CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 75|Reply: 1

[Pulau Pinang] 34 projek sakit PR1MA siap sepenuhnya menjelang Mac ini

[Copy link]
Post time 17-1-2026 07:44 PM | Show all posts |Read mode
34 projek sakit PR1MA siap sepenuhnya menjelang Mac ini

17 Januari 2026 07:01pm





Nga Kor Ming (lapan dari kanan) bersama Chow Kon Yeow (enam dari kanan) bergambar bersama pembeli Rumah Mampu Milik Ideal Venica Residency pada Majlis Penyerahan Kunci Perumahan Mampu Milik di sini, hari ini. - Foto: Bernama




GEORGE TOWN - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyasarkan semua projek perumahan Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) yang sebelum ini dikategorikan sebagai projek sakit atau terbengkalai dapat disiapkan sepenuhnya menjelang Mac ini.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata, ketika mula diberi amanah menerajui kementerian itu, sebanyak 34 projek PR1MA berada dalam status projek sakit dan terbengkalai, namun hasil komitmen bersama perbadanan itu, kesemua projek berkenaan kini berjaya disiapkan sepenuhnya.


"Waktu saya ambil alih, ada 34 projek (PR1MA) sakit tetapi saya dengan aku janji bersama Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA, Brian Iskandar Zulkarim yang menjelang Hari Raya tahun ini, iaitu Mac nanti kesemua 34 projek ini siap sepenuhnya 100 peratus.

"Semua projek itu memperoleh Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) serta kunci akan diserahkan kepada pembeli, sekali gus memastikan tiada lagi projek PR1MA berstatus sakit," katanya semasa berucap pada Majlis Penyerahan Kunci Perumahan Mampu Milik Ideal Venice Residency, di sini hari ini.


Majlis itu turut dihadiri Ketua Menteri, Chow Kon Yeow dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Ideal Property Group, Tan Sri Alex Ooi serta 20 pemilik rumah yang akan menerima kunci kediaman baharu mereka.

Kor Ming menyifatkan pencapaian itu sebagai permulaan baharu bagi sektor perumahan negara, selaras dengan hasrat kerajaan untuk memulakan 2026 dengan lebih berdaya maju.

Sementara itu, Brian Iskandar yang ditemui Bernama selepas majlis itu berkata daripada 33 projek telah siap sepenuhnya manakala hanya satu masih dalam fasa akhir.

Bagaimanapun, beliau tidak memperincikan dengan lebih lanjut memandangkan ia dijangka siap sepenuhnya menjelang Mac..

Projek Ideal Venice menawarkan 1,632 unit kediaman berkonsepkan kondominium pada harga RM300,000 seunit dengan setiap unit berkeluasan 850 kaki persegi dilengkapi dengan tiga bilik tidur, dua bilik air serta balkoni peribadi.


Perumahan itu turut dilengkapi kemudahan premium merangkumi kolam renang, pavilion BBQ, stesen senaman, ruang santai keluarga, gimnasium, gelanggang bola keranjang dan badminton.

Sementara itu, Kon Yeow berkata, menerusi Visi Penang 2030, sasaran pembekalan 220,000 unit Rumah Mampu Milik menjelang 2030 telah mencapai 170,706 unit bersamaan 77.35 peratus dan bagi skim sewa beli atau Rent-To-Own (RTO), sebanyak 5,096 unit telah direalisasikan daripada sasaran 22,000 unit.

Beliau berkata untuk Pembaharuan Semula Bandar (PSB), sebanyak enam projek melibatkan 6,840 unit telah dikenal pasti, yang bakal memberi manfaat kepada lebih 3,000 keluarga.

"Pencapaian itu membuktikan kesungguhan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam menangani isu perumahan secara menyeluruh dan mampan serta negeri ini sentiasa komited dan prihatin terhadap peningkatan kualiti hidup rakyat.

"Justeru, aspek perumahan terus diberikan keutamaan, terutamanya bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana rendah membabitkan kumpulan B40 dan M40.

Pelbagai dasar, inisiatif serta mekanisme pelaksanaan telah dirangka dan dilaksanakan secara konsisten bagi memastikan peluang pemilikan rumah dapat diakses secara adil dan inklusif oleh rakyat negeri ini," katanya. - Bernama

https://www.sinarharian.com.my/article/764469/berita/nasional/34-projek-sakit-pr1ma-siap-sepenuhnya-menjelang-mac-ini


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2026 09:53 PM | Show all posts
"Waktu saya ambil alih, ada 34 projek (PR1MA) sakit tetapi saya dengan aku janji bersama Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA, Brian Iskandar Zulkarim yang menjelang Hari Raya tahun ini, iaitu Mac nanti kesemua 34 projek ini siap sepenuhnya 100 peratus.

34 projek terbengkalai warisan dari siapa-siapa?
Aku tak rasa dia gebang cakap besar terpaling bla bla bla... Memang dia buat kerja la...
Next pru easily dia boleh yakinkan voters dia layak diundi. Ramai yang lain nak pru baru janji nak buat keje tangguh puluh taun.
Sementara yang meloncat-loncat tu kerja dah siap?


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Quiz : Personality Test [Who is the biggest fool?]
gekkouQuiz : Personality Test [Who is the bigg
Views : 5741 Replies : 28
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2297 Replies : 19
Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau "Bunga Orked" Rakan Ofis
tumpanglalu74Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau
Views : 2559 Replies : 69
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 59283 Replies : 35
travel to chicago
kukukud56travel to chicago
Views : 3536 Replies : 0
Langsung tak ada job, Daí Syed spend time dengan anak bini je-hanya terima watak ustaz je
RalineLangsung tak ada job, Daí Syed spend ti
Views : 25303 Replies : 101
TRAVEL WITH GOJO
saturo1gojoTRAVEL WITH GOJO
Views : 4143 Replies : 0
SATURO GOJO TRAVEL
saturo1gojoSATURO GOJO TRAVEL
Views : 4245 Replies : 0
best  airlines services
kukukud456ydDdbest airlines services
Views : 4344 Replies : 0
TRAVEL WITH GOJO
gojo2344TRAVEL WITH GOJO
Views : 4950 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 03:19 AM GMT+8 , Processed in 0.192066 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list