CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 48|Reply: 0

[Sarawak] PBDS kesal tindakan penguatkuasaan terhadap penjaja durian

[Copy link]
Post time 20-1-2026 01:07 PM | Show all posts |Read mode


MIRI: Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) melahirkan rasa kesal dengan tindakan penguatkuasaan pihak berkuasa tempatan (PBT) di sini, ke atas peniaga durian bermusim, hingga mencetuskan kemarahan serta rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat dan netizen di Sarawak.

Ketua Penerangannya Sigie Badang (gambar) berkata, penguatkuasaan undang-undang tidak seharusnya dilaksanakan secara ‘kasar’, lebih-lebih lagi terhadap peniaga kecil dan bermusim yang bergantung sepenuhnya kepada hasil durian untuk menyara keluarga.

Menurutnya, tindakan menyita tanpa pendekatan berhemah itu jelas mencerminkan kegagalan pihak berkuasa yang sepatutnya, memahami realiti kehidupan rakyat bawahan, khususnya komuniti luar bandar yang terkesan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.

“Lebih membimbangkan, pendekatan PBT itu dilihat bersifat ‘double standard’ apabila terdapat PBT lain di Sarawak memilih kaedah lebih berperikemanusiaan, termasuk pemantauan, rundingan serta pengeluaran permit sementara kepada peniaga durian bermusim, berbanding tindakan penyitaan secara langsung.

“Perbezaan pendekatan ini menimbulkan persoalan besar mengenai keadilan dan kesaksamaan dalam penguatkuasaan undang-undang oleh pihak berkuasa tempatan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau memberitahu, PBDS menegaskan bahawa undang-undang tidak seharusnya dijadikan alat untuk menekan rakyat, sebaliknya berfungsi sebagai mekanisme mendidik, membimbing dan membantu rakyat mematuhi peraturan.

“Penguatkuasaan yang tidak sensitif, hanya akan menghakis kepercayaan rakyat terhadap pihak berkuasa tempatan.

“Sehubungan itu, PBDS mendesak pihak berkuasa tempatan terbabit, supaya menghentikan segera tindakan penyitaan hasil jualan peniaga durian secara kasar, selain mengambil pendekatan lebih berperikemanusiaan selari dengan semangat keadilan sosial,” tambah beliau.

Parti itu juga menggesa pihak berkuasa terbabit mempertimbangkan penyediaan permit sementara atau kawasan khas bagi peniaga durian bermusim serta mendengar suara rakyat dan mengambil kira sentimen netizen yang jelas menolak pendekatan penguatkuasaan keras.

“PBDS akan terus berdiri teguh bersama rakyat, khususnya peniaga kecil dan komuniti luar bandar, demi memastikan hak mereka dilindungi dan keadilan ditegakkan.
“Prinsip rakyat didahulukan, keadilan diutamakan perlu menjadi asas dalam setiap tindakan pihak berkuasa,” tambah beliau.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Quiz : Personality Test [Who is the biggest fool?]
gekkouQuiz : Personality Test [Who is the bigg
Views : 5741 Replies : 28
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2297 Replies : 19
Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau "Bunga Orked" Rakan Ofis
tumpanglalu74Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau
Views : 2559 Replies : 69
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 59283 Replies : 35
travel to chicago
kukukud56travel to chicago
Views : 3536 Replies : 0
Langsung tak ada job, Daí Syed spend time dengan anak bini je-hanya terima watak ustaz je
RalineLangsung tak ada job, Daí Syed spend ti
Views : 25303 Replies : 101
TRAVEL WITH GOJO
saturo1gojoTRAVEL WITH GOJO
Views : 4143 Replies : 0
SATURO GOJO TRAVEL
saturo1gojoSATURO GOJO TRAVEL
Views : 4245 Replies : 0
best  airlines services
kukukud456ydDdbest airlines services
Views : 4344 Replies : 0
TRAVEL WITH GOJO
gojo2344TRAVEL WITH GOJO
Views : 4950 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 03:19 AM GMT+8 , Processed in 0.272226 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list