CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 47|Reply: 0

[Sarawak] Guru mengaku tidak bersalah dua tuduhan amang seksual fizikal terhadap pelajar

[Copy link]
Post time 20-1-2026 01:29 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Seorang guru lelaki mengaku tidak bersalah apabila didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua tuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap pelajar lelaki berusia 15 tahun dengan cara menyentuh kemaluan mangsa.

Tertuduh yang berusia 37 tahun itu membuat pengakuan terbabit selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Noorhisham Mohd Jaafar.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan berkenaan dalam dua kejadian berasingan masing-masing pada Oktober dan 10 Disember 2025, kedua-duanya sekitar jam 10 malam di bilik warden asrama di sebuah sekolah di Petra Jaya, di sini.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (SOACA) 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16 Akta sama yang membawa hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan boleh disebat, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Chuah Kai Sheng tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh dan menyatakan kesalahan yang dilakukan adalah kesalahan tidak boleh diikat jamin.

Menurut Chuah, sekiranya mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin, pihak pendakwaan memohon agar jumlah jaminan ditetapkan sebanyak RM20,000 (didepositkan) berserta dua orang penjamin tempatan dan beberapa syarat tambahan.

Peguam Simon Siah yang mewakili tertuduh memohon mahkamah memberikan jaminan terhadap anak guamnya atas alasan tertuduh kini di bawah penempatan sementara di pejabat pendidikan daerah dan dikehendaki hadir bekerja setiap hari seperti mana-mana penjawat awam.

Sehubungan itu katanya, tiada sebarang kemungkinan tertuduh akan melarikan diri.

Hakim Noorhisham Mohd Jaafar menetapkan tertuduh untuk diberikan ikat jamin RM10,000 tidak didepositkan dengan dua penjamin tempatan, selain menetapkan 16 Februari 2026 untuk pengurusan kes.

Selain itu, Noorhisham juga menetapkan tertuduh untuk melapor diri ke balai polis berdekatan sebulan sekali serta melarang tertuduh mendekati, menghubungi atau mengganggu mana-mana saksi pendakwaan, termasuk mangsa dan ahli keluarganya, melalui apa jua cara.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 22039 Replies : 32
'Daftar Tahun Satu usia enam tahun, 143 negara sudah guna pendekatan sama' - Nurul Izzah
Abahmung'Daftar Tahun Satu usia enam tahun,
Views : 21784 Replies : 5
Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri' patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku
ultra78Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri'
Views : 19360 Replies : 6
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2023 Replies : 8
...CHAT ABOUT HUMANITY...
seribulan...CHAT ABOUT HUMANITY...
Views : 13939 Replies : 2028
QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
ipes2QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
Views : 17516 Replies : 148
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 4442 Replies : 17
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 22064 Replies : 8
30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Gadis Gen Z ini nak kahwin secara sederhana tapi kiciwa mak ayah nak majlis kahwin 'Grand'
YgBenar30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Ga
Views : 23350 Replies : 2
travel to chicago
kukukufdd456yDdtravel to chicago
Views : 12530 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 05:59 AM GMT+8 , Processed in 0.158505 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list