CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 56|Reply: 0

[Sabah] KBDS rangka dua aktiviti berskala besar, martabatkan bahasa Dusunik Sabah

[Copy link]
Post time 19-1-2026 03:21 PM | Show all posts |Read mode


BINCANG: Lawrence bersama pimpinan persatuan mengadakan mesyurarat AJK KBDS, dekat sini pada Sabtu.

KOTA KINABALU: Persatuan Pelestarian Bahasa Dusunik Sabah (KBDS) telah merangka dua aktiviti berskala besar tahun ini bagi memperkasa dan memartabatkan lagi bahasa Dusunik Sabah.

Presiden KBDS, Datuk Lawrence Gimbang berkata dua program itu ialah projek komuniti bahasa Dusunik dan Karayahon Boros Dusunik (Kebanggaan Bahasa Dusunik).

Mengikut perancangan katanya, antara aktiviti pengisian projek komuniti bahasa Dusunik ialah sesi pengajaran dan pembelajaran bahasa Bundu yang dilaksanakan di Tadika Kg Lingkudou dan Kg Kinorotuan, Ranau.

Lawrence berkata projek yang sama bakal diadakan di Tadika Kg Togudon, Ranau yang akan dikelolakan oleh Dr Linah Bagu @ Siti Nurlina Abdullah dan Sitiminah Hj. Sahat.



LAWRENCE GIMBANG

Program itu antara lain, bertujuan mengajar dan belajar Bahasa Bundu dan Bahasa Liwan sebagai bahasa komuniti di daerah berkenaan untuk kanak-kanak peringkat tadika, katanya.

"Jika semuanya berjalan lancar, kita bercadang untuk laksanakan program ini selepas bulan Mac 2026," katanya.

Lawrence berkata demikian dalam satu kenyataan selepas mempengerusikan mesyurarat AJK KBDS di sini pada Sabtu.

Turut hadir Setiausaha Agung KBDS Petrus Guriting.

Mengenai progran Kebanggaan Bahasa Dusunik yang bertemakan Koturompuson Boros (Kelancaran Bahasa), Lawrence berkata ia dilaksanakan melalui tiga kategori iaitu Mogirurumo (group  discussion), Monunturu (craftsmanship) dan Mananggarung (fashion).

Beliau berkata objektif program itu ialah Popotonduli' (Menghidup/mengembalih), Popoburu (membangun/memaju) dan Popotilombus (meneruskan) Bahasa Dusunik.

Lawrence berkata KBDS bertekad untuk melaksanakan program tersebut di tiga lokasi berasingan iaitu di Apin-Apin (kawasan pedalaman) pada 20 Jun, di daerah Ranau (18 Julai) dan daerah Tuaran pada 19 Sept 2026.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Quiz : Personality Test [Who is the biggest fool?]
gekkouQuiz : Personality Test [Who is the bigg
Views : 5741 Replies : 28
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2297 Replies : 19
Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau "Bunga Orked" Rakan Ofis
tumpanglalu74Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau
Views : 2559 Replies : 69
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 59283 Replies : 35
travel to chicago
kukukud56travel to chicago
Views : 3536 Replies : 0
Langsung tak ada job, Daí Syed spend time dengan anak bini je-hanya terima watak ustaz je
RalineLangsung tak ada job, Daí Syed spend ti
Views : 25303 Replies : 101
TRAVEL WITH GOJO
saturo1gojoTRAVEL WITH GOJO
Views : 4143 Replies : 0
SATURO GOJO TRAVEL
saturo1gojoSATURO GOJO TRAVEL
Views : 4245 Replies : 0
best  airlines services
kukukud456ydDdbest airlines services
Views : 4344 Replies : 0
TRAVEL WITH GOJO
gojo2344TRAVEL WITH GOJO
Views : 4950 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 03:19 AM GMT+8 , Processed in 0.409813 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list