CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 58|Reply: 0

[Sarawak] Banjir di daerah Beluru berterusan, kini 11 lokasi terjejas

[Copy link]
Post time 17-1-2026 11:03 PM | Show all posts |Read mode


Keadaan banjir di kawasan Rh Malaysia, Sg Tisam, Bakong pada petang Jumaat dengan trend air menahan.

MIRI: Keadaan banjir di Daerah Beluru berterusan dengan jumlah kawasan terjejas meningkat kepada 11 lokasi setakat jam 2.30 petang Jumaat, dengan paras air direkodkan antara 33 inci hingga 5 kaki 7 inci.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Beluru yang juga Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Marudi Mirwan Shah Masri memaklumkan, kejadian banjir berpunca daripada air sungai pasang besar yang bertembung dengan hujan lebat berkala sejak 8 Disember tahun lalu.

“Antara kawasan yang terjejas ialah Rumah (Rh) William Saba (2.5 kaki), Rh Dasu di Sungai (Sg) Tisam, Bukit Nyaming (5 kaki 7 inci), Rh Keyai di Sg Lutong, Bakong (44 inci), Rh Malaysia di Sg Tisam, Bakong (1.20 meter) serta Rh Adin di Sg Kelabit, Bakong (3 kaki 1 inci).

“Turut terjejas ialah Rh Sandom di Sg Buri Ili, Bakong (33 inci), Rh Rengking di Sg Buri Tengah, Bakong (2 kaki 9 inci), Rh Limban di Sg Buri, Bakong (2 kaki 9 inci) dan Rh Nazareth Melvin di Rantau Segawa, Sg Lutong, Bakong (5 kaki) dan Rh Anthony, Logan Manok (1 kaki 4 inci),” katanya dalam satu kenyataan.



Situasi banjir di Rh Keyai, Sg Lutong, Bakong dengan trend air menaik sehingga jam 2.30 petang Jumaat.

Selain penempatan penduduk, Sekolah Kebangsaan (SK) Sg Kelabit turut dilaporkan dinaiki air dengan paras setinggi 2 kaki, melibatkan seramai 18 kakitangan sekolah.

Menurut Mirwan, kebanyakan kawasan menunjukkan trend air menaik manakala beberapa lokasi lain dilaporkan berada pada paras menahan dan menurun.

Justeru, beliau menasihatkan penduduk di kawasan berisiko agar sentiasa berwaspada dan mematuhi sebarang arahan sekiranya keadaan bertambah buruk.


Sumber : Utusan Borneo

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 11:41 PM GMT+8 , Processed in 0.359119 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list