CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 39|Reply: 0

[Sarawak] Singapura buka konsulat di Sarawak, Sabah tahun ini

[Copy link]
Post time 20-1-2026 01:11 PM | Show all posts |Read mode


Abang Johari (kanan), menerima kunjungan hormat daripada Menon di pejabatnya di Kompleks Satria Pertiwi, Petra Jaya, hari ini. - Gambar BERNAMA

KUCHING: Singapura akan membuka konsulat di Sarawak dan Sabah pada tahun ini susulan memperoleh kelulusan kerajaan Malaysia bulan lepas, kata Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon.

Beliau berkata kelulusan itu mendorong lawatannya ke Kuching dan Kota Kinabalu bagi menilai lokasi berpotensi untuk pejabat konsulat, termasuk mengenal pasti tapak yang sesuai sebagai operasi sementara pada peringkat awal.

Bercakap kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Kompleks Satria Pertiwi, di sini hari ini, Menon berkata Singapura akan mendapatkan kelulusan rasmi Kementerian Luar (Wisma Putra) sebaik lokasi sesuai dikenal pasti sebelum menempatkan pegawai untuk mengendalikan misi berkenaan.

“Kami berharap konsulat ini dapat beroperasi menjelang pertengahan tahun ini,” katanya sambil menambah langkah itu bertujuan mengukuhkan hubungan antara Singapura dan Malaysia Timur, khususnya dalam bidang perdagangan, pelaburan dan pelancongan.

Beliau berkata perdagangan antara Singapura dan Sarawak menunjukkan peningkatan yang konsisten, sekali gus menekankan keperluan kehadiran diplomatik tetap bagi memudahkan kerjasama ekonomi yang lebih rapat.

Menon turut menyatakan peningkatan minat pelancongan dalam kalangan rakyat Singapura, khususnya ke destinasi seperti Gua Mulu, sebagai antara faktor penubuhan konsulat berkenaan.

“Mereka mengetahui potensi Gua Mulu, namun Sarawak mempunyai banyak lagi tarikan. Dengan kehadiran konsul di lapangan, kami yakin dapat menarik lebih ramai pelawat dan mempromosikan hubungan pelancongan antara kedua-dua tempat,” katanya.

Pada 4 Disember lepas, Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong mengalu-alukan kelulusan rasmi Malaysia terhadap cadangan membuka Singapura di Sabah dan Sarawak, sambil menyifatkannya sebagai langkah penting dalam memperkukuh hubungan antara rakyat kedua-dua negara.

Beliau berkata konsulat berkenaan akan membolehkan Singapura menyediakan perkhidmatan konsular kepada warganya selain memperdalam hubungan dua hala yang sedia erat.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 22039 Replies : 32
'Daftar Tahun Satu usia enam tahun, 143 negara sudah guna pendekatan sama' - Nurul Izzah
Abahmung'Daftar Tahun Satu usia enam tahun,
Views : 21784 Replies : 5
Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri' patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku
ultra78Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri'
Views : 19360 Replies : 6
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2023 Replies : 8
...CHAT ABOUT HUMANITY...
seribulan...CHAT ABOUT HUMANITY...
Views : 13939 Replies : 2028
QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
ipes2QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
Views : 17516 Replies : 148
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 4442 Replies : 17
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 22064 Replies : 8
30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Gadis Gen Z ini nak kahwin secara sederhana tapi kiciwa mak ayah nak majlis kahwin 'Grand'
YgBenar30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Ga
Views : 23350 Replies : 2
travel to chicago
kukukufdd456yDdtravel to chicago
Views : 12530 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 05:59 AM GMT+8 , Processed in 0.463658 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list