CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 43|Reply: 0

[Sarawak] SUPP buat laporan terhadap DAPSY Sarawak, dakwa salah guna mekanisme undang-undang

[Copy link]
Post time 19-1-2026 01:28 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 19-1-2026 01:30 PM



Kua (tengah) menunjukkan laporan polis yang dibuat di Balai Polis Satok hari ini, sambil diiringi (dari kiri) Wong, Angellie, Kho dan Lim. - Gambar Kentigern Minggu

KUCHING: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) hari ini membuat laporan polis terhadap Pemuda Sosialis Parti Tindakan Demokratik (DAPSY) Sarawak berhubung dakwaan penyalahgunaan mekanisme undang-undang dan penguatkuasaan bagi tujuan politik, berkaitan isu 1MDB yang bermula sejak tahun 2020.

Laporan itu dibuat oleh ahli Jawatankuasa Kerja Pusat SUPP merangkap Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Kua Jack Seng, di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan.

Kua berkata, laporan polis oleh SUPP dibuat susulan laporan terdahulu yang dikemukakan oleh DAPSY, yang menggesa pihak polis menyiasat segera dakwaan penerimaan RM1 juta oleh SUPP daripada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Ogos 2020 menolak permohonan pelucuthakan sivil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap dana RM188,138.26 dan mengarahkan wang itu dipulangkan kepada SUPP selepas SPRM gagal membuktikan sebarang kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Dengan membuat laporan itu, mereka (DAPSY) pada hakikatnya mengabaikan perkara yang telah dimuktamadkan oleh Mahkamah Tinggi (Malaysia),” kata Kua ketika ditemui selepas membuat laporan di Balai Polis Satok di sini, hari ini.

Selain itu, SUPP berpandangan tindakan DAPSY menghidupkan semula isu tersebut secara sengaja melanggar prinsip res judicata (perkara yang telah diputuskan oleh mahkamah).

Di samping itu, SUPP menganggap laporan DAPSY sebagai satu bentuk tindak balas politik, memandangkan ia dibuat tidak lama selepas keputusan Mahkamah Tinggi Kuching pada Disember lalu yang memihak kepada Timbalan Premier merangkap Presiden SUPP Datuk Amar Dr Sim Kui Hian yang menganugerahkan beliau ganti rugi sebanyak RM500,000.

Kua diiringi oleh Ketua Wanita SUPP Kho Teck Wan dan Timbalan Pergerakan Belia SUPP Angellie Stephen Raja yang kedua-duanya merupakan Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak serta Ketua Pemuda SUPP Batu Lintang John Wong dan ahli Pemuda Cawangan SUPP Pending Russell Lim.

Sebelum ini, DAPSY Sarawak mengeluarkan kenyataan bahawa penerimaan RM1 juta oleh SUPP daripada bekas perdana menteri yang telah disabitkan kesalahan oleh mahkamah 'tidak boleh dan tidak sepatutnya dipandang ringan sebagai sekadar sumbangan politik.'

Mereka menuntut penjelasan mengenai sumber RM1 juta tersebut, sama ada ia mempunyai kaitan dengan 1MDB atau dana awam lain, dan sama ada ia berpunca daripada penyalahgunaan kuasa, pengubahan wang haram, atau aktiviti haram yang lain.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
'Daftar Tahun Satu usia enam tahun, 143 negara sudah guna pendekatan sama' - Nurul Izzah
Abahmung'Daftar Tahun Satu usia enam tahun,
Views : 23879 Replies : 6
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 22039 Replies : 32
Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri' patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku
ultra78Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri'
Views : 21481 Replies : 6
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2023 Replies : 8
...CHAT ABOUT HUMANITY...
seribulan...CHAT ABOUT HUMANITY...
Views : 13939 Replies : 2028
QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
ipes2QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
Views : 17516 Replies : 148
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 4543 Replies : 17
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 24186 Replies : 8
30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Gadis Gen Z ini nak kahwin secara sederhana tapi kiciwa mak ayah nak majlis kahwin 'Grand'
YgBenar30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Ga
Views : 25471 Replies : 2
travel to chicago
kukukufdd456yDdtravel to chicago
Views : 14651 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 06:22 AM GMT+8 , Processed in 0.053966 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list