CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 662|Reply: 8

Ribut Matahari dahsyat menuju ke Bumi, akan tiba sama ada malam ini atau esok pagi

[Copy link]
Post time 20-1-2026 11:59 AM | Show all posts |Read mode





LONDON – Bumi dijangka dilanda ribut suria yang boleh menyebabkan beberapa satelit radio terhenti, lapor akhbar Metro UK semalam.

Letupan zarah suria sedang bergerak ke arah Matahari pada kelajuan berjuta-juta kilometer sejam dan akan tiba sama ada malam ini atau esok pagi (waktu tempatan).

Ini bermakna penduduk Britain berpeluang melihat fenomena dikenali sebagai ‘Northern Lights’  yang berlaku apabila plasma berinteraksi dengan medan magnet Bumi.

Pejabat Meteorologi Britain memberi amaran bahawa letusan zarah bercas boleh menyebabkan ribut suria yang teruk.

Ahli-ahli meteorologi angkasa lepas mengeluarkan amaran cuaca angkasa berwarna kuning, dari pukul 12.01 tengah malam (waktu tempatan) ini hingga 11.59 malam (waktu tempatan) esok untuk ribut geomagnetik G3.

Amaran itu menyatakan, walaupun gangguan bekalan elektrik boleh berlaku semasa ribut sedemikian, ahli-ahli meteorologi menganggap risiko tersebut kecil.

Selain itu, frekuensi radio dan navigasi satelit GPS mungkin terjejas selama berjam-jam.

Terdapat risiko ribut itu boleh menjadi lebih teruk daripada yang dijangkakan, menjadikannya ribut geomagnetik G4.

Perkhidmatan cuaca angkasa lepas Amerika, NOAA juga mengeluarkan amaran untuk ribut G4 semalam.

Ia memberi amaran tentang ‘kemungkinan masalah kawalan voltan yang meluas dan beberapa sistem perlindungan mungkin tersilap mengeluarkan aset utama dari grid kuasa’. – AGENSI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2026 02:50 PM | Show all posts
klu malam ke, awal pagi subuh sepie' ke sampainya, takpe

sejuk


Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2026 04:03 PM | Show all posts
so esok wfh ke? extra public holiday?
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2026 04:16 PM | Show all posts
Kitty_catz replied at 20-1-2026 04:03 PM
so esok wfh ke? extra public holiday?

Tak.

Esok koje cam biasa, cuma NASA syorkan pakai topi diperbuat dari kerajang aluminium agar sinaran mengion dari suar suria dapat dipantul/dipatahkan dengan penuh bergaya.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2026 04:27 PM | Show all posts
Yang duduk belah northern hemisphere untong la tak payah susaa-susaa bayar mahal kat agen pelancong tak bertauliah.
Silap ribulan dari tingkap dapor umah dah boleh nampak.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2026 06:18 PM | Show all posts
airfilterkotor replied at 20-1-2026 04:16 PM
Tak.

Esok koje cam biasa, cuma NASA syorkan pakai topi diperbuat dari kerajang aluminium agar sin ...

mengekek aku gelak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-1-2026 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau main game rimworld tau la kalau berlaku solar flare alat2 elektrik elektronik semua takleh pakai
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2026 11:07 PM | Show all posts
Kitty_catz: so esok wfh ke? extra public holiday?

esok kalau u kentut kentut banyak tu tanda ribut dah sampai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2026 12:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Effect dia kena seluruh bumi ke kawasan2 tertentu saja???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 22039 Replies : 32
'Daftar Tahun Satu usia enam tahun, 143 negara sudah guna pendekatan sama' - Nurul Izzah
Abahmung'Daftar Tahun Satu usia enam tahun,
Views : 21784 Replies : 5
Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri' patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku
ultra78Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri'
Views : 19360 Replies : 6
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2023 Replies : 8
...CHAT ABOUT HUMANITY...
seribulan...CHAT ABOUT HUMANITY...
Views : 13939 Replies : 2028
QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
ipes2QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
Views : 17516 Replies : 148
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 4442 Replies : 17
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 22064 Replies : 8
30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Gadis Gen Z ini nak kahwin secara sederhana tapi kiciwa mak ayah nak majlis kahwin 'Grand'
YgBenar30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Ga
Views : 23350 Replies : 2
travel to chicago
kukukufdd456yDdtravel to chicago
Views : 12530 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 05:59 AM GMT+8 , Processed in 0.476512 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list