CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 68|Reply: 1

[Kedah] Dua beranak ditahan disyaki transporter penyeludupan Pati

[Copy link]
Post time 17-1-2026 11:29 AM | Show all posts |Read mode
Dua beranak ditahan disyaki transporter penyeludupan Pati

Zuliaty Zulkiffli[email protected]





BALVEER Singh menunjukkan barangan yang di rampas pada tangkapan Pemerdagangan Orang di Ipd Kubang Pasu. FOTO Wan Nabil Nasir




Jitra: Seorang lelaki dan anak perempuannya berusia 16 tahun serta seorang lelaki tempatan ditahan kerana disyaki sebagai 'transporter' membawa 16 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke negara ini.

Lelaki berusia 47 tahun itu sanggup membawa anak perempuannya itu bersama rakannya berusia 40-an untuk membawa PATI berkenaan ke destinasi ditetapkan dengan upah yang lumayan.

Mereka ditahan pada Rabu lalu jam 4 pagi di Plaza Tol Jitra arah selatan oleh Cawangan Risik Ibu Pejabat Briged Utara, Pasukan Gerakan Am (PGA) dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu dalam operasi Op Taring Delta.

Komander Briged Utara PGA, Senior Asisten Komisioner Balveer Singh berkata, ketika ditahan suspek dipercayai terbabit dalam kegiatan pemerdagangan manusia dan penyeludupan migran menggunakan kenderaan pelbagai guna (MPV) dan kenderaan utiliti sukan (SUV).

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan itu mendapati, terdapat 16 orang PATI iaitu sembilan lelaki dan tujuh wanita berusia antara 16 hingga 35 tahun dipercayai warga Myanmar.

"Modus operandi yang digunakan transporter itu ialah menggunakan kenderaan yang disewa.

"Hasil siasatan mendapati, suspek dipercayai menjalankan kegiatan itu sejak Ogos lalu dan siasatan masih dilakukan sama ada remaja perempuan itu masih bersekolah atau tidak, " katanya pada sidang media di IPD Kubang Pasu, semalam.

"Susulan itu, kita berjaya menahan seorang lelaki warga Myanmar berusia 30-an yang disyaki berperanan ketua sindiket di Nibong Tebal, Seberang Perai Utara Selatan, Pulau Pinang pada hari berikutnya.

"Hasil siasatan mendapati, dua suspek rakyat tempatan itu mempunyai dua rekod jenayah lampau dan ujian saringan awal air kencing terhadap ketiga-tiga mereka adalah negatif," katanya.

Semua suspek ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) selama 28 hari sehingga 11 Februari depan manakala bagi tangkapan warga asing pula direman 14 hari di bawah Akta Imigresen 1959/63.



Disiarkan pada: Januari 17, 2026 @ 11:04am

manakala bagi tangkapan warga asing pula direman 14 hari di bawah Akta Imigresen 1959/63.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2026 01:23 PM | Show all posts
Jitra: Seorang lelaki dan anak perempuannya berusia 16 tahun serta seorang lelaki tempatan ditahan kerana disyaki sebagai 'transporter' membawa 16 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke negara ini.

Rohingnya masuk sini suda pandai niaga worang. Lepas tu local worang kerja dengan rohingnya jadi driver.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
'Daftar Tahun Satu usia enam tahun, 143 negara sudah guna pendekatan sama' - Nurul Izzah
Abahmung'Daftar Tahun Satu usia enam tahun,
Views : 23879 Replies : 6
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 22039 Replies : 32
Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri' patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku
ultra78Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri'
Views : 21481 Replies : 6
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2023 Replies : 8
...CHAT ABOUT HUMANITY...
seribulan...CHAT ABOUT HUMANITY...
Views : 13939 Replies : 2028
QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
ipes2QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
Views : 17516 Replies : 148
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 4543 Replies : 17
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 24186 Replies : 8
30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Gadis Gen Z ini nak kahwin secara sederhana tapi kiciwa mak ayah nak majlis kahwin 'Grand'
YgBenar30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Ga
Views : 25471 Replies : 2
travel to chicago
kukukufdd456yDdtravel to chicago
Views : 14651 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 06:22 AM GMT+8 , Processed in 0.041104 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list