CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 55|Reply: 0

[Sarawak] Ibu tunggal mangsa 'scammer' kerugian hampir RM9,000

[Copy link]
Post time 16-1-2026 08:34 AM | Show all posts |Read mode


LAU

SIBU: Di sebalik tekanan ekonomi yang menghimpit, sindiket penipuan dalam talian dilihat semakin agresif dan tidak berhati perut.

Terbaru, seorang ibu tunggal berusia 40-an yang bekerja sebagai penjual insurans di sin, menjadi mangsa taktik licik 'scammer' sehingga menanggung kerugian hampir RM9,000.

Kes itu mendapat perhatian Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) Sarawak selepas mangsa menghubungi Yang Dipertua MTPN Sarawak Lucas Lau untuk membuat laporan aduan mengenai jenayah yang menimpanya.

Lau menyatakan rasa kesal yang amat mendalam terhadap tindakan suspek yang sanggup memanipulasi emosi mangsa melalui tawaran hadiah bertuah 'SPayLater Installment' dengan menggunakan kad pengenalan dan kad pekerja yang dipercayai palsu untuk mendapatkan kepercayaan mangsa.

Beliau menegaskan bahawa tindakan menyamar ini merupakan kesalahan di bawah Seksyen 416 Kanun Keseksaan.

"Kes ibu tunggal ini hanyalah sekelumit daripada realiti yang lebih besar.

"Menurut statistik terkini, jenayah siber di Malaysia telah mencatatkan kerugian drastik mencecah hampir RM2 bilion setahun dengan puluhan ribu kes dilaporkan.

"Angka ini membuktikan pemangsa digital kini bergerak lebih profesional dan agresif dalam memerangkap rakyat yang tidak berwaspada melalui platform e-dagang," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Berdasarkan aduan yang diterima, Lau mendedahkan bahawa mangsa terperdaya dengan imbasan kod QR yang memberi akses kepada suspek untuk menceroboh akaun secara tidak sah, satu pelanggaran di bawah Seksyen 4 Akta Jenayah Komputer 1997.

"Wang simpanan mangsa dilesapkan melalui transaksi pantas, malah beliau turut dimanipulasi sehingga terjebak dalam pinjaman peribadi tanpa sedar yang kini membebankan mangsa dengan hutang tidak sah," jelasnya.

Justeru, beliau mengingatkan masyarakat agar sentiasa peka dan tidak mudah terperdaya dengan tawaran yang terlalu menarik untuk dipercayai.

Menurutnya, wang yang telah berpindah tangan sukar diperoleh semula kerana sindiket sering menggunakan identiti palsu dan akaun keldai untuk menyembunyikan jejak mereka.

Sementara itu, Lau menegaskan bahawa MTPN sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi menjalankan lebih banyak lagi program kesedaran kepenggunaan masyarakat.

Inisiatif ini bertujuan untuk menambah pengetahuan rakyat tentang hak-hak pengguna serta cara-cara melindungi diri daripada menjadi mangsa penipuan atau manipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Kesedaran awam adalah benteng terakhir.

"Walaupun undang-undang sedia ada melindungi pengguna, kewaspadaan kendiri adalah kunci utama bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa seterusnya kepada pemangsa digital yang tidak mengenal erti belas kasihan dalam keadaan sosioekonomi yang mencabar ini," tambahnya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
'Daftar Tahun Satu usia enam tahun, 143 negara sudah guna pendekatan sama' - Nurul Izzah
Abahmung'Daftar Tahun Satu usia enam tahun,
Views : 23879 Replies : 6
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 22039 Replies : 32
Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri' patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku
ultra78Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri'
Views : 21481 Replies : 6
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2023 Replies : 8
...CHAT ABOUT HUMANITY...
seribulan...CHAT ABOUT HUMANITY...
Views : 13939 Replies : 2028
QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
ipes2QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
Views : 17516 Replies : 148
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 4543 Replies : 17
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 24186 Replies : 8
30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Gadis Gen Z ini nak kahwin secara sederhana tapi kiciwa mak ayah nak majlis kahwin 'Grand'
YgBenar30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Ga
Views : 25471 Replies : 2
travel to chicago
kukukufdd456yDdtravel to chicago
Views : 14651 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 06:24 AM GMT+8 , Processed in 0.046925 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list