CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 45|Reply: 0

[Sarawak] KTS Group peruntuk RM2 juta untuk guru sekolah menengah persendirian Cina di Sarawak

[Copy link]
Post time 20-1-2026 01:19 PM | Show all posts |Read mode


Wong ketika berucap pada Majlis Memperingati 20 Tahun Pemergian Dato Sri Dr Lau Hui Kang di KTS Garden pada Isnin. - Gambar Roystein Emmor

KUCHING: KTS Group telah memperuntukkan RM2 juta untuk diagihkan sebagai bonus sebulan gaji kepada guru-guru sekolah menengah persendirian Cina di seluruh Sarawak, sebagai sokongan terhadap pendidikan Cina serta penghargaan atas dedikasi para pendidik.

Peruntukan tersebut diumumkan bersempena majlis penyerahan sumbangan RM1 juta kepada Lembaga Pengurusan Gabungan Persatuan Sekolah-sekolah Menengah Persendirian Cina Sarawak.

Replika cek disampaikan oleh Pengarah BLD Group Wan Abdullah Wan Hamid kepada Presiden Persekutuan Persatuan Cina Sarawak (SFCA) Richard Wee pada Majlis Memperingati 20 Tahun Pemergian Dato Sri Dr Lau Hui Kang di KTS Garden pada Isnin.

Ia turut disaksikan oleh Pengarah Urusan KTS Group Dato Henry Lau Lee Kong, Pengerusi Lembaga Pengurusan Gabungan Persatuan Sekolah-sekolah Menengah Persendirian Cina Sarawak Temenggung Dato Vincent Lau Lee Ming, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bawang Assan Dato Sri Wong Soon Koh serta tetamu jemputan lain.

Wong ketika berucap pada majlis itu berkata, pendidikan merupakan asas utama kepada kekuatan dan kelangsungan masyarakat Cina.

"Mendiang Dato Sri Dr Lau Hui Kang bukan sahaja seorang usahawan berjaya, malah seorang pemimpin masyarakat yang menumpukan seluruh hidupnya kepada pembangunan pendidikan sebagai teras perpaduan dan kemajuan komuniti.

"Beliau memahami bahawa kekuatan dan kesepaduan masyarakat Cina berakar daripada pendidikan, pemeliharaan warisan budaya serta semangat perpaduan.

"Justeru, beliau sentiasa komited dalam urusan kemasyarakatan, menyokong pertubuhan, membimbing pemimpin muda serta melahirkan generasi pelapis,” katanya.

Wong menambah, kepimpinan Dato Sri Dr Lau Hui Kang mencerminkan makna sebenar tanggungjawab seorang pemimpin, bukan sebagai simbol status atau pengaruh, sebaliknya sebagai satu amanah untuk berkhidmat dengan penuh keikhlasan dan dedikasi sepanjang hayat.

Dalam bidang pendidikan Cina, mendiang diiktiraf sebagai tonggak serta pelindung yang konsisten dalam mempertahankan kelangsungan sekolah-sekolah Cina di negeri ini.

Ini berikutan kepercayaannya bahawa pendidikan merupakan asas penting kepada pembangunan masyarakat dan negara yang mampan.

Sepanjang tahun-tahun penglibatannya, beliau memberikan sokongan berterusan kepada sekolah rendah dan menengah Cina, merangkumi pembangunan infrastruktur, penambahbaikan kemudahan akademik, latihan guru serta penubuhan dana pendidikan.

Tambah beliau, sumbangan tersebut mencerminkan wawasan jangka panjang mendiang yang berpaksikan masa depan generasi akan datang, selaras dengan kepercayaannya bahawa pendidikan merupakan pelaburan paling bernilai.

Dato Sri Dr Lau Hui Kang juga pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi Persatuan Jawatankuasa Sekolah Cina Bersatu Malaysia (Dong Zong) selama 12 tahun.

Sejurus memikul tanggungjawab tersebut, beliau mengambil langkah proaktif untuk menangani masalah kewangan berpanjangan yang dihadapi sekolah menengah persendirian Cina.

Antara inisiatif penting yang diperkenalkan termasuk penubuhan Dana Pendidikan Sekolah Menengah Persendirian Cina bernilai RM3 juta serta peruntukan tahunan sebanyak RM200,000 bermula tahun 1981 kepada sekolah-sekolah persendirian Cina di seluruh negara bagi meringankan beban kewangan institusi berkenaan.

Beliau turut memperkenalkan sistem pentadbiran dan penyelarasan berpusat, satu pendekatan perintis dalam sejarah pendidikan Cina di Malaysia yang kemudiannya menjadi rujukan di peringkat nasional serta menerima pengiktirafan meluas masyarakat Cina.

Menurut Wong lagi, mendiang pernah menyifatkan tempoh 12 tahun memimpin Dong Zong sebagai antara perjalanan paling panjang dan mencabar dalam hidupnya, namun beliau tidak pernah berundur atau menyesal.

Majlis tersebut turut menjadi wadah untuk mengenang jasa dan sumbangan besar mendiang dalam bidang pendidikan, yang terus menjadi inspirasi serta panduan kepada pemimpin masyarakat dan generasi muda masa kini.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 22039 Replies : 32
'Daftar Tahun Satu usia enam tahun, 143 negara sudah guna pendekatan sama' - Nurul Izzah
Abahmung'Daftar Tahun Satu usia enam tahun,
Views : 21784 Replies : 5
Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri' patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku
ultra78Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri'
Views : 19360 Replies : 6
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2023 Replies : 8
...CHAT ABOUT HUMANITY...
seribulan...CHAT ABOUT HUMANITY...
Views : 13939 Replies : 2028
QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
ipes2QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
Views : 17516 Replies : 148
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 4442 Replies : 17
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 22064 Replies : 8
30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Gadis Gen Z ini nak kahwin secara sederhana tapi kiciwa mak ayah nak majlis kahwin 'Grand'
YgBenar30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Ga
Views : 23350 Replies : 2
travel to chicago
kukukufdd456yDdtravel to chicago
Views : 12530 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 05:59 AM GMT+8 , Processed in 0.823671 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list