CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 77|Reply: 1

[Sarawak] Bayi lelaki cukup sifat ditemukan di ladang sawit

[Copy link]
Post time 19-1-2026 02:58 PM | Show all posts |Read mode


DITEMUKAN: Bayi lelaki cukup sifat dan masih bernyawa ditemukan di sebuah ladang kelapa sawit.

KINABATANGAN: Seorang bayi lelaki cukup sifat yang ditinggalkan di kawasan ladang kelapa sawit ditemukan masih bernyawa, di Ladang Karangan Agriculture Sdn Bhd, di sini, Sabtu lalu.

Bayi berkenaan ditemukan kira-kira jam 7.27 malam oleh seorang pekerja ladang yang sedang menjalankan tugas sebelum segera memaklumkan penemuan itu kepada pihak pengurusan ladang.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan Ravi Duraisamy, berkata pihaknya menerima laporan mengenai penemuan bayi lelaki berkenaan.

Katanya, bayi lelaki itu dianggarkan berusia antara tiga hingga lima hari dan dibawa ke klinik ladang untuk rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Kinabatangan.

“Pemeriksaan awal mendapati bayi itu cukup sifat, masih bernyawa dengan berat kira-kira 2.4 kilogram serta berada dalam keadaan stabil tanpa sebarang kecederaan.

“Bayi berkenaan kemudiannya dirujuk ke Hospital Duchess of Kent bagi pemantauan lanjut serta tindakan susulan oleh pihak kebajikan,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati lokasi kejadian tidak dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) dan setakat ini tiada saksi mata tampil membantu siasatan.

Menurutnya, tiada tangkapan dibuat setakat ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi.

“Kes berkenaan membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

“Usaha mengesan individu yang bertanggungjawab terhadap perbuatan tidak berperikemanusiaan ini sedang giat dijalankan,” katanya.

Sehubungan itu, Ravi meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan tampil membantu siasatan dengan menghubungi Polis Daerah Kinabatangan di talian 089-561890 atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Nur Syafiqah Binti Dahon di talian 014-5573735.

“Kerjasama orang awam amat dihargai demi memastikan keselamatan serta kebajikan masyarakat, khususnya bayi tidak berdosa ini, terus terpelihara,” katanya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2026 03:18 PM | Show all posts
Dekat kotak ada tulis IC. Nak mintak ic la tu.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Quiz : Personality Test [Who is the biggest fool?]
gekkouQuiz : Personality Test [Who is the bigg
Views : 5741 Replies : 28
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2297 Replies : 19
Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau "Bunga Orked" Rakan Ofis
tumpanglalu74Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau
Views : 2559 Replies : 69
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 59283 Replies : 35
travel to chicago
kukukud56travel to chicago
Views : 3536 Replies : 0
Langsung tak ada job, Daí Syed spend time dengan anak bini je-hanya terima watak ustaz je
RalineLangsung tak ada job, Daí Syed spend ti
Views : 25303 Replies : 101
TRAVEL WITH GOJO
saturo1gojoTRAVEL WITH GOJO
Views : 4143 Replies : 0
SATURO GOJO TRAVEL
saturo1gojoSATURO GOJO TRAVEL
Views : 4245 Replies : 0
best  airlines services
kukukud456ydDdbest airlines services
Views : 4344 Replies : 0
TRAVEL WITH GOJO
gojo2344TRAVEL WITH GOJO
Views : 4950 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 03:19 AM GMT+8 , Processed in 0.184505 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list