CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 309|Reply: 0

Kereta dilarikan di Shah Alam, remaja 13 tahun ditemui selamat

[Copy link]
Post time 19-1-2026 10:12 AM | Show all posts |Read mode





SHAH ALAM: Seorang remaja perempuan 13 tahun ditemui selamat selepas sebuah kenderaan dinaikinya, dilarikan ketika diletakkan di tepi jalan berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Sri Muda, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, kejadian membabitkan sebuah Perodua Viva berwarna perak, dilarikan seorang suspek ketika mangsa berada di tempat duduk belakang dan sedang bermain telefon bimbit kira-kira jam 7 malam.

Beliau berkata, anggota bertugas di Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan insiden berkenaan.

“Maklumat itu segera disalurkan kepada semua anggota di lapangan bagi mengesan kenderaan dan mangsa.

“Susulan maklumat daripada orang awam, mangsa bersama kenderaan terbabit ditemui di tepi jalan berhampiran Restoran D’ Shell, Seksyen 26, kira-kira sejam kemudian,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Ramsay, anggota polis bersama pegawai Jabatan Siasatan Jenayah IPD Shah Alam mengesahkan remaja perempuan itu ditemui dalam keadaan selamat.

Beliau berkata, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan, namun masih trauma akibat kejadian itu.

“Ketika kejadian, enjin kenderaan dalam keadaan dimatikan. Mangsa sebelum itu menghidupkan enjin selepas meminta kunci daripada bapanya kerana ingin duduk di dalam kereta.

“Suspek menyedari terdapat orang di dalam kenderaan, selepas mangsa menjerit, namun tidak bertindak ganas dan hanya mengarahkannya supaya berdiam diri,” katanya.

Mangsa yang ditemui dibawa ke IPD Shah Alam untuk tindakan lanjut oleh pegawai penyiasat, selain kenderaan yang ditemui semula itu turut diperiksa oleh pasukan forensik Kontinjen Polis Selangor.

Ramsay berkata, satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan dan Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik daripada jagaan sah.

“Jika disabitkan kesalahan mencuri kenderaan, pesalah boleh dipenjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih tujuh tahun serta boleh dikenakan denda.

“Bagi kesalahan menculik kanak-kanak daripada jagaan sah, hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut mengenai kes ini diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Ahmad Mokhsin Abdul Rahman di talian 011-1755 4394.

Sumber: Buletin TV3
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 21231 Replies : 32
'Daftar Tahun Satu usia enam tahun, 143 negara sudah guna pendekatan sama' - Nurul Izzah
Abahmung'Daftar Tahun Satu usia enam tahun,
Views : 19662 Replies : 5
Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri' patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku
ultra78Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri'
Views : 17239 Replies : 6
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2023 Replies : 8
...CHAT ABOUT HUMANITY...
seribulan...CHAT ABOUT HUMANITY...
Views : 13939 Replies : 2028
QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
ipes2QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
Views : 17516 Replies : 148
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 4442 Replies : 17
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 19842 Replies : 8
30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Gadis Gen Z ini nak kahwin secara sederhana tapi kiciwa mak ayah nak majlis kahwin 'Grand'
YgBenar30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Ga
Views : 21128 Replies : 2
travel to chicago
kukukufdd456yDdtravel to chicago
Views : 10408 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 04:47 AM GMT+8 , Processed in 0.195258 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list