CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 42|Reply: 0

[Kedah] KDN sedia kaji semula perolehan elak ketirisan wang rakyat

[Copy link]
Post time 17-1-2026 09:12 AM | Show all posts |Read mode
KDN sedia kaji semula perolehan elak ketirisan wang rakyat

M Hifzuddin Ikhsan01/;ooo


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. - FOTO NSTP




Kulim: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyambut baik keputusan kerajaan yang mahu perolehan agensi di bawahnya disemak dan dikaji semula bagi mengelak penyelewengan.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ini kerana KDN dan Kementeria Pertahanan masing-masing adalah antara kementerian yang menerima bajet tahunan terbesar iaitu kira-kira RM20 bilion setahun.

Katanya, beliau akan merujuk keputusan kerajaan itu kepada Ketua Setiausaha KDN bagi melihat kembali setiap perolehan yang sudah diluluskan sebelum ini di bawah Rang Undang-Undang Perbekalan.

"Saya melihat ini sebagai satu reset terutama akhir-akhir ini (ada isu penyelewengan). Kementerian Pertahanan dan KDN adalah dua kementerian besar yang masing-masing mendapat bajet tahunan RM20 bilion.

"Oleh kerana saiz yang besar, selain belanja pengurusan ada belanja pembangunan terutama membabitkan kontrak, projek dan tender perolehan seperti kapal terbang, kapal, sistem teknologi maklumat (IT).

"Dalam keadaan ketika ini, Perdana Menteri berpendapat ada keperluan untuk ditengok semula, jadi bila ada keperluan maka timbul cadangan untuk ia dikaji semula," katanya pada sidang media selepas hadir Majlis Perasmian Pusat Khidmat Rakyat Padang Serai di sini, malam tadi.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, setiap kementerian mempunyai jawatankuasa perolehan masing-masing yang menentukan jenis tender yang akan dibuka kepada pihak pembekal.

Katanya, berikutan itu setiap perolehan perlu dibuat mengikut keperluan dan spesifikasi ditetapkan agensi kerajaan yang menjadi penggunanya.

"Kalau perolehan membabitkan Jabatan Pendaftaran Negara sebagai pengguna, maka dibuat spesifikasi, kalau Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai pengguna perlukan motosikal baharu, maka PDRM akan buat spesifikasi.

"Jadi kami sambut baik kerana ini berkait hala tuju yang selalu Perdana Menteri sebut tentang elak penyelewengan, soal amalan tata kelola yang baik terutama sistem perolehan kerana setiap sen wang rakyat itu perlu dipertanggung jawabkan," katanya.

Terdahulu, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan mengarahkan semua keputusan perolehan membabitkan tentera, polis serta agensi berkaitan yang terkait dengan isu rasuah, dibekukan sementara.

Perdana Menteri berkata, ia bagi membolehkan perkara terbabit diteliti serta disusun semula bagi memastikan peraturan proses perolehan dipatuhi sepenuhnya dan bebas daripada unsur rasuah.




Disiarkan pada: Januari 17, 2026 @ 8:05am

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/01/1311798/kdn-sedia-kaji-semula-perolehan-elak-ketirisan-wang-rakyat


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
'Daftar Tahun Satu usia enam tahun, 143 negara sudah guna pendekatan sama' - Nurul Izzah
Abahmung'Daftar Tahun Satu usia enam tahun,
Views : 23879 Replies : 6
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 22039 Replies : 32
Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri' patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku
ultra78Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri'
Views : 21481 Replies : 6
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2023 Replies : 8
...CHAT ABOUT HUMANITY...
seribulan...CHAT ABOUT HUMANITY...
Views : 13939 Replies : 2028
QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
ipes2QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
Views : 17516 Replies : 148
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 4543 Replies : 17
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 24186 Replies : 8
30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Gadis Gen Z ini nak kahwin secara sederhana tapi kiciwa mak ayah nak majlis kahwin 'Grand'
YgBenar30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Ga
Views : 25471 Replies : 2
travel to chicago
kukukufdd456yDdtravel to chicago
Views : 14651 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 06:24 AM GMT+8 , Processed in 2.201903 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list