CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 54|Reply: 1

[Sembang Bola Sepak] Senegal juara AFCON dalam aksi final penuh drama, dicemari insiden 'mogok'

[Copy link]
Post time 19-1-2026 02:02 PM | Show all posts |Read mode
Senegal juara AFCON dalam aksi final penuh drama, dicemari insiden 'mogok'

WARTAWAN SUKAN SINAR
19 Januari 2026 09:54am





Pemain Senegal meraikan kejayaan muncul juara AFCON. Foto: AFP




SENEGAL berjaya merangkul gelaran Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) buat kali kedua selepas menewaskan Maghribi, namun perlawanan akhir tersebut dibayangi insiden kontroversi apabila skuad The Lions of Teranga bertindak meninggalkan padang buat seketika sebagai tanda protes.

Kekecohan bermula apabila pengadil, Jean Jacques Ndala memberikan sepakan penalti kepada tuan rumah, Maghribi pada minit ke-98 ketika kedudukan masih terikat tanpa jaringan.


Keputusan itu dibuat selepas Ndala dinasihatkan oleh pembantu pengadil video (VAR) untuk menyemak monitor di tepi padang susulan kekasaran pertahanan Senegal, El Hadji Malick Diouf terhadap Brahim Diaz.

Dalam situasi yang mengejutkan, ketua jurulatih Senegal, Pape Thiaw yang masih berang dengan keputusan pengadil membatalkan gol pasukannya sebelum itu, mengarahkan anak buahnya keluar meninggalkan padang.


Bagaimanapun, bekas penyerang Liverpool, Sadio Mane dilihat kekal di atas padang dan cuba memujuk rakan sepasukannya untuk meneruskan permainan demi semangat kesukanan.

Selepas penangguhan kira-kira 17 minit, para pemain Senegal akhirnya kembali ke padang untuk menyambung aksi.

Brahim Diaz, bintang Real Madrid yang juga penjaring terbanyak kejohanan dengan lima gol, diamanahkan mengambil sepakan penalti tersebut.

Namun, sepakan ala 'Panenka' yang dilakukan Diaz terlalu lemah dan mudah ditangkap oleh penjaga gol Senegal, Edouard Mendy tanpa perlu bersusah payah, sebelum pengadil meniup wisel menamatkan masa varsiti sejurus selepas itu.

Pemain tengah Villarreal, Pape Gueye kemudian muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit keempat masa tambahan, sekali gus mengesahkan kejuaraan kedua Senegal dalam tempoh lima tahun.


Dalam sidang media selepas perlawanan, jurulatih Maghribi, Walid Regragui menyifatkan tindakan Senegal itu sebagai "memalukan" dan tidak "menghormati Afrika".

Sementara itu, sidang media Thiaw dibatalkan selepas berlaku kekecohan di bilik media.


Bagaimanapun, dalam satu temu bual bersama BeIN Sport, Thiaw mengakui kesilapannya mengarahkan pasukan keluar padang.

"Kami tidak bersetuju (dengan keputusan pengadil).

Saya tidak mahu mengulas lanjut mengenai semua insiden itu.

Saya memohon maaf kepada dunia bola sepak.

"Selepas memikirkannya, saya meminta mereka kembali (ke padang).

Anda boleh bertindak melulu dalam keadaan emosi memuncak. Kami menerima kesilapan pengadil tersebut.

"Kami sepatutnya tidak melakukannya, tetapi ia sudah berlaku dan kini kami memohon maaf," katanya.

Thiaw pada awalnya berang selepas pengadil membatalkan jaringan penyerang Crystal Palace, Ismaila Sarr yang didakwa berpunca daripada kekasaran Abdoulaye Seck ke atas Achraf Hakimi.

https://www.sinarharian.com.my/article/764610/berita/sukan/senegal-juara-afcon-dalam-aksi-final-penuh-drama-dicemari-insiden-mogok


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-1-2026 05:17 PM | Show all posts
tq @Vellfire  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
'Daftar Tahun Satu usia enam tahun, 143 negara sudah guna pendekatan sama' - Nurul Izzah
Abahmung'Daftar Tahun Satu usia enam tahun,
Views : 23879 Replies : 6
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 22039 Replies : 32
Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri' patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku
ultra78Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri'
Views : 21481 Replies : 6
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2023 Replies : 8
...CHAT ABOUT HUMANITY...
seribulan...CHAT ABOUT HUMANITY...
Views : 13939 Replies : 2028
QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
ipes2QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
Views : 17516 Replies : 148
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 4543 Replies : 17
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 24186 Replies : 8
30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Gadis Gen Z ini nak kahwin secara sederhana tapi kiciwa mak ayah nak majlis kahwin 'Grand'
YgBenar30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Ga
Views : 25471 Replies : 2
travel to chicago
kukukufdd456yDdtravel to chicago
Views : 14651 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 06:25 AM GMT+8 , Processed in 0.035459 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list