CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 50|Reply: 0

[Sarawak] Sarawak dahului negeri lain dalam pemasangan sistem pendigitalan klinik kesihatan CCMS

[Copy link]
Post time 16-1-2026 09:14 AM | Show all posts |Read mode


Dr Dzulkefly meletakkan tapak tangan pada tablet sebagai simbolik perasmian Klinik Kesihatan Siburan. Turut kelihatan (dari kiri) Dr Norsiah, Dr. Ismuni, Hanifah, Tiang, Zahrul dan Dr Veronica. - Gambar Chimon Upon

SERIAN: Sarawak mendahului negeri-negeri lain dalam pemasangan sistem pendigitalan klinik kesihatan Cloud -Based Clinic Management System (CCMS).

Menteri Kesihatan Malaysia Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, ketika ini lebih 65 peratus iaitu 153 daripada 270 klinik kesihatan di seluruh Sarawak sudah dipasang dengan CCMS.

"Sarawak mendahului negeri-negeri lain kerana 153 daripada 270 klinik kesihatan di negeri ini iaitu lebih 65 peratus telah pun ada CCMS.

"Maknanya perkhidmatan di klinik-klinik kesihatan yang sudah dipasang CCMS adalah secara digital. Fasiliti ini antara lain dapat menjadikan perkhidmatan ditawarkan lebih pantas dan mantap," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Klinik Kesihatan Serian dan Klinik Kesihatan Siburan di sini, hari ini.

Dr Dzulkefly berkata, dengan menggunakan fasiliti CCMS doktor boleh membuat keputusan klinikal lebih baik berpandukan data yang lebih tetap dan pantas.

Beliau juga berkata, pendigitalan klinik kesihatan menerusi CCMS juga langkah ke hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengintegrasikan perkhidmatan seterusnya membina ekosistem digitalisasi yang sangat diperlukan kini.

"Jadi apa yang dilakukan secara manual sebelum ini, punca mencari rekod pesakit dan sebagainya sangat lambat, dapat diatasi dengan penggunaan sistem ini," ujarnya.

Sementara itu dalam ucapan perasmiannya Dr Dzulkefly berkata, Klinik Kesihatan Serian dan Klinik Kesihatan Siburan direka untuk berfungsi sebagai  'One Stop Centre' dan mampu menampung sehingga 500 pesakit sehari seterusnya mengurangkan kesesakan di hospital utama seperti Hospital Umum Sarawak (HUS) dan Hospital Serian.

Klinik Kesihatan Serian kini katanya, berfungsi sebagai hab utama yang menggabungkan perkhidmatan yang dahulunya berselerak.

"Sebelum ini, Unit Pesakit Luar menumpang di Hospital Serian manakala Klinik Ibu dan Anak serta Klinik Komuniti beroperasi di tempat berasingan.

"Hari ini, kesemua perkhidmatan ini disatukan di bawah satu bumbung yang kondusif, lengkap dengan fasiliti X-Ray, Makmal Perubatan dan Rehabilitasi," jelasnya.



Dr Dzulkefly bersama yang lain meninjau perkhidmatan dan fasiliti yang ditawarkan di Klinik Kesihatan Siburan. - Gambar Chimon Upon

Manakala Klinik Kesihatan Siburan pula katanya, ia dibina bagi menampung populasi daerah Siburan yang pesat membangun melebihi 46,000 penduduk.

Menurut beliau klinik itu turut menyediakan perkhidmatan nilai tambah seperti Pusat Sehenti Rawatan Ketagihan (OSCA) dan Penjagaan Paliatif serta Domisiliari.

"Ini membuktikan klinik kesihatan primer kita sudah berevolusi, mampu menawarkan rawatan holistik kepada komuniti," tambahnya.

Dr Dzulkefly berkata, cabaran kesihatan yang diharungi sebelum ini dan apa yang dijangkakan pada masa depan, patut dijadikan sandaran untuk menambah baik dan memperkukuhkan sistem kesihatan sedia ada.

Justeru, perancangan dan pelaksanaan program-program kesihatan yang bersesuaian dengan perubahan corak risiko kesihatan bertepatan pada masanya bagi merealisasikan sistem kesihatan yang lebih berdaya tahan dan kalis masa depan (future-proof).

"Seiring dengan iltizam ini, kita mesti berani melakukan anjakan paradigma. Kita mesti beralih daripada pendekatan ‘reactiveillness-centred treatment’ kepada ‘proactive preventive, promotive and predictive patient-centred healthcare’," katanya.

Terdahulu Pengarah Kesihatan Sarawak Dr Veronica Lugah dalam ucapan aluannya berkata, Klinik Kesihatan Serian dibangunkan dengan kos sekitar RM23.9 juta melibatkan keluasan bangunan kira-kira 2,790 meter persegi.

Pembinaannya direka bentuk bagi menyokong kapasiti perkhidmatan antara 300 hingga 500 pesakit sehari dan dijangka memberi liputan perkhidmatan kepada lebih 85,000 penduduk daerah Serian.

"Manakala Klinik Kesihatan Siburan melibatkan kos pembangunan sekitar RM28.7 juta dengan keluasan bangunan setara serta kapasiti perkhidmatan sama.
"Klinik ini dijangka memberi liputan perkhidmatan kepada hampir 81,000 penduduk di sekitar kawasan Siburan," jelasnya.

Tambah Dr Veronica lagi, kedua-dua klinik kesihatan itu turut berperanan sebagai platform kesihatan penting bagi pelaksanaan aktiviti kesihatan awam dan mempromosi kesihatan berasaskan komuniti.

Hadir sama Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia Dato Hanifah Hajar Taib, Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak Datuk Michael Tiang, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) KKM Dato Sri Zahrul Hakim Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Dr Ismuni Bohari dan Pengarah Bahagian Perkembangan Kesihatan Keluarga Dato Dr Norsiah Ali.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
'Daftar Tahun Satu usia enam tahun, 143 negara sudah guna pendekatan sama' - Nurul Izzah
Abahmung'Daftar Tahun Satu usia enam tahun,
Views : 23879 Replies : 6
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 22039 Replies : 32
Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri' patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku
ultra78Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri'
Views : 21481 Replies : 6
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2023 Replies : 8
...CHAT ABOUT HUMANITY...
seribulan...CHAT ABOUT HUMANITY...
Views : 13939 Replies : 2028
QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
ipes2QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
Views : 17516 Replies : 148
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 4543 Replies : 17
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 24186 Replies : 8
30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Gadis Gen Z ini nak kahwin secara sederhana tapi kiciwa mak ayah nak majlis kahwin 'Grand'
YgBenar30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Ga
Views : 25471 Replies : 2
travel to chicago
kukukufdd456yDdtravel to chicago
Views : 14651 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 06:23 AM GMT+8 , Processed in 0.399605 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list