CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 50|Reply: 0

[Sarawak] Kuarters baharu penjawat awam dibangun di seluruh negeri dengan peruntukan RM4 bilion

[Copy link]
Post time 16-1-2026 09:19 AM | Show all posts |Read mode


Abang Johari (lima kanan) menerima cenderamata daripada Dr Dzulkefly sebagai penghargaaan. - Gambar PENERANGAN

KUCHING: Kerajaan Sarawak akan membangunkan kuarters baharu penjawat awam di seluruh negeri dengan peruntukan RM4 bilion di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kuarters baharu itu dibangunkan untuk penjawat awam negeri serta persekutuan termasuk doctor dan kakitangan kesihatan yang bertugas di kawasan luar bandar dan pedalaman Sarawak.

Menurut Abang Johari, kemudahan kuarters sedia ada termasuk milik kerajaan negeri dan persekutuan, berada dalam keadaan usang dan tidak lagi sesuai  didiami, khususnya di kawasan luar bandar.

“Pegawai Daerah (DO), Pegawai Tadbir Sarawak (SAO) dan juga guru masih menggunakan kuarters lama yang dibina puluhan tahun lalu, ada yang tidak berdinding sempurna.

“Dalam keadaan begitu, bagaimana kita hendak menarik orang untuk tinggal dan berkhidmat?,” katanya semasa ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Pendigitalan Klinik Kesihatan Menggunakan CCMS di Sarawak dan Majlis Perasmian Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat Peringkat Sarawak.

Majlis tersebut berlangsung di Dewan Datuk Patinggi Ali di Gedong dan turut dihadiri Menteri Kesihatan Malaysia Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Sehubungan itu, Abang Johari berkata kerajaan negeri mengambil pendekatan membina kuarters jenis pangsapuri moden yang lengkap dengan kemudahan asas dan fasiliti kesejahteraan.



Abang Johari bercakap kepada pemberita selepas merasmikan satu majlis di Gedong. - Gambar PENERANGAN

“Konsepnya adalah pangsapuri dengan kemudahan seperti gimnasium, ruang rekreasi dan persekitaran yang selesa.

“Ini penting kerana penjawat awam hari ini juga mementingkan kesihatan dan kesejahteraan,” ujarnya.

Jelas Abang Johari lagi, kuarters baharu itu akan dikongsi oleh penjawat awam negeri dan persekutuan, selari dengan semangat kerjasama antara kedua-dua pihak.

Kawasan luar bandar dan pedalaman katanya, juga akan diberikan keutamaan bagi pembinaan kuarters ini termasuk Mulu, Limbang, Bintulu dan Jepak.

“Kita merancang membina sebuah pusat bandar di Mulu, di Limbang pula, pangsapuri penjawat awam dibina bersebelahan Pejabat Residen baharu manakala di Jepak, Bintulu kita sediakan perumahan bagi mengurangkan beban sewa yang mencecah RM2,000 sebulan,” katanya.

Abang Johari menambah, penyediaan perumahan yang selesa bukan sahaja meningkatkan motivasi penjawat awam malah memberi kesan positif kepada mutu penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Pelaksanaan projek itu katanya, telah dipersetujui bersama Setiausaha Persekutuan dan akan dilaksanakan secara berperingkat sepanjang tempoh RMK13.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
'Daftar Tahun Satu usia enam tahun, 143 negara sudah guna pendekatan sama' - Nurul Izzah
Abahmung'Daftar Tahun Satu usia enam tahun,
Views : 23879 Replies : 6
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 22039 Replies : 32
Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri' patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku
ultra78Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri'
Views : 21481 Replies : 6
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2023 Replies : 8
...CHAT ABOUT HUMANITY...
seribulan...CHAT ABOUT HUMANITY...
Views : 13939 Replies : 2028
QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
ipes2QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
Views : 17516 Replies : 148
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 4543 Replies : 17
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 24186 Replies : 8
30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Gadis Gen Z ini nak kahwin secara sederhana tapi kiciwa mak ayah nak majlis kahwin 'Grand'
YgBenar30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Ga
Views : 25471 Replies : 2
travel to chicago
kukukufdd456yDdtravel to chicago
Views : 14651 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 06:24 AM GMT+8 , Processed in 0.139956 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list