CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 50|Reply: 0

[Pulau Pinang] Impian ayah tercapai, Masjid Habib siap dibina diisytihar Masjid Daerah Timur Laut

[Copy link]
Post time 16-1-2026 06:10 PM | Show all posts |Read mode
Impian ayah tercapai, Masjid Habib siap dibina diisytihar Masjid Daerah Timur Laut

Zuhainy Zulkiffli[email protected]





Masjid Habib yang terletak di Bandar Tanjong Pinang, di sini yang siap dibina sepenuhnya dengan kos sebanyak RM30 juta, kini secara rasmi diisytiharkan sebagai Masjid Daerah Timur Laut, sekali gus menjadi pusat ibadah dan komuniti baharu di Pulau Pinang. FOTO BERNAMA




Georgetown: Masjid Habib di Bandar Sri Tanjung, Tanjung Tokong di sini, diisytiharkan sebagai Masjid Daerah Timur Laut menggantikan peranan Masjid Terapung Tanjong Bungah.

Perisytiharan yang disempurnakan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ramli Ngah Talib itu disaksikan Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB Datuk Seri Meer Sadik Habib ketika perasmian masjid berkenaan, hari ini.

Masjid bernilai RM30 juta itu bukan sahaja menjadi pusat ibadah namun bakal menjadi pusat komuniti bagi tujuan berdakwah.

Meer Sadik berkata, masjid berkenaan direka dengan konsep yang mengutamakan keselesaan dan kemudahan persekitaran, hasil kerjasama rapat dengan arkitek tempatan berpengalaman.

Katanya, reka bentuk Masjid HABIB menitikberatkan kemudahan serta kemesraan pengguna khususnya bagi warga emas, wanita dan kanak-kanak.

"Keutamaan diberi kepada aspek fungsi dan keselesaan tanpa hiasan yang berlebihan.

"Sebagai tanda penghargaan kepada golongan wanita yang merupakan antara penyokong utama jenama HABIB, perhatian turut diberi di ruang persalinan wanita yang direka dengan selesa, praktikal dan terjaga," katanya ketika ditemui hari ini.

Mengulas lanjut Meer Sadik berkata, dengan pengisytiharan dan perasmian itu, maka terlaksana sudah hasrat ayahandanya, Almarhum Datuk Habib Mohamed Abdul Latif bagi membina sebuah masjid di kampung halaman yang juga menjadi perbualan terakhir mereka sebelum meninggal dunia.

Katanya, masjid yang memulakan pembinaan sejak 2022 itu mula dibuka kepada jemaah sejak 5 Disember tahun lalu selepas majlis penyerahan kunci kepada Timbalan Ketua Menteri I.

"Arwah kerap bercakap tentang pembinaan masjid dan saya juga selalu persoalkan bahawa bukan senang nak buat masjid kerana perlu pertimbang banyak perkara.

"Tapi kali terakhir sebelum beliau meninggal dunia, ketika perbualan kami arwah nak juga bercakap pasal bina masjid dan Alhamdulillah (kini) tercapai," katanya lagi.

Menurut Meer Sadik, masjid berkenaan boleh memuatkan seramai 1,600 jemaah pada satu masa dan mempunyai bilik pelbagai guna bagi sebarang acara termasuk majlis akad nikah.

Katanya, masjid berkenaan adalah satu tempat pusat masyarakat yang bukan sahaja menjadi tempat beribadah tetapi sebagai pusat komuniti.

"Dakwah di Pulau Pinang, kita dapat lihat bukan Islam dan pelancong juga datang bagi melihat keindahan agama kita.

"Ini adalah beberapa idea yang kita buat yang mana ada bilik kuliah dan sebagainya malah tidak lama lagi bulan Ramadan bakal menjelang, kita mahu fokus kepada aktiviti keagamaan," katanya.

Sementara itu, Mohamad berkata, usahawan, korporat atau pihak industri diseru supaya mencontohi sumbangan HABIB dalam pembangunan masjid, pusat pendidikan Islam dan kemudahan komuniti.

"Pembinaan masjid, surau, pusat pendidikan Islam dan kemudahan komuniti boleh menjadi pelaburan besar kepada kemajuan syiar Islam di negeri Pulau Pinang," katanya ketika berucap.

Majlis berkeluasan 8,615 meter persegi itu berkonsepkan binaan dan rekaan yang menerapkan unsur seni komuniti kacukan di Pulau Pinang iaitu Jawi Peranakan.

Satu daripadanya adalah reka bentuk kubah iaitu inspirasi daripada potongan batu intan yang melambangkan budaya pemakaian barang kemas dalam kalangan masyarakat Jawi Peranakan.



Disiarkan pada: Januari 16, 2026 @ 4:34pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/01/1311635/impian-ayah-tercapai-masjid-habib-siap-dibina-diisytihar-masjid-daerah




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
'Daftar Tahun Satu usia enam tahun, 143 negara sudah guna pendekatan sama' - Nurul Izzah
Abahmung'Daftar Tahun Satu usia enam tahun,
Views : 23879 Replies : 6
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 22039 Replies : 32
Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri' patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku
ultra78Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri'
Views : 21481 Replies : 6
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2023 Replies : 8
...CHAT ABOUT HUMANITY...
seribulan...CHAT ABOUT HUMANITY...
Views : 13939 Replies : 2028
QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
ipes2QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
Views : 17516 Replies : 148
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 4543 Replies : 17
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 24186 Replies : 8
30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Gadis Gen Z ini nak kahwin secara sederhana tapi kiciwa mak ayah nak majlis kahwin 'Grand'
YgBenar30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Ga
Views : 25471 Replies : 2
travel to chicago
kukukufdd456yDdtravel to chicago
Views : 14651 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 06:24 AM GMT+8 , Processed in 0.069214 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list