CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 344|Reply: 0

Lebih satu daripada setiap 7 bayi Korea Selatan lahir menerusi rawatan kesuburan

[Copy link]
Post time 16-1-2026 04:37 PM | Show all posts |Read mode





Seoul: Peratusan bayi yang dilahirkan melalui rawatan kesuburan di Korea Selatan melonjak mendadak dalam tempoh lima tahun lalu apabila konsep persenyawaan bantuan perubatan kini merangkumi sebahagian besar daripada kadar kelahiran, lapor The Korea Herald.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Perkhidmatan Semakan dan Penilaian Insurans Kesihatan awal Januari lalu, bayi yang dihasilkan melalui sokongan perubatan seperti persenyawaan in-vitro (IVF) atau inseminasi buatan merangkumi 15.1 peratus daripada keseluruhan bayi lahir pada 2024.

Jumlah itu menunjukkan peningkatan ketara berbanding hanya 8.7 peratus yang dicatatkan pada 2019.

Daripada segi jumlah, bayi yang dilahirkan melalui rawatan kesuburan meningkat kira-kira 37 peratus, daripada kira-kira 26,000 pada 2019 kepada 36,000 pada 2024.

Pertumbuhan pesat dalam perkadaran itu mencerminkan peralihan demografi yang lebih luas memandangkan dalam tempoh sama, jumlah keseluruhan bayi lahir di Korea Selatan merosot daripada 302,000 kepada 238,000.

Jumlah kos rawatan kesuburan yang direkodkan oleh Kementerian Kesihatan meningkat daripada 227.7 bilion won (kira-kira RM758.2 juta) kepada 555.5 bilion won (kira-kira RM1.85 bilion) antara 2018 hingga 2024.

Trend berkenaan sejajar dengan kecenderungan rakyat negara itu yang mendirikan rumah tangga pada usia lebih lewat, yang mana purata usia perkahwinan pertama terus meningkat bagi lelaki dan wanita.

Menurut Kementerian Data dan Statistik, purata umur perkahwinan pertama bagi lelaki meningkat daripada 33.15 kepada 33.86 tahun antara 2018 dan 2024, manakala bagi wanita meningkat daripada 30.4 kepada 31.55 tahun dalam tempoh sama.

Kumpulan usia lebih tua kini menyumbang kepada bahagian penerima penjagaan kesuburan yang semakin meningkat dengan perkadaran pesakit berusia 40-an melonjak daripada 25.5 peratus kepada 40.3 peratus.

Sebagai tindak balas terhadap permintaan yang meningkat, kerajaan meluaskan sokongannya terhadap rawatan kesuburan sebagai sebahagian daripada usaha menangani penuaan penduduk yang pesat.

Dengan melonggarkan piawaian kelayakan dan meningkatkan bilangan kitaran rawatan bersubsidi, jumlah kes rawatan yang disokong meningkat sebanyak 142.6 peratus daripada 92,000 pada 2020 kepada 223,000 pada 2024.

Bajet berkaitan turut diperluas sebanyak 3.5 kali ganda menjadi 145.7 bilion won (kira-kira RM485.2 juta) bagi menyokong inisiatif berkenaan.

Data menunjukkan kadar kejayaan rawatan kesuburan berada pada tahap 30.9 peratus untuk IVF dan 17.5 peratus untuk inseminasi buatan setakat 2022.

Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
'Daftar Tahun Satu usia enam tahun, 143 negara sudah guna pendekatan sama' - Nurul Izzah
Abahmung'Daftar Tahun Satu usia enam tahun,
Views : 23879 Replies : 6
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 22039 Replies : 32
Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri' patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku
ultra78Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri'
Views : 21481 Replies : 6
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2023 Replies : 8
...CHAT ABOUT HUMANITY...
seribulan...CHAT ABOUT HUMANITY...
Views : 13939 Replies : 2028
QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
ipes2QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
Views : 17516 Replies : 148
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 4543 Replies : 17
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 24186 Replies : 8
30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Gadis Gen Z ini nak kahwin secara sederhana tapi kiciwa mak ayah nak majlis kahwin 'Grand'
YgBenar30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Ga
Views : 25471 Replies : 2
travel to chicago
kukukufdd456yDdtravel to chicago
Views : 14651 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 09:24 AM GMT+8 , Processed in 0.036160 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list