CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 68|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Gas amonia bocor, jurutol, pengawal keselamatan sesak nafas

[Copy link]
Post time 16-1-2026 09:54 PM | Show all posts |Read mode

Gas amonia daripada tong yang dibawa sebuah lori dekat Plaza Tol Seremban susur keluar arah Kuala Lumpur, di sini, mengalami kebocoran tengah hari tadi. FOTO AHMAD HASBI

Seremban: Berlaku kebocoran gas amonia daripada tong yang dibawa sebuah lori dekat Plaza Tol Seremban, susur keluar arah Kuala Lumpur, di sini, tengah hari tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.50 tengah hari itu, jurutol dan seorang pengawal keselamatan di plaza tol berkenaan dikejarkan ke hospital selepas dikatakan terhidu bau gas.

Pemandu lori yang berusia 30-an berkata, dia dalam perjalanan dari tempat kerjanya di Taman Labu Jaya, di sini, dan mahu menghala ke ibu negara bagi membawa 15 tong gas.

"Sebelum masuk ke plaza tol, saya dengar letupan kuat dari belakang. Pada mulanya saya fikir ia mungkin tayar pecah, namun secara tiba-tiba ada bau gas yang kuat keluar.

"Saya terus melompat keluar dari lori dan menyelamatkan diri. Masa itu mata saya sudah pedih, namun bernasib baik sempat menutup hidung dan ke tempat selamat," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.

Komander Operasi, Penolong Kanan Penguasa Bomba Bakarya Mohd Salleh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.50 tengah hari.

"Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seremban 2 dengan bantuan BBP Seremban bergegas ke lokasi. Kejadian membabitkan tong gas yang berisi amonia dikatakan meletup.

"Tong gas itu dalam muatan sebuah lori. Akibat kejadian, seorang wanita iaitu jurutol dan seorang pengawal keselamatan lelaki dikatakan mengalami sesak nafas sebelum dibawa ke hospital.

"Jarak lori berhenti dan plaza tol kira-kira 50 meter dan difahamkan gas dibawa angin ke arah plaza tol manakala pemandu lori hanya mengalami pedih mata dan diberikan rawatan awal," katanya.

Jelas beliau, pihaknya mengawal kebocoran gas dengan menggunakan 'absorbent towel' dan menutup lubang yang pecah selain mengambil bacaan gas amonia.

"Pihak bomba juga melakukan 'water curtain' bagi mengelak gas daripada merebak ke kawasan ramai pengguna jalan raya. Ketika operasi, pegawai bertugas memakai PPE bagi tujuan keselamatan," katanya.

Tambahnya, sehingga jam 5 petang, lokasi kejadian dilaporkan selamat selepas pihak syarikat gas melakukan pemindahan gas ke tong yang selamat dan mengesahkan tiada lagi kebocoran.

Operasi turut dibantu Polis Peronda Lebuhraya, Polis Bantuan Plus, pihak PLUS, Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sumber : harian metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
'Daftar Tahun Satu usia enam tahun, 143 negara sudah guna pendekatan sama' - Nurul Izzah
Abahmung'Daftar Tahun Satu usia enam tahun,
Views : 23879 Replies : 6
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 22039 Replies : 32
Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri' patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku
ultra78Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri'
Views : 21481 Replies : 6
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2023 Replies : 8
...CHAT ABOUT HUMANITY...
seribulan...CHAT ABOUT HUMANITY...
Views : 13939 Replies : 2028
QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
ipes2QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
Views : 17516 Replies : 148
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 4543 Replies : 17
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 24186 Replies : 8
30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Gadis Gen Z ini nak kahwin secara sederhana tapi kiciwa mak ayah nak majlis kahwin 'Grand'
YgBenar30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Ga
Views : 25471 Replies : 2
travel to chicago
kukukufdd456yDdtravel to chicago
Views : 14651 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 09:24 AM GMT+8 , Processed in 0.124840 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list