CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 34|Reply: 0

[Sarawak] Lebih 196,000 meter pintar dipasang di seluruh Sarawak sejak 2019

[Copy link]
Post time 19-1-2026 01:14 PM | Show all posts |Read mode


James (duduk, tengah) dan Lau (duduk, dua kanan) bergambar bersama tetamu dan media sempena Malam Penghargaan Media SEB di Kuching, malam Jumaat. - Gambar Chimon Upon

KUCHING: Lebih 196,000 meter pintar telah dipasang oleh Sarawak Energy Berhad (SEB) di seluruh negeri sejak pelancarannya pada tahun 2019, kata Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Dato Ir James Ung.

Menurutnya, sistem pemeteran baharu itu meningkatkan pengesanan gangguan bekalan, kecekapan operasi dan kesedaran pelanggan tentang penggunaan tenaga.

"Selaras dengan Strategi Ekonomi Digital Sarawak, transformasi digital Sarawak Energy bertujuan untuk meningkatkan pengalaman pelanggan.

"Kecemerlangan perkhidmatan kekal menjadi keutamaan utama dan kami terus meningkatkan kebolehpercayaan bekalan dan mewujudkan nilai yang lebih besar untuk komuniti yang kami layani," katanya ketika berucap pada Malam Penghargaan Media SEB 2026 di sebuah hotel di sini, malam Jumaat.

Antara hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif SESCO Bhd Lau Kim Swee, Naib Presiden Kanan Perkhidmatan Korporat Sarawak Energy Sardon Zainal, Timbalan Pengarah Jabatan Penerangan Sarawak Joachim Pagang Jabong serta para pengamal media cetak dan dalam talian.

Kata James, sehingga 9 Januari lalu lebih 380,000 pengguna aktif telah berdaftar dengan SEB Cares dan dalam usaha memperluas akses luar bandar, kios pembayaran bergerak di kawasan seperti Selangau dan Kanowit diperkenal untuk membantu membawa perkhidmatan penting lebih dekat kepada komuniti.

Dipandu Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 Sarawak (PCDS) 2030 dan Dasar Peralihan Tenaga Sarawak (SET-P), Sarawak Energy menyokong sasaran kerajaan negeri untuk menjana 10 gigawatt (GW) kapasiti tenaga, kebanyakannya daripada sumber boleh baharu, menjelang 2030 dan seterusnya 15GW menjelang 2035, jelasnya.

Dalam tempoh sedekad lalu katanya, Sarawak Energy telah beralih daripada penjanaan berasaskan bahan api fosil kepada portfolio yang kini didominasi tenaga boleh baharu, berteraskan kuasa hidro.

“Kami memulakan perjalanan hidroelektrik pada awal 1980-an dengan Projek Hidroelektrik Batang Ai dan telah meraikan ulang tahun ke-40 pentauliahan loji tersebut tahun lalu,” katanya.

Ketika ini, Sarawak Energy katanya mengendalikan tiga loji hidroelektrik utama iaitu Bakun (2,520 megawatt), Murum (944MW) dan Batang Ai (94MW), manakala Projek Hidroelektrik Baleh berkapasiti 1,285MW sedang dalam pembinaan dan dijadualkan beroperasi sepenuhnya pada suku keempat 2030.

Beliau berkata semua projek hidroelektrik syarikat dipandu piawaian Suruhanjaya Empangan Besar Antarabangsa (ICOLD) dan Piawaian Kelestarian Hidroelektrik (HSS).

"Komitmen tersebut turut mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila Loji Hidroelektrik Bakun menerima Anugerah Blue Planet daripada Persatuan Hidroelektrik Antarabangsa (IHA) di Paris tahun lalu serta memperoleh Pensijilan Perak di bawah HSS.

"Secara keseluruhan, termasuk sumber terma dan peribumi, kapasiti penjanaan Sarawak Energy kini berjumlah 5,898MW, dengan sasaran mengekalkan sekurang-kurangnya 60 peratus tenaga boleh baharu menjelang 2030," katanya.

Beliau mengakui cabaran dalam memperkukuh rangkaian penghantaran di seluruh negeri, namun percaya ia dapat diatasi melalui penglibatan berterusan dengan pihak berkepentingan.

“Gangguan bekalan sentiasa kami tangani melalui inisiatif penambahbaikan kebolehpercayaan dan perundingan awam,” katanya sambil menggesa sokongan media dalam meningkatkan kesedaran melalui kempen ‘Call Before You Dig’ bagi mengelakkan kerosakan kabel elektrik bawah tanah.

Selaras dengan Strategi Ekonomi Digital Sarawak katanya, transformasi digital Sarawak Energy bertujuan meningkatkan pengalaman pelanggan melalui pemodenan grid dan operasi, termasuk pelaksanaan automasi pengagihan di bawah inisiatif Grid Pintar.

Di bawah pendekatan Smart Retail katanya, pelbagai saluran perkhidmatan digital diperkenalkan seperti aplikasi mudah alih SEB Cares, Pusat Penjagaan Pelanggan Bersepadu, kios pembayaran pelbagai perkhidmatan, e-Bil, eCX, ejen maya CARINA dan meter pintar.

Beliau berkata, aspirasi Sarawak sebagai hab tenaga boleh baharu dan ‘Bateri ASEAN’ diperkukuh melalui kesalinghubungan tenaga serantau, termasuk sambungan dengan Kalimantan Barat sejak 2016 serta kelulusan bersyarat Singapura untuk mengimport sehingga 1GW tenaga boleh baharu dari Sarawak pada Oktober 2025.

Selain itu kata James, SEB terus melabur dalam pembangunan komuniti, pendidikan, pemuliharaan alam sekitar serta pemeliharaan budaya dan warisan, termasuk pelaburan lebih RM102 juta dalam biasiswa dan dermasiswa kepada lebih 1,300 anak Sarawak.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada rakan media atas peranan penting mereka dalam menyampaikan perkembangan syarikat secara jelas dan bertanggungjawab.

“Majlis ini bukan sahaja meraikan pencapaian tahun lalu, tetapi juga tanda penghargaan kami atas sokongan berterusan rakan-rakan media. Kami berharap kerjasama ini akan terus diperkukuh demi masa depan Sarawak yang lebih mampan,” katanya.


Sumber : Utusan Borneo

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
'Daftar Tahun Satu usia enam tahun, 143 negara sudah guna pendekatan sama' - Nurul Izzah
Abahmung'Daftar Tahun Satu usia enam tahun,
Views : 23879 Replies : 6
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 22039 Replies : 32
Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri' patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku
ultra78Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri'
Views : 21481 Replies : 6
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2023 Replies : 8
...CHAT ABOUT HUMANITY...
seribulan...CHAT ABOUT HUMANITY...
Views : 13939 Replies : 2028
QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
ipes2QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
Views : 17516 Replies : 148
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 4543 Replies : 17
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 24186 Replies : 8
30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Gadis Gen Z ini nak kahwin secara sederhana tapi kiciwa mak ayah nak majlis kahwin 'Grand'
YgBenar30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Ga
Views : 25471 Replies : 2
travel to chicago
kukukufdd456yDdtravel to chicago
Views : 14651 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 06:23 AM GMT+8 , Processed in 0.189314 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list