CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 69|Reply: 0

[Negeri Sembilan] JHEV peruntuk RM8 juta bina baharu, baik pulih rumah veteran ATM

[Copy link]
Post time 16-1-2026 10:00 PM | Show all posts |Read mode

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari (dua dari kiri) melawat rumah Ruslinda Zakaria selepas Majlis Penyerahan Rumah Baharu Di Bawah Inisiatif Perumahan Veteran ATM, di Kampung Sentosa, Paroi, hari ini. Foto Mohd Amin Jalil.

Seremban: Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memperuntukkan RM8 juta untuk program bina baharu dan baik pulih rumah veteran ATM di seluruh negara tahun ini.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari, berkata pihaknya menyasarkan untuk membina 40 unit rumah baharu dengan kos RM75,000 sebuah di Semenanjung dan RM85,000 di Sabah dan Sarawak, selain kerja-kerja pembaikan 280 rumah veteran dengan kadar siling RM17,000 setiap rumah.

"Program pembinaan rumah baharu dan baik pulih veteran ATM ini dilaksanakan melalui kerjasama JHEV dan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

"Kita berharap menjelang bulan Mac atau April tahun ini, kita sudah boleh memulakan kerja-kerja membina dan membaik pulih rumah berkenaan, di samping menyelesaikan projek rumah terbabit yang dilaksanakan tahun lalu," katanya di sini, hari ini.

Beliau ditemui media selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Rumah Baharu Di Bawah Inisiatif Perumahan Veteran ATM, di Kampung Sentosa, Paroi, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk M K Ibrahim Abdul Rahman; Ketua Pengarah JHEV ATM, Mejar Jeneral Datuk Semaon Marjuki; Panglima Markas Briged Pertama Infantri

Malaysia; Brigedier Jeneral Datuk Zamri Othman dan Pengarah JHEV ATM Melaka/Negeri Sembilan, Mejar Muhammad Zarifi Tumin.

Pada majlis itu dua veteran dan balu veteran ATM masing-masing menerima replika kunci rumah membabitkan Ruslinda Zakaria, Ghazali Suntong dan Shafie Mohamad.

Adly berkata, sehingga Disember 2025, sebanyak 32 permohonan bina baharu dan 316 permohonan baik pulih telah diluluskan membabitkan peruntukan berjumlah RM7.243 juta.

"Di Negeri Sembilan pula, JHEV telah meluluskan tiga buah rumah bina baharu yang telah siap dibina, manakala 33 buah rumah telah dilaksanakan kerja baik pulih, dengan nilai keseluruhan sebanyak RM748,000 atau 10.32 peratus daripada peruntukan perumahan JHEV.

"Kementerian secara konsisten telah berusaha untuk meningkatkan peruntukan bantuan perumahan veteran ATM ini di mana sejak tahun 2021 iaitu dari RM4.86 juta kepada RM7.243 juta pada tahun 2025 iaitu peningkatan sebanyak 49 peratus," katanya.

Menurut beliau lagi, fokus utama kerajaan adalah membantu veteran yang tidak mempunyai pendapatan tetap dan memerlukan tempat tinggal selamat dan selesa.

"Ini antara langkah utama dalam usaha meningkatkan kebajikan dan mengurangkan beban veteran ATM," katanya.

Sementara itu, Ruslinda, 60, ketika ditemui melahirkan rasa syukur dan terharu kerana dapat mendiami rumah yang selesa hasil bantuan JHEV.

Ibu tunggal itu yang mempunyai tujuh orang anak termasuk tiga anak angkat berusia antara 20 hingga 40 tahun berkata, kini dia tidak perlu lagi menyewa rumah untuk meneruskan kehidupan.

Sumber : harian metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
'Daftar Tahun Satu usia enam tahun, 143 negara sudah guna pendekatan sama' - Nurul Izzah
Abahmung'Daftar Tahun Satu usia enam tahun,
Views : 23879 Replies : 6
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 22039 Replies : 32
Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri' patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku
ultra78Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri'
Views : 21481 Replies : 6
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2023 Replies : 8
...CHAT ABOUT HUMANITY...
seribulan...CHAT ABOUT HUMANITY...
Views : 13939 Replies : 2028
QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
ipes2QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
Views : 17516 Replies : 148
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 4543 Replies : 17
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 24186 Replies : 8
30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Gadis Gen Z ini nak kahwin secara sederhana tapi kiciwa mak ayah nak majlis kahwin 'Grand'
YgBenar30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Ga
Views : 25471 Replies : 2
travel to chicago
kukukufdd456yDdtravel to chicago
Views : 14651 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 06:23 AM GMT+8 , Processed in 0.141969 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list