CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 60|Reply: 0

[Pulau Pinang] Eijazz gembira dapat peluk rakan sekolah sebelum ke hospital jalani rawatan kanser darah

[Copy link]
Post time 17-1-2026 04:41 AM | Show all posts |Read mode
Eijazz gembira dapat peluk rakan sekolah sebelum ke hospital jalani rawatan kanser darah

Zuhainy Zulkiffli - Januari 16, 2026 @ 12:34pm




Muhamad Eijazz Dhafi Abdullah yang menderita sakit kanser darah berkunjung ke sekolah untuk melepas rindu kepada rakan sekelas. - Foto ihsan Mohd Fitri



GEORGETOWN: Hari pertama persekolahan Muhamad Eijazz Dhafi Abdullah, 10, dari Kulim, Kedah kali ini tidak seperti rakan lain apabila hanya 30 minit berada di Sekolah Kebangsaan (SK) Labu Besar bagi melepas rindu kepada rakan sekelas.

Kanak-kanak dari Kampung Banggol Berangan, Labu Besar ini kemudian terpaksa kembali ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi berjuang meneruskan rawatan kemoterapi melawan penyakit Leukemia Myeloid Akut (AML), sejenis kanser darah serius yang dihidapi sejak hampir empat bulan lalu.

Bapa saudaranya, Mohd Fitri Harun, 32, berkata suasana hari pertama persekolahan Muhamad Eijazz mengundang hiba ketika anak saudaranya itu dan rakan sekelas bersalaman serta berpelukan selepas beberapa bulan tidak berjumpa.

"Ketika hari jadinya bulan lalu, Muhamad Eijazz beritahu tidak mahu sebarang hadiah, cuma berharap dapat bertemu rakan di sekolah kerana rindu.

Dia minta saya tunaikan hasratnya kerana tidak tahu bila lagi dapat ke sekolah berikutan tempoh rawatan yang panjang.

"Hasrat itu hanya dapat saya ditunaikan pada hari pertama sesi baharu persekolahan.

Selepas itu saya bawa Muhamad Eijazz ke HPP semula bagi menjalani kemoterapi.

Sepanjang hari dia bercerita mengenai rasa gembira dapat bertemu rakan dan guru," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Fitri berkata, kisah perjuangan Muhamad Eijazz bermula selepas anak saudaranya itu mengadu sakit pada tangan sebaik pulang daripada aktiviti sukan di sekolah sebelum pemeriksaan di klinik mendapati murid itu mengalami sakit otot akibat bersukan namun keadaannya berlarutan selama beberapa hari.

"Saya bawa Muhamad Eijazz ke Hospital Kulim sebelum dia dirujuk ke HPP dan disahkan mengidap penyakit itu seminggu kemudian.

Sejak itu, dia ditempatkan di wad bagi rawatan serta pemantauan lanjut dan hanya pulang ke rumah selama dua atau tiga hari selepas sesi kemoterapi selesai sebelum kembali semula ke HPP," katanya.

Sejak Oktober lalu juga, Mohd Fitri bergilir-gilir dengan kakak sulung Muhamad Eijazz yang berusia 16 tahun menjaga kanak-kanak itu di wad dan keadaan anak saudaranya itu beransur baik serta dijangka menjalani Transplantasi Sumsum Tulang (BMT) di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selama tiga bulan bermula Februari depan.

"Kita masih menunggu tarikh yang sesuai. Abang kedua Muhamad Eijazz menjadi penderma sumsum tulang yang sesuai, jadi doktor mahu mempercepatkan prosedur itu bergantung keadaannya.

"Muhamad Eijazz kerap beritahu mahu bercuti ke Kelantan kerana suka lihat keindahan pantai di sana, jadi besar harapan saya jika prosedur BMT itu kelak berlangsung dengan lancar supaya dapat bawa dia ke sana," katanya.

Muhd Fitri yang bekerja di bahagian pemasaran sebuah syarikat, memaklumkan selepas ibu bapa Muhamamd Eijazz bercerai kira-kira lima tahun lalu, kanak-kanak itu dan tiga adik-beradiknya dijaga bapa mereka sebelum lelaki itu pula lumpuh akibat serangan angin ahmar.

"Sejak itu, saya jaga adik-beradik berkenaan bersama datuk dan nenek mereka.

Kakak sulung Muhamad Eijazz tidak lagi bersekolah dan menjaga bapanya.

Saya juga dengan rela hati menanggung keperluan empat beradik itu.

"Berikutan Muhamad Eijazz ditempatkan di wad, saya kerap ambil cuti, tapi mujurlah pada masa ini majikan amat memahami.

Demi Muhamad Eijazz, saya akan buat apa sahaja, cuma bimbang dengan urusan di HKL kelak yang akan menyebabkan saya terpaksa bercuti panjang dan terjejas pendapatan," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/01/1497525/eijazz-gembira-dapat-peluk-rakan-sekolah-sebelum-ke-hospital-jalani





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
'Daftar Tahun Satu usia enam tahun, 143 negara sudah guna pendekatan sama' - Nurul Izzah
Abahmung'Daftar Tahun Satu usia enam tahun,
Views : 23879 Replies : 6
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 22039 Replies : 32
Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri' patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku
ultra78Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri'
Views : 21481 Replies : 6
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2023 Replies : 8
...CHAT ABOUT HUMANITY...
seribulan...CHAT ABOUT HUMANITY...
Views : 13939 Replies : 2028
QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
ipes2QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
Views : 17516 Replies : 148
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 4543 Replies : 17
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 24186 Replies : 8
30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Gadis Gen Z ini nak kahwin secara sederhana tapi kiciwa mak ayah nak majlis kahwin 'Grand'
YgBenar30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Ga
Views : 25471 Replies : 2
travel to chicago
kukukufdd456yDdtravel to chicago
Views : 14651 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 06:23 AM GMT+8 , Processed in 0.043171 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list