukupi bagi menampung kegelojohan madani
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2026 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by hart_attack at 20-1-2026 10:18 PM

Iols x ready, biar dia 7 tahun skolah darjah 1.
Kes sekolah padat pun x setel lg, SMK anak  iols ada 15++ pelajar utk 2 sesi. Lg ada 2 kondo dan 1 perumahan yg bakal siap x lama lg. Uols rasa ank dorg nk campak dkat skolah mana?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2026 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2026 12:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Lepasni wujud la pulak makayah yg humblebrag kat sosmed anak dia layak masuk darjah 1 umur 6 tahun,jadi trend baru la pasni
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2026 04:07 AM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 20-1-2026 08:40 PM
Ye takde masalah nak mula sekolah dari umur 1 tahun pon.. tapi mampu ke sekolah nak tampung penamb ...

Sbb tu dibuat beransur2. Klu rasa anak x ready & sekolah penuh etc, x yah la hantar.

Klu x dimulakan sekrg, bila lagi?
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2026 07:55 AM | Show all posts
buat satu placement test laa.. kat skolah pun kita buat streaming apa.. kalau dah form 1 tu 12 kelas..
gila ke apa nk campur yg pandai dengan yg tak berapa pandai..
cikgu pun payah nk mengajar.
tu sebab kita wujudkan kelas Rancangan Khas. kelas Aliran Agama. sebab potensi murid ni pelbagai.
korang tk perasan ke nak masukkan anak ke skolah SERAI pun ada penilaian. tak tau ngaji payah ler nak masuk.
yg buta huruf tu campak masuk skolah kerajaan.

jd betullah tu. parents yg perlu bersedia. sedia kan anak. bila persekitaran kita berubah,
nak tak nak kita pun kena berubah. kalau tak kita yg akan ketinggalan
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2026 08:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Jangan terkejut pasal 6 tahun dah blh masuk Tahun 1 tu selama ni pun mana2 yg lahir 1/1  memang kena masuk Tahun 1 masa umur 6 tahun.
Itu tak kira lagi anak2 yang bersekolah swasta yg ikut silibus antarabangsa ada sekolah umur 5 tahun dah dikira Tahun 1.
Umur 16 tahun ambil exam IGCSE pastu tamatlah sudah sekolah menengah.

Cuma kali ni diberi pilihan untuk semua dan bukannya auto layak sebab nanti akan ada ujian saringan dulu.

Lagi terkejut bila tahu ramai risau anak terberak bagai, apakah anak kalian umur 6 tahun masih belum bebas lampin?
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2026 08:29 AM | Show all posts
Macam ada doktor tu cakap, kita perlukan fasiliti macam hospital. Begitu jugak sekolah. Bukan ladang babi.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2026 08:47 AM | Show all posts
kalau ikut obsrvation iols la.. 4 anak ni.. semua perkembangan x sama...
iols mmg antar anak dari 5 yrs pegi pre school je.. cumanya.. ade mak pak yg berkemampuan mmg hantar anak pegi play school seawal 3-4 tahun.. mmg budak tu dah ready utk masuk darjah 1 umo 6 tahun.. yg hantar pegi taska and day care pun.. most of budak ready utk darjah 1..

anak2 iols plak.. yg sulong agak blur dulu.. yg no 2 pun send pegi tadika masa umo 5 thn pun blur blur.. yg no 3 masa 5 tahun lagi la still manja.. 2 bulan melalak depan pintu sekolah .. yg no4 plak budak covid. lagi la sgt introvert.. sgt ambil masa nak mingle around dgn kawan..

semua perkembangan x sama.. guru2 kat skolah rendah semua nak express.. mau ketinggalan budak yg x bersedia.. dgn penilaian pbd lagi.. lagi la hari biru ..

cumanya.. kita kene terima.. anak2 kita selalu mmg jadi lab rat.. rakyat memang kene tadah je jadi tikus yg kene ikut  cadangan kera-jaan sekarang ni akan success ke idok.. x ikut x boleh juga.. mau kene seranah suh kuar dari mesia kalau x setuju dgn planning ministry kan..

bertegas mereka.. takkan patah balik utk kembalikan upsr dan pt3.. mcm umpama jilat ludah sendiri la kot.. la ni ker-jaan tgh melobi  dan prepare for another election kan.. sekrang masa utk they all plan janji manis umpama tanam tebu di bibir.. bertabah la ye 2027 akan menjelang.. iols ingatkan aje..
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2026 08:53 AM | Show all posts
budak2 boleh catch up donch worry sbb most itl skul smua start at 5 yo masuk year 1, then 1st year degree umo 18, umo 17 pun adoo kut hat super smart boleh lompat kelas atau amek igcse awai cikit


budak2 mesia je masuk 1st year umo 20, antara yg plg tuer la start 1st year UG

tp issue dia mebi betul lah tu... facility cukup ka tarak cukup? tapi kut next year start satu cohort tu je la berbondong2 cikit..but at the same time gomen kena start somewhere

so nak tunggu bangunan baru ke cegu2 kena tambah ke lg lama kut but they want to see the result as soon kut gaytoh

yg jd korban just budak2 umo 6-7 je lah next year. sok nak dpt mrsm, ke sbp ke, scholarship ke masuk uni ke semua 2 kali ganda hebat dr skeang

for this meols kasik 6,7 bintang gaytohhh


so bertabahlah mak pak yg anak 6,7 ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2026 09:00 AM | Show all posts
skrgpun 1 kelas 40 murid, cikgu xdenye dpt focus kt budak2. negara maju 1 kelas berapa org je murid. nk buat boleh tp siapkan dlu fasiliti ni melalak dulu yg lain2 kemudian.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2026 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts


Bab belajar menda sama tu iols faham

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2026 09:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Kitty_catz replied at 21-1-2026 08:53 AM
budak2 boleh catch up donch worry sbb most itl skul smua start at 5 yo masuk year 1, then 1st year d ...

Anak sepupu iols sekolah tadika kemas tapi dia mmg fast learner laa kot
Masa 6 tahun tu dia mmg dah pandai menulis dengan baik siap ada diari. Iols sendiri tgk dia duk menulis diari tu.
BI dan BM dia boleh kuasai dgn baik.
Ternyata masuk tahun 1 dia mmg budak cemerlang la hujung tahun naik pentas dedua sekolah keb dan agama pun no syatu.
So budak2 camni sesuai la kot masuk awal sek 6 tahun.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2026 09:04 AM | Show all posts
Tambah sekolah dulu la
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 22039 Replies : 32
'Daftar Tahun Satu usia enam tahun, 143 negara sudah guna pendekatan sama' - Nurul Izzah
Abahmung'Daftar Tahun Satu usia enam tahun,
Views : 21784 Replies : 5
Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri' patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku
ultra78Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri'
Views : 19360 Replies : 6
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2023 Replies : 8
...CHAT ABOUT HUMANITY...
seribulan...CHAT ABOUT HUMANITY...
Views : 13939 Replies : 2028
QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
ipes2QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
Views : 17516 Replies : 148
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 4442 Replies : 17
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 22064 Replies : 8
30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Gadis Gen Z ini nak kahwin secara sederhana tapi kiciwa mak ayah nak majlis kahwin 'Grand'
YgBenar30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Ga
Views : 23350 Replies : 2
travel to chicago
kukukufdd456yDdtravel to chicago
Views : 12530 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 05:59 AM GMT+8 , Processed in 0.615506 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list