CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 2214|Reply: 61

Jawatankuasa Kuil Hindu KL Tolak RM1 Juta Jakel, Dakwa Langgar ‘Aku Janji’ Kerajaan

[Copy link]
Post time 16-1-2026 06:00 PM | Show all posts |Read mode





Jawatankuasa pengurusan Kuil Hindu KL, Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman menolak tawaran “muhibah” bernilai RM1 juta daripada Jakel’s Trading yang meminta kuil itu mengosongkan tapak di Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur dalam tempoh tujuh hari, dengan mendakwa tuntutan tersebut bercanggah dengan aku janji kerajaan sebelum ini.

Kuil Hindu KL tolak RM1 juta
Memetik laporan daripada Malaysiakini, Setiausaha kuil, G Kaarthik menyatakan arahan pada Mac 2025 oleh Menteri Wilayah Persekutuan ketika itu, Dr Zaliha Mustafa telah memberi komitmen bahawa kuil berkenaan tidak akan dipindahkan sehingga proses penempatan semula ke premis baharu diselesaikan sepenuhnya.

“Kami ambil perhatian bahawa sehingga kini, Jakel Trading tidak membantah perjanjian dan aku janji kerajaan pada Mac 2025.
“Oleh itu, kami amat kesal dengan tuntutan anda yang tiba-tiba dan tidak munasabah agar kami mengosongkan tanah tersebut, tanpa menghiraukan dan bercanggah aku janji kerajaan,” katanya dalam sepucuk surat kepada pengarah syarikat itu, Faroz Jakel dan Nizam Jakel.






Kuil Hindu KL akan ambil tindakan jika notis tak dipatuhi

Sebelum ini, Kaarthik memaklumkan bahawa pihaknya akan mendapatkan nasihat undang-undang susulan penerimaan notis bertarikh 13 Januari yang menggesa kuil itu segera mengosongkan tanah milik Jakel bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembangunan yang dijadual bermula dalam tempoh sebulan.

Jakel turut memaklumkan bahawa RM1 juta telah diperuntukkan dan boleh dikeluarkan oleh peguam syarikat selepas pengesahan bahawa kuil itu telah mengosongkan sepenuhnya tapak berkenaan, selain memberi amaran tindakan undang-undang akan diambil sekiranya notis tersebut gagal dipatuhi.

Perkara itu disahkan oleh Nizam Jakel ketika dihubungi.

Dalam masa sama, Kaarthik menegaskan tiada sebarang kelewatan dalam usaha pemindahan kuil, sebaliknya menjelaskan proses tersebut mengambil masa kerana kelulusan pelan bangunan baharu hanya diterima pada November 2025, manakala tanah baharu diwartakan pada 10 Disember tahun lalu.

“Dan hanya semalam, 15 Januari 2026, kami diberitahu melalui e-mel bahawa pemilikan kosong plot tersebut telah siap. Pendek kata, kami telah cuba teruskan pemindahan secepat mungkin sejak tahun lepas,” katanya.
Beliau turut menyuarakan kebimbangan terhadap nada ugutan yang digunakan, menyifatkannya sebagai “tidak sesuai dan tidak boleh diterima”, selain mendakwa ia bercanggah dengan aku janji kerajaan termasuk dakwaan kelulusan pembangunan oleh DBKL.

“Jika kelulusan sedemikian telah diberikan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), tanpa pengetahuan kami, kerajaan wajib membatalkannya, kerana kerajaan terikat dengan aku janji 25 Mac 2025.

“DBKL sebagai badan kerajaan tidak boleh bertindak menentang aku janji awam yang dibuat oleh kerajaan sendiri,” tegasnya.

Sumber : Malaysiakini, Borakdaily
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2026 06:15 PM | Show all posts
kes ni bkan dah settle sebelum kes kebakaran di Putra heights tu ke
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2026 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedih betul baca. Tuan tanah sendiri nak ambik usaha balik tanah tu, tapi pengurusan kuil pulak kata tak ikut janji lah apa lah, padahal ikut suka la tuan tanah nak buat apa pun dah itu tanah beliau. Apa hak kuil haram tu  nak persoal itu ini pulak, hang yg ceroboh masuk tanah orang, hang pulak dok berlagak atuq peraturan sendiri. Takleh ke bawak jetolak langgar roboh terus takyah cakap banyak
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2026 06:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Siapa yg ada tanah elok la buat pemantauan berkala. Kalau awal boleh cegah. Jgn dah jd binaan, semua org ssh
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2026 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
lanacondor replied at 16-1-2026 06:57 PM
Siapa yg ada tanah elok la buat pemantauan berkala. Kalau awal boleh cegah. Jgn dah jd binaan, semua ...

Ya, mmg tuan tanah kena ambil tindakan awal, letak pagar atau buat papantanda kata tanah hak persendirian....

Mmg itu yg sepatutnya, terutama bagi tanah yg lama x terjenguk dan dibiarkan.....

Bila tanah bertuan dibiar semak dan terbiar, once dah ada entiti lain masuk menceroboh dan buat binaan kekal, it wont be the same again.....

That's the hars reality that we're living in...
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2026 07:57 PM | Show all posts
Jika kerajaan melayu kekal bodoh …Lagi 50 tahun Malaysia dipenuhi oleh kuil hindu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-1-2026 08:02 PM | Show all posts
kotakbaju replied at 16-1-2026 06:34 PM
Sedih betul baca. Tuan tanah sendiri nak ambik usaha balik tanah tu, tapi pengurusan kuil pulak kata ...

terus robohkan pakai jentolak, besar kemungkinan akan sebabkan rusuhan. boleh jadi besar dan gugat keamanan, ekonomi dn hubugan sosial..

aku ingat pihak berkuasa sedang melambat-lambatkan masa untuk cuba elak perkara cm tu.. patahkan secara undang2 setiap hujah jawatankuasa kuil, contohnya hujah terbaru aku janji, memang betul ker ada?  ... klu tak ada bolehlah umumkan tindakan seterusnya.. cuma sbb kepercayaan ini agak berlainan dgn reasoning, ada juga nanti yang tak faham, tetapi bilangan yg menentang akan semakin sedikit

cubalah pihak berkuasa campur tangan dan minta persetujuan untuk pindahkan tempat lain..
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2026 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Melampau dah ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2026 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
ZORRO5555: Melampau dah ni


Lanngo je dgn stembrol.. Ngade sggh..
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2026 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Dok situ agak nya generate sejuta setahun hasil derma, mana la nak pindah. Kebal sungguh kuil hindu kat malaysia. Negara lain masalah sama ke?
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2026 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg undang2 Malaysia, "Tiada rakyat Malaysia yang boleh dirampas hak miliknya". Jadi kalau ada binaan atas tanah org lain, tuan tanah x boleh sesuka hati robohkan. Sebab tanah kau punya, binaan tu org tu punya. Jadi geng2 ni mmg exploit habis benda ni.

Kesimpulannya, kalau korang ada tanah, jaga baik2 tanah korang. Jangan bagi org lain, malah ahli keluarga sendiri bina sesuatu atas tanah korang tu. Klu kau nak mintak roboh, kau kena bayar pampasan setimpal binaan tu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2026 09:44 PM | Show all posts
Dovahkiin replied at 16-1-2026 09:13 PM
Mmg undang2 Malaysia, "Tiada rakyat Malaysia yang boleh dirampas hak miliknya". Jadi kalau ada binaa ...

gunapakai pada tanah rezab jalan juga ke? kalau ya, patut la, selamba dorang bina parking lot kat tanah rizab jalan tu..
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2026 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 16-1-2026 07:57 PM
Jika kerajaan melayu kekal bodoh …Lagi 50 tahun Malaysia dipenuhi oleh kuil hindu.

Biarkanlah LUNCAI sendiri yang nak masuk labu pastu terjun sungai....tenggelam....
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2026 10:01 PM | Show all posts
Masalah-masalah mengikut kaum di Malasya.

M- rasuah sana-sini tak malu
C- nak rapid ekonomi, education
I - macam ini la
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2026 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Dovahkiin replied at 16-1-2026 09:13 PM
Mmg undang2 Malaysia, "Tiada rakyat Malaysia yang boleh dirampas hak miliknya". Jadi kalau ada binaa ...

Undang2 apa camni???..sapa buat???..sapa lulus???
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2026 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku teringat plak ada sorg brother kt thread ni share, bos dia cina ada kes mcm ni la, kuil haram atas tanah dia. Dia tak banyak bunyik, sewa backhoe terus runtuhkan je takde nk bincang2. Apa2hal pegi la saman kt court. Tersenyap terus geng kuil tu sbb dh tau dah mmg diorg confirm kalah punye. Tapi org melayu ni sibuk nk berbincang la ape la, jadik la mcm ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2026 11:56 PM | Show all posts
lanacondor replied at 16-1-2026 06:57 PM
Siapa yg ada tanah elok la buat pemantauan berkala. Kalau awal boleh cegah. Jgn dah jd binaan, semua ...

risau pulak bila chuols bagi peringatan camni. tanah iols ada yang dah semak-samun, yang dekat pun jarang pegi, yang jauh dah bertahun tak jenguk, dok bayar cukai je tiap tahun.. nanti nak gi check, jangan la ada yang buat onar. risau
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2026 11:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Dasar!!
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2026 01:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmg tak sedar diri. Dh ceroboh tanah org nak memunya pulak
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2026 05:25 AM From the mobile phone | Show all posts
@blue_blur @Skuau

Rujuk Perlembagaan Persekutuan Perkara 13.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
'Daftar Tahun Satu usia enam tahun, 143 negara sudah guna pendekatan sama' - Nurul Izzah
Abahmung'Daftar Tahun Satu usia enam tahun,
Views : 23879 Replies : 6
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 22039 Replies : 32
Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri' patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku
ultra78Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri'
Views : 21481 Replies : 6
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2023 Replies : 8
...CHAT ABOUT HUMANITY...
seribulan...CHAT ABOUT HUMANITY...
Views : 13939 Replies : 2028
QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
ipes2QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
Views : 17516 Replies : 148
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 4543 Replies : 17
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 24186 Replies : 8
30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Gadis Gen Z ini nak kahwin secara sederhana tapi kiciwa mak ayah nak majlis kahwin 'Grand'
YgBenar30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Ga
Views : 25471 Replies : 2
travel to chicago
kukukufdd456yDdtravel to chicago
Views : 14651 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 06:22 AM GMT+8 , Processed in 0.070479 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list