CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 50|Reply: 0

[Sarawak] Kerajaan Sarawak peruntukan RM10 juta bagi teruskan pendigitalan klinik kesihatan

[Copy link]
Post time 16-1-2026 09:18 AM | Show all posts |Read mode


Abang Johari melihat pelaksanaan sistem CCMS di Klinik Kesihatan di Gedong. Turut kelihatan Dr Dzulkefly (dua kanan). - Gambar PENERANGAN

KUCHING: Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM10 juta bagi meneruskan pendigitalan klinik kesihatan di negeri ini dengan Sistem Pengurusan Klinik Berasaskan Awan (CCMS).

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pelaksanaan CCMS adalah bagi mempercepatkan akses rawatan dan mengurangkan kerenah birokrasi di fasiliti kesihatan.

Katanya, pelaksanaan CCMS membolehkan keseluruhan proses rawatan pesakit di klinik kesihatan diselesaikan dalam tempoh kurang 30 minit, sekali gus meningkatkan kecekapan perkhidmatan dan pengalaman pesakit.

“Peruntukan RM10 juta yang disalurkan Kerajaan Sarawak adalah bagi meneruskan pelaksanaan CCMS dan bukan terhad kepada satu fasa sahaja.

“Jika fasa pertama telah dilaksanakan dan perlu diteruskan ke fasa kedua, kita akan teruskan.

“Sekiranya kementerian memerlukan dana tambahan, saya tidak fikir ia satu masalah besar,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Pendigitalan Klinik Kesihatan Menggunakan CCMS di Sarawak dan Majlis Perasmian Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat Peringkat Sarawak.

Majlis tersebut berlangsung di Dewan Datuk Patinggi Ali di Gedong dan turut dihadiri Menteri Kesihatan Malaysia Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Terdahulu Dr Dzulkefly dalam ucapannya berkata kejayaan pelaksanaan CCMS di Sarawak adalah langsung daripada pendekatan ‘Whole-of-Government’, kerjasama menyeluruh antara kerajaan persekutuan dan negeri.

Kerajaan Sarawak katanya, telah bertindak proaktif dan bermurah hati menyumbangkan peruntukan khusus bagi menaik taraf infrastruktur ICT dan Internet di fasiliti kesihatan manakala Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membiayai langganan sistem dan perkakasan operasi.

“KKM menyasarkan perluasan penggunaan CCMS ke sebanyak 2,489 fasiliti kesihatan primer di seluruh Malaysia dan Sarawak adalah peneraju utama dalam sasaran nasional ini.

“Bermula dengan rintis di lima buah klinik pada akhir 2023, kini sistem CCMS telah diperluaskan ke 153 fasiliti kesihatan di seluruh Sarawak.

“Ini bermakna, 65 peratus daripada keseluruhan klinik kesihatan di negeri ini telah didigitalkan sepenuhnya,” katanya sambil menambah, terdapat baki 117 klinik kesihatan dan 49 klinik pergigian di Sarawak yang masih belum didigitalkan dengan anggaran implikasi kos sebanyak RM16 juta.

Dalam pada itu, data awal menunjukkan sistem ini telah meningkatkan kecekapan secara drastik, di mana 75 peratus pesakit menerima rawatan dalam tempoh kurang daripada 30 minit dan mengurangkan masa tugasan manual kakitangan sebanyak 30 peratus.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
'Daftar Tahun Satu usia enam tahun, 143 negara sudah guna pendekatan sama' - Nurul Izzah
Abahmung'Daftar Tahun Satu usia enam tahun,
Views : 23879 Replies : 6
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 22039 Replies : 32
Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri' patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku
ultra78Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri'
Views : 21481 Replies : 6
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2023 Replies : 8
...CHAT ABOUT HUMANITY...
seribulan...CHAT ABOUT HUMANITY...
Views : 13939 Replies : 2028
QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
ipes2QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
Views : 17516 Replies : 148
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 4543 Replies : 17
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 24186 Replies : 8
30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Gadis Gen Z ini nak kahwin secara sederhana tapi kiciwa mak ayah nak majlis kahwin 'Grand'
YgBenar30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Ga
Views : 25471 Replies : 2
travel to chicago
kukukufdd456yDdtravel to chicago
Views : 14651 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 06:24 AM GMT+8 , Processed in 0.770534 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list