
Gambar hiasan
KUCHING: Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Awah Gawai Nrangan Biriyak, Kampung Krusen Kranji, Serian yang menempatkan mangsa tanah runtuh ditutup sepenuhnya pada jam 2 petang tadi manakala empat PPS banjir masih beroperasi di Sarawak setakat jam 4 petang.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) memaklumkan bahawa satu PPS di Sibu dan tiga PPS di Bintulu yang masih aktif itu menempatkan seramai 507 mangsa daripada 158 keluarga, dengan trend pemindahan mangsa dilaporkan menurun.
Menurutnya, di bahagian Sibu, PPS Dewan Mutiara Ilmu SMK Bukit Assek menempatkan enam mangsa daripada satu keluarga.
Sementara di bahagian Bintulu, PPS Dewan Suarah Bintulu menempatkan 251 mangsa (73 keluarga).
PPS Balai Raya Sebauh pula menempatkan 143 mangsa (51 keluarga) manakala PPS Dewan Sri Kemena SMK Sebauh menempatkan 107 mangsa (33 keluarga).
Sumber : Utusan Borneo
|