CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 80|Reply: 0

[Johor] Simpanan RM120,000 lesap angkara 'pegawai polis'

[Copy link]
Post time 16-1-2026 10:25 PM | Show all posts |Read mode


Muar: Bimbang ditahan kerana didakwa terjebak aktiviti penggubahan wang haram serta rasuah, seorang lelaki warga emas berputih mata apabila kerugian RM120,000 angkara sindiket 'phone scam' menyamar pegawai polis.

Warga emas berusia 69 tahun mendakwa dia menerima panggilan daripada individu yang memperkenalkan diri sebagai pegawai polis pada 31 Disember lalu.

Ketua Polis Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata suspek memberitahu kononnya mangsa terbabit dalam aktiviti penggubahan wang haram serta rasuah.

Beliau berkata, pada masa sama, suspek turut mengugut mangsa untuk mengeluarkan waran tangkap serta akan didakwa di mahkamah sekiranya gagal memberi kerjasama.

"Susulan itu, mangsa diarahkan membuka akaun baru serta maklumat kad bank kepada suspek untuk membantu menyelesaikan perkara itu.

"Suspek meminta mangsa memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun itu yang membabitkan beberapa transaksi dengan keseluruhan berjumlah RM120,000 pada 8 Januari lalu bagi tujuan siasatan," katanya dalam kenyataan.

Raiz Mukhliz berkata, mangsa hanya menyedari dia ditipu selepas memaklumkan perkara itu kepada ahli keluarganya.

Katanya, susulan itu mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar semalam untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sumber : harian metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
'Daftar Tahun Satu usia enam tahun, 143 negara sudah guna pendekatan sama' - Nurul Izzah
Abahmung'Daftar Tahun Satu usia enam tahun,
Views : 23879 Replies : 6
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 22039 Replies : 32
Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri' patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku
ultra78Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri'
Views : 21481 Replies : 6
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2023 Replies : 8
...CHAT ABOUT HUMANITY...
seribulan...CHAT ABOUT HUMANITY...
Views : 13939 Replies : 2028
QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
ipes2QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
Views : 17516 Replies : 148
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 4543 Replies : 17
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 24186 Replies : 8
30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Gadis Gen Z ini nak kahwin secara sederhana tapi kiciwa mak ayah nak majlis kahwin 'Grand'
YgBenar30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Ga
Views : 25471 Replies : 2
travel to chicago
kukukufdd456yDdtravel to chicago
Views : 14651 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 06:24 AM GMT+8 , Processed in 0.034540 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list