CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 70|Reply: 0

[Johor] UTM KUKUH PEMBANGUNAN BAKAT JS-SEZ MENERUSI ‘WALK WITH ME’

[Copy link]
Post time 17-1-2026 10:15 AM | Show all posts |Read mode

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) memperkukuh pembangunan bakat negeri menerusi Program
Walk With Me
bersama TalentCorp, selari dengan usaha melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi bagi menyokong Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura (JS-SEZ). | Foto Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

IskandarPuteri – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terus memperkukuhkan peranan sebagai pemacu pembangunan bakat negeri menerusi Program ‘Walk With Me’ bersama TalentCorp sebagai sebahagian daripada agenda strategik melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi khususnya bagi Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).

Menerusi inisiatif ini, seramai 91 pelajar tahun akhir dari Sekolah Pembangunan Sumber Manusia dan Psikologi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) UTM menerima bimbingan langsung 15 tenaga pengajar daripada syarikat multinasional (MNC) dan syarikat tersenarai awam (PLC) yang beroperasi di Johor.

Program ‘Walk With Me’ dirangka sebagai peluasan pembelajaran di luar bilik darjah, membolehkan pelajar didedahkan kepada realiti dunia pekerjaan melalui lima sesi bimbingan berstruktur termasuk lawatan ke fasiliti industri.

Pendekatan ini memberikan kefahaman menyeluruh tentang kaedah penyelesaian masalah sebenar, budaya kerja dan amalan semasa industri meliputi penggunaan teknologi dalam pengurusan sumber manusia.

Inisiatif dilaksanakan sejajar dengan aspirasi UTM untuk melahirkan graduan yang cemerlang akademik dan bersedia untuk industri, berdaya saing serta yakin menghadapi cabaran pasaran kerja masa hadapan.

Selain itu, ‘Walk With Me’ menyokong peranan TalentCorp sebagai Badan Pemikir Strategik Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dan agenda pembangunan bakat bagi JS-SEZ terutama dalam memastikan bakat tempatan Johor mampu memenuhi keperluan sektor-sektor berimpak tinggi.

Terdahulu, YBrs. Prof. Ts. Dr. Intan Zaurah Mat Darus, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UTM menyempurnakan Majlis Graduasi Program ‘Walk With Me’ di Dewan Senat, UTM Skudai, Selasa lalu.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
'Daftar Tahun Satu usia enam tahun, 143 negara sudah guna pendekatan sama' - Nurul Izzah
Abahmung'Daftar Tahun Satu usia enam tahun,
Views : 23879 Replies : 6
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 22039 Replies : 32
Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri' patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku
ultra78Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri'
Views : 21481 Replies : 6
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2023 Replies : 8
...CHAT ABOUT HUMANITY...
seribulan...CHAT ABOUT HUMANITY...
Views : 13939 Replies : 2028
QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
ipes2QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
Views : 17516 Replies : 148
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 4543 Replies : 17
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 24186 Replies : 8
30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Gadis Gen Z ini nak kahwin secara sederhana tapi kiciwa mak ayah nak majlis kahwin 'Grand'
YgBenar30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Ga
Views : 25471 Replies : 2
travel to chicago
kukukufdd456yDdtravel to chicago
Views : 14651 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 06:40 AM GMT+8 , Processed in 0.126977 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list