|
View: 356|Reply: 2
|
Kerajaan pastikan kebebasan berkarya dipelihara untuk pengiat seni – PM
[Copy link]
|
|
|
PETALING JAYA – Kerajaan terus memastikan kebebasan penggiat seni dalam berkarya terus dipelihara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata, ia bertujuan agar penggiat seni dapat menghasilkan karya yang lebih berani, berkualiti dan bermakna untuk masyarakat dan negara.
Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat Pengerusi Eksekutif Skop Productions, Datuk Yusof Haslam, bagi membincangkan perkembangan dan hala tuju industri perfileman tempatan, di Putrajaya hari ini.
Dalam pertemuan itu jelas beliau, kedua-duanya bertukar pandangan mengenai cabaran dan potensi industri kreatif.
“Ia termasuk isu cukai hiburan yang dibangkitkan, yang akan diteliti dan dibincangkan lanjut bersama kerajaan negeri.
“Saya turut menzahirkan penghargaan terhadap karya filem Sheriff sebelum ini yang menyentuh isu rasuah dan integriti, serta menghargai sokongan penggiat seni terhadap usaha kerajaan menjunjung keterbukaan dan kebebasan bersuara,” katanya menerusi media sosial.
Sumber : – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak sabar nak tunggu biopik P.Ramlee dari sisi orang yang betul2 rapat personally dengan arwah, bukan cerita busuk & fiksyen musuh2 & belah2 family Saloma yang selama ni kita dengar...londeh semuanya termasuk 'kawan makan kawan' yang jatuhkan arwah. Dengar dekat podcast Legasi menyirapppp ye.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|