CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 56|Reply: 0

[Sarawak] Sarawak perkukuh asas ekonomi, beri penekanan pembangunan infrastruktur, tadbir urus berkesan

[Copy link]
Post time 16-1-2026 02:56 PM | Show all posts |Read mode


Tun Wan Junaidi (dua kanan), Uggah (tiga kanan) bersama tetamu kenamaan yang lain melakukan upacara 'Yee Sang' sebagai simbolik tradisi sambutan Tahun Baru Cina. Gambar Mohd Faisal Ahmad

KUCHING: Kerajaan Sarawak terus memperkukuh asas ekonomi negeri dengan memberi penekanan kepada pembangunan infrastruktur, tadbir urus berkesan serta persekitaran pelaburan yang stabil bagi memastikan pertumbuhan mampan dan inklusif.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, momentum pembangunan perlu digerakkan secara berdisiplin dan konsisten agar Sarawak kekal berdaya saing dalam jangka panjang.

“Hala tuju Sarawak adalah jelas. Kami sedang berusaha ke arah membina ekonomi yang lebih berdaya saing, lebih berdaya tahan dan lebih inklusif.

“Kami memperkukuh jaringan perhubungan, menambah baik fasilitasi serta membina kapasiti, kerana apa yang menarik pelaburan jangka panjang bukan hanya insentif, tetapi asas yang kukuh seperti infrastruktur, bakat, tadbir urus serta persekitaran operasi yang stabil,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas semasa Majlis ‘AFFIN Group Market Outlook and Chinese New Year Dinner’ di Hotel Sheraton, di sini, Khamis.

Majlis diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama isteri Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi.

Memetik laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Abang Johari menambah, Sarawak merekodkan jumlah dagangan RM198.7 bilion dengan lebihan dagangan RM71.1 bilion pada tahun 2024.

Ini katanya satu petunjuk positif dan pada masa sama menuntut usaha berterusan bagi mengekalkan keyakinan dan meningkatkan prestasi melalui pelaksanaan dasar yang berkesan.

Selain itu, dari tahun 2021 hingga suku ketiga 2025, Sarawak berjaya menarik pelaburan bernilai RM105.9 bilion, yang menurut beliau perlu terus diperkukuh melalui pelaksanaan dasar yang konsisten serta penambahbaikan praktikal yang memberi manfaat langsung kepada rakyat dan komuniti perniagaan.

Abang Johari  turut menekankan kepentingan infrastruktur kewangan sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi, khususnya dalam menggerakkan modal, menyokong perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta memperkukuh daya tahan komuniti.

Dalam hal ini, beliau mengiktiraf peranan institusi kewangan sebagai rakan strategik kerajaan, termasuk AFFIN Group, yang menyumbang kepada pembangunan ekonomi Sarawak melalui perkhidmatan perbankan konvensional, Islamik dan pelaburan.

Menurut beliau, kerjasama berterusan antara sektor awam dan swasta amat penting dalam membina nilai jangka panjang yang dikongsi bersama, mewujudkan peluang pekerjaan serta meningkatkan kualiti hidup rakyat di seluruh Sarawak.

Turut hadir ialah Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Dato Sri Fatimah Abdullah dan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah serta yang lain.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
'Daftar Tahun Satu usia enam tahun, 143 negara sudah guna pendekatan sama' - Nurul Izzah
Abahmung'Daftar Tahun Satu usia enam tahun,
Views : 23879 Replies : 6
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 22039 Replies : 32
Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri' patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku
ultra78Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri'
Views : 21481 Replies : 6
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2023 Replies : 8
...CHAT ABOUT HUMANITY...
seribulan...CHAT ABOUT HUMANITY...
Views : 13939 Replies : 2028
QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
ipes2QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
Views : 17516 Replies : 148
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 4543 Replies : 17
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 24186 Replies : 8
30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Gadis Gen Z ini nak kahwin secara sederhana tapi kiciwa mak ayah nak majlis kahwin 'Grand'
YgBenar30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Ga
Views : 25471 Replies : 2
travel to chicago
kukukufdd456yDdtravel to chicago
Views : 14651 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 06:23 AM GMT+8 , Processed in 0.058735 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list