CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 100|Reply: 1

[Sarawak] Siasatan kes bunuh suami isteri di Sri Aman masih diteruskan secara menyeluruh, terperinci

[Copy link]
Post time 16-1-2026 02:55 PM | Show all posts |Read mode


Gambar fail

KUCHING: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sarawak mengesahkan siasatan berhubung kes bunuh melibatkan pasangan suami isteri di Sri Aman masih diteruskan secara menyeluruh dan terperinci.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohamad Zainal Abdullah (gambar) berkata bedah siasat ke atas kedua-dua mangsa telah dijalankan pada 15 Januari 2026 di Jabatan Forensik, Hospital Umum Sarawak oleh Pakar Patologi.

Menurut beliau, hasil bedah siasat mendapati mangsa lelaki mengalami 11 kecederaan akibat objek tajam melibatkan bahagian leher dan dada, dengan punca kematian disahkan sebagai kecederaan leher dan dada akibat tikaman.

“Hasil bedah siasat ke atas mangsa perempuan pula mendapati terdapat luka tikaman di bahagian leher, dengan punca kematian disahkan sebagai kecederaan leher akibat tikaman,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, setakat ini, seramai 21 saksi telah dirakamkan keterangan, terdiri daripada ahli keluarga, jiran serta rakan sekerja mangsa.

“Namun, motif sebenar kejadian masih dalam siasatan dan belum dapat dipastikan sepenuhnya,” katanya.

Beliau menegaskan, siasatan dijalankan secara profesional, telus dan berasaskan bukti forensik serta keterangan saksi.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan serta menghormati privasi keluarga mangsa.

Sebelum ini, polis menerima makluman mengenai penemuan sepasang suami isteri yang tidak sedarkan diri dengan kesan kecederaan serius di sebuah rumah di Taman Mutiara, Jalan Brayun Sri Aman.

Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (bunuh).

Polis memaklumkan perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa bergantung kepada hasil siasatan yang sedang dijalankan.

Difahamkan mangsa lelaki yang berusia 45 tahun merupakan seorang guru besar di sebuah sekolah di Lubok Antu, manakala isterinya,44, bekerja sebagai jururawat di Hospital Sri Aman.

Pasangan ini mempunyai tiga orang anak iaitu dua anak perempuan berusia 17,16 dan seorang anak lelaki berusia sembilan tahun.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-1-2026 10:59 AM | Show all posts
Warga kesihatan santuni keluarga mendiang jururawat Hospital Sri Aman
Januari 17, 2026, Sabtu - 10:15am



Pegawai kesihatan turut menguatkan semangat ahli keluarga mendiang Angelin dan Andy, pada lawatan kebajikan ke rumah mendiang, semalam. - Gambar Facebook Hospital Sri Aman

KUCHING: Dalam suasana pilu yang menyelubungi sebuah keluarga yang kehilangan dua insan tersayang, warga kesihatan hadir bukan sekadar membawa sumbangan, tetapi untuk berdiri bersama dan menguatkan semangat keluarga mendiang jururawat Hospital Sri Aman, Angelin Kibin, serta suaminya, mendiang Andy Roy Junran.

Memetik Facebook Hospital Sri Aman, ia susulan satu lawatan kebajikan telah diadakan ke kediaman keluarga mendiang di Taman Mutiara pada Jumaat,bagi menzahirkan rasa simpati dan sokongan moral kepada ahli keluarga yang ditinggalkan.

Lawatan tersebut diketuai oleh Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak (Perubatan), Dr Azlee Ayub yang mewakili Menteri Kesihatan dan Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak.

Beliau diiringi Pengarah Hospital Sri Aman, Dr Hazwani Mohd Yusop, serta beberapa pegawai dan kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak dan Hospital Sri Aman.

Dalam lawatan berkenaan, Dr. Azlee menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mendiang serta menyerahkan sumbangan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) kepada keluarga yang diwakili oleh bapa mendiang Angelin Kibin, Kibin Jaya.



Pegawai kesihatan turut menguatkan semangat ahli keluarga mendiang Angelin dan Andy, pada lawatan kebajikan ke rumah mendiang, semalam. - Gambar Facebook Hospital Sri Aman

Selain itu, sumbangan daripada pihak Hospital Sri Aman turut disampaikan oleh Dr Hazwani kepada keluarga mendiang melalui wakil yang sama sebagai tanda keprihatinan dan kebersamaan pihak hospital.

Sejurus kejadian berlaku, sokongan Psychological First Aid (PFA) turut dilaksanakan bagi membantu memberi sokongan emosi kepada ahli keluarga serta rakan sekerja mendiang yang terkesan dengan kehilangan tersebut.

Kehadiran pihak pengurusan dan warga kesihatan itu mencerminkan keprihatinan, sokongan moral serta kebersamaan KKM, JKNS dan Hospital Sri Aman dalam membantu keluarga mendiang menghadapi saat kehilangan yang amat berat ini.

Seluruh warga KKM turut merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga mendiang, dengan harapan mereka diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menempuhi dugaan ini.



Dr Azlee (kiri), Dr Hazwani (tengah) serta rakan sekerja lain memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Angelin. - Gambar Facebook Hospital Sri Aman


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
'Daftar Tahun Satu usia enam tahun, 143 negara sudah guna pendekatan sama' - Nurul Izzah
Abahmung'Daftar Tahun Satu usia enam tahun,
Views : 23879 Replies : 6
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 22039 Replies : 32
Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri' patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku
ultra78Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri'
Views : 21481 Replies : 6
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2023 Replies : 8
...CHAT ABOUT HUMANITY...
seribulan...CHAT ABOUT HUMANITY...
Views : 13939 Replies : 2028
QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
ipes2QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
Views : 17516 Replies : 148
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 4543 Replies : 17
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 24186 Replies : 8
30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Gadis Gen Z ini nak kahwin secara sederhana tapi kiciwa mak ayah nak majlis kahwin 'Grand'
YgBenar30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Ga
Views : 25471 Replies : 2
travel to chicago
kukukufdd456yDdtravel to chicago
Views : 14651 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 06:24 AM GMT+8 , Processed in 0.709843 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list