CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 664|Reply: 17

Guru di Selangor paling ramai bankrap - Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI)

[Copy link]
Post time 19-1-2026 12:10 PM | Show all posts |Read mode





JASIN – Selangor merekodkan jumlah kebankrapan tertinggi di negara ini dengan golongan guru dikenal pasti sebagai penyumbang utama akibat pengambilan pinjaman peribadi.

Perkara itu didedahkan Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI), Datuk Ishak Bakri ketika ditemui pemberita pada Program Literasi Kewangan di Politeknik Merlimau, di sini, hari ini.

Menurutnya, dapatan berkenaan diperoleh hasil pelaksanaan program literasi kewangan di negeri itu yang mengesan kadar kebankrapan tinggi dalam kalangan kakitangan kerajaan, khususnya para guru.'

“Kakitangan kerajaan di Selangor adalah yang tertinggi (bankrap) dan kebanyakannya adalah guru-guru, disebabkan membuat pinjaman peribadi.

“Guru-guru ni dia senang dapat pinjaman peribadi sebab dia tolak gaji. Itu statistik yang kita kumpul setakat ini,” katanya.

Ditanya sama ada pinjaman peribadi itu dibuat atas keperluan mendesak, beliau memberitahu kebanyakan kes didorong oleh sikap individu yang memanfaatkan kemudahan kelulusan yang dimiliki mereka tanpa sebarang perancangan kewangan.

Mengulas lanjut beliau berkata, program literasi kewangan merupakan pendekatan jabatan itu bagi memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai kepentingan mengawal dan mengurus kewangan dengan lebih berhemah.

“Kalau dulu insolvensi ni dia lebih kepada macam menghukum tetapi perkembangan terbaru insolvensi ni kita kena bantu mereka untuk berubah, bukan lagi menghukum sebaliknya kena bagi kemudahan.

“Pada tahun lepas juga kira-kira 200,000 individu yang bankrap telah dibebaskan selepas kes mereka diteliti bagi memberi peluang kedua untuk membina semula kehidupan,” katanya.

Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2026 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Kakitangan kerajaan di Selangor adalah yang tertinggi (bankrap) dan kebanyakannya adalah guru-guru, disebabkan membuat pinjaman peribadi.

“Guru-guru ni dia senang dapat pinjaman peribadi sebab dia tolak gaji. Itu statistik yang kita kumpul setakat ini,” katanya.
Adoiii
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2026 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Cuba spesifikkan lagi yg cikgu tu jantina apa. i bet perempuan. Cikgu perempuan yg kawen dgn lelaki 'kerja sendiri' pastu laki dok tekan suruh buatkan PL utk bisnes laki tu skali tu bungkus
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2026 01:39 PM | Show all posts
Byk ya agensi pinjaman yg diambil oleh penjawat awam selain bank Rakyat sebab koperasi2 di Malaysia pun sgt byk dan source of klien mereka mestilah ramai penjawat Awam mcm2 nama ada even sampai ke Sarawak sana pun ada org kat KL pinjam walaupun cuma koperasi biasa shj.Dari pengalaman verify pinjaman ni mostly penjawat awam akan potong pay slip lebih dari 1 ribu ringgit sebulan utk biro pinjaman Angkasa malah hingga 2K sebulan pun ramai...
Tak pernah nampak potongan pinjaman bawah ribu ringgit...
Entahlah memasing punya keadaan dan situasi. Takut fikirkan komitmen setinggi gunung mcm tu in case tetiba sakit dan terpaksa ambil cuti tanpa gaji atau separuh gaji naya...
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2026 02:14 PM | Show all posts
cikgu2 beli apa tu...teruk sangat bila nama cikgu2 naik ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2026 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Cuba tengok balik cikgu2 ni asal mana. Negeri tempat diorang bekerja nampak buruk tapi cikgu kat selangor ramainya dari negeri sana tu kan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-1-2026 03:12 PM | Show all posts
1. Kerja tetap takkan kena buang
2. Ada pencen sampai ninggal
3. Senang dapat lulus loan
4. Orang lain buat aku pun nak

Nama pun personal loan, buat beli benda jadi liability mostly. Kalu bijak dah beli tanah taman sawit, buat rumah sewa, bela kambing, simpan ASB, lain-lain.

Sementara itu, kat thread sebelah rohingnya kira duit 1.5 m hasil niaga di Malasya juga.


Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2026 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam kawan meols yg sorang ni cikgu, beli rumah smpai 2 3 biji untuk dibuat sewa, kereta  honda city (keta 1st beli masa baru keja cikgu) lepas tu skrg baru angkut Mitsubishi Xpander pulak. Dok citer kat meols bulan2 bayor keter saja pun dah seribu lebih, tak kira rumah lagi, tapi takpe la umah dibuat sewa. Cuma ritu rumah dia kosong xde sapa penyewa, dok jenuh iklan merata nak cari penyewa sebab nak kena bayor installment tu la.. pastu kalau anak sakit ke apa tak main la spital gomen, paling2 kpj tu. Suami keje sendiri. So memang sapa keja cikgu ni memang gaji besar ye. Pastu loan pun besar la jugak. Tapi kalau dh mampu ok je.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2026 05:09 PM | Show all posts
sebab cikgu ramai bodoh membela biawak..
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2026 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Duk mengajar di selangor asal dari negeri mana? Barat timur selatan serta utara.


Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2026 09:31 PM | Show all posts
cikgu kat selangor, laki orang mana?
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2026 09:56 PM | Show all posts
ramai bela biawak je... hmm tengok pun seram..
tp sebab kita nya pun tkde laki jadi lebih baik diam.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2026 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts
tiber acik forum selengor triggered much dok tnya asal mana asal mana…
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2026 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts
hmmlantakko replied at 19-1-2026 11:27 PM
tiber acik forum selengor triggered much dok tnya asal mana asal mana…

Realiti noks..selangor ramai org luar..cuba cek ic masing2 termasuklah meols org luo
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2026 11:52 PM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 19-1-2026 01:24 PM
Cuba spesifikkan lagi yg cikgu tu jantina apa. i bet perempuan. Cikgu perempuan yg kawen dgn lelaki  ...

Ada juga geng cikgu yg buat PL join MLM kan..kalau melingkup mmg Alfatihah
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2026 08:04 AM | Show all posts
nape jd cm ni............sia siaaaaaaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2026 08:39 AM | Show all posts
hazlya replied at 19-1-2026 02:39 PM
Cuba tengok balik cikgu2 ni asal mana. Negeri tempat diorang bekerja nampak buruk tapi cikgu kat sel ...

mana tu? area rumah bapak hang ke
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2026 08:55 AM | Show all posts
mesti paling sikit bankrap dekat perlis kan  

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
'Daftar Tahun Satu usia enam tahun, 143 negara sudah guna pendekatan sama' - Nurul Izzah
Abahmung'Daftar Tahun Satu usia enam tahun,
Views : 23879 Replies : 6
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 22039 Replies : 32
Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri' patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku
ultra78Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri'
Views : 21481 Replies : 6
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2023 Replies : 8
...CHAT ABOUT HUMANITY...
seribulan...CHAT ABOUT HUMANITY...
Views : 13939 Replies : 2028
QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
ipes2QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
Views : 17516 Replies : 148
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 4543 Replies : 17
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 24186 Replies : 8
30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Gadis Gen Z ini nak kahwin secara sederhana tapi kiciwa mak ayah nak majlis kahwin 'Grand'
YgBenar30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Ga
Views : 25471 Replies : 2
travel to chicago
kukukufdd456yDdtravel to chicago
Views : 14651 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 06:22 AM GMT+8 , Processed in 0.055246 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list