|
View: 393|Reply: 2
|
“Setiap Lompang UMNO, PAS Akan Ganti” – Annuar Musa Isyarat Peralihan Kuasa Melayu-Islam
[Copy link]
|
|
|
KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa menegaskan bahawa PAS tidak pernah menganggap UMNO sebagai musuh politik, namun memberi isyarat jelas bahawa parti Islam itu bersedia mengisi kekosongan yang ditinggalkan UMNO yang didakwa semakin merosot sokongan dan pengaruh.
Menurut Annuar, pendekatan politik PAS berteraskan fikrah dan syariat, bukannya emosi atau kepentingan jangka pendek parti, sekali gus membezakan PAS daripada UMNO yang disifatkannya semakin hilang arah perjuangan.
“PAS tidak menghitung untung rugi parti atau individu, tetapi melihat gambaran besar dasar dan perjuangan. Soal ummah dan amanah,” katanya sambil menegaskan PAS tidak pernah berniat untuk melihat UMNO dibubarkan atau terkubur.
Bekas Setiausaha Agung UMNO itu turut mengingatkan bahawa PAS berkali-kali menghulurkan bantuan kepada UMNO ketika parti tersebut berada dalam keadaan lemah, termasuk menyertai penubuhan Barisan Nasional selepas peristiwa 13 Mei 1969 serta menjalin kerjasama melalui Muafakat Nasional selepas UMNO tumbang pada PRU14.
Namun, Annuar mendakwa hubungan itu retak apabila UMNO memilih untuk membentuk kerajaan bersama DAP dan PKR selepas PRU15, yang disifatkannya sebagai satu tindakan menikam PAS dan rakan-rakan Perikatan Nasional.
“Apabila menjadi kerajaan, UMNO bersubahat menganiayai ahli-ahli Parlimen Islam daripada PAS dan PN,” dakwanya.
Annuar turut melontarkan kritikan keras terhadap kedudukan semasa UMNO, dengan mendakwa parti itu berdepan penolakan rakyat, kekeringan dana serta kehilangan kerusi secara berterusan.
Dalam nada peringatan, beliau menegaskan PAS tidak akan mengambil kesempatan terhadap kelemahan UMNO, namun tetap akan mara ke hadapan demi kesinambungan perjuangan Melayu dan Islam.
“Sama ada UMNO mahu bergandingan atau tidak, PAS tetap melangkah ke hadapan. Setiap lompang yang UMNO tinggalkan, PAS akan menggantikan,” katanya.
Beliau turut mendakwa sokongan terhadap PAS semakin berkembang termasuk daripada bekas ahli UMNO, golongan muda serta sebahagian masyarakat bukan Islam.
Sumber : Demirakyatchannel |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
hebat anuar musa dah jadi orang pas..  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Terkejut tgk dia pakai baju hijau
Bak kata omputeh bila takleh nak lawan join jela lawan tu
Padahal sblm ni asal nampak dia je mmg teringat umno kelate
Sekali ermmmmm dia ngn yg kat negeri 8 org tu sama jelaa |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|