CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26|Reply: 0

[Sarawak] Sarawak terus perjuang hak MA63, tuntut 1/3 perwakilan Parlimen

[Copy link]
Post time 19-1-2026 10:50 AM | Show all posts |Read mode


Saferi (kiri) berbual dengan Mohd Dusuki (kanan) semasa Majlis Pembukaan Tahun Perundangan Sabah dan Sarawak 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, hari ini. - Gambar UKAS

KUCHING: Kerajaan Sarawak menegaskan komitmen berterusan untuk memperjuangkan hak dan perlindungan negeri di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), termasuk aspirasi satu pertiga perwakilan Parlimen bagi Sabah dan Sarawak serta pelaksanaan Perintah di bawah Perkara 95C Perlembagaan Persekutuan.

Peguam Besar Sarawak Dato Sri Saferi Ali berkata, usaha memulihkan keseimbangan Perlembagaan seperti yang dimaksudkan semasa pembentukan Malaysia terus dilaksanakan melalui saluran sah dan berperlembagaan, berlandaskan semangat MA63 serta Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC).

Menurut beliau, secara sejarahnya, peruntukan satu pertiga perwakilan Parlimen bagi Sabah dan Sarawak berfungsi sebagai mekanisme perlindungan institusi untuk memastikan penyertaan bermakna negeri-negeri Borneo dalam proses penggubalan undang-undang dan pindaan Perlembagaan Persekutuan.

“Usaha ini dilaksanakan melalui libat urus berstruktur, pembinaan konsensus serta pematuhan sepenuhnya terhadap Perlembagaan Persekutuan, MA63 dan Laporan IGC,” ujarnya ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Pembukaan Tahun Perundangan Sabah dan Sarawak 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu hari ini.

Memetik Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Saferi turut memaklumkan bahawa beberapa perkara berkaitan MA63 telah mencatat kemajuan ketara, antaranya pindaan Ordinan Buruh Sarawak yang berkuat kuasa 1 Mei 2025, sekali gus memulihkan autonomi kawal selia Sarawak dalam hal ehwal buruh.

Selain itu katanya, pengkelasan semula Pelabuhan Bintulu sebagai pelabuhan negeri turut memperkukuh peranan Sarawak dalam tadbir urus ekonomi negeri.

Bagaimanapun, Saferi berkata masih terdapat perkara yang belum dimuktamadkan, termasuk keperluan pewartaan Perintah di bawah Perkara 95C Perlembagaan Persekutuan bagi memberi kuasa kepada Kerajaan Sarawak mengurus sisa terjadual.

“Perkara ini telah dipersetujui oleh semua pihak dan pelaksanaannya perlu dipercepatkan bagi membolehkan Sarawak mempunyai kawalan penuh terhadap pengurusan alam sekitar,” tambahnya.

Pada masa yang sama, beliau menyambut baik keputusan Mahkamah Tinggi yang mengesahkan hak Sabah ke atas 40 peratus hasil negeri di bawah Perkara 112C Perlembagaan Persekutuan, sambil menegaskan bahawa keputusan tersebut turut mengesahkan kewajipan Persekutuan terhadap Sarawak, tertakluk kepada semakan kehakiman.

Beliau berkata, di bawah Perkara 112D, Sarawak berhak kepada semakan kewangan secara berkala dan rundingan berterusan bagi mencapai kaedah yang adil dan telus.

“Kerajaan Sarawak telah mengemukakan satu formula kepada Kerajaan Persekutuan bagi mempercepatkan proses semakan kewangan ini.

“Sementara menunggu pemuktamadan formula tersebut, Geran Khas Interim telah dinaikkan kepada RM600 juta setahun bermula 2025,” jelasnya.

Tambah beliau, Sarawak akan terus berunding secara konstruktif dan berlandaskan niat baik, dengan harapan penyelesaian jangka panjang yang mampan dapat dicapai demi memperkukuh Persekutuan Malaysia secara keseluruhan.

Majlis tersebut turut dihadiri Ketua Hakim Negara Datuk Seri Wan Ahmad Farid Wan Salleh, Presiden Mahkamah Rayuan Datuk Abu Bakar Jais, Peguam Negara Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar, Ketua Hakim Malaya Datuk Hashim Hamzah, Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Datuk Azizah Nawawi serta Peguam Besar Negeri Sabah Datuk Brenndon Keith Soh.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
'Daftar Tahun Satu usia enam tahun, 143 negara sudah guna pendekatan sama' - Nurul Izzah
Abahmung'Daftar Tahun Satu usia enam tahun,
Views : 23879 Replies : 6
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 22039 Replies : 32
Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri' patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku
ultra78Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri'
Views : 21481 Replies : 6
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2023 Replies : 8
...CHAT ABOUT HUMANITY...
seribulan...CHAT ABOUT HUMANITY...
Views : 13939 Replies : 2028
QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
ipes2QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
Views : 17516 Replies : 148
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 4543 Replies : 17
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 24186 Replies : 8
30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Gadis Gen Z ini nak kahwin secara sederhana tapi kiciwa mak ayah nak majlis kahwin 'Grand'
YgBenar30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Ga
Views : 25471 Replies : 2
travel to chicago
kukukufdd456yDdtravel to chicago
Views : 14651 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 06:24 AM GMT+8 , Processed in 1.236634 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list