CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 44|Reply: 0

[Pulau Pinang] JBPM sasar tingkat keahlian persatuan kebajikan

[Copy link]
Post time 16-1-2026 04:29 AM | Show all posts |Read mode
Ahmad Izram (tiga,kiri) meneliti van jenazah yang diterima JBPM Pulau Pinang di Batu Kawan, hari ini. Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN / KOSMO!





JBPM sasar tingkat keahlian persatuan kebajikan



  • Oleh SITI NOR MAS ERAH AMRAN
  • 15 Januari 2026, 5:29 pm




Share on linkedin




SEBERANG PERAI – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyasarkan kadar keahlian Persatuan Kebajikan JBPM di setiap negeri melebihi 90 peratus bagi memperkukuh kebajikan pegawai dan anggota, terutama ketika berdepan bencana atau musibah.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM, Datuk Ahmad Izram Osman berkata, setakat ini kadar pendaftaran masih belum mencapai sasaran di beberapa negeri termasuk Pulau Pinang dan Kedah, dengan keahlian semasa masing-masing 716 orang (84.2 peratus) dan 712 orang (88.2 peratus).

“Di bawah kepimpinan Pengarah JBPM negeri ketika ini, saya yakin keahlian Persatuan Kebajikan dapat dipertingkatkan melebihi 90 peratus pada tahun ini.

“KWKB memang sedia ada, namun penyaluran bantuan mengambil masa kerana perlu melalui proses kelulusan tertentu.

Melalui persatuan kebajikan, bantuan dapat disalurkan dengan lebih cepat, sebab itu kita galakkan anggota mendaftar sebagai ahli,” katanya.

Beliau ditemui pada Program Sumbangan Kebajikan Persatuan Kebajikan JBPM dengan kerjasama Persatuan Isteri dan Pegawai Wanita Bomba dan Penyelamat Malaysia (PERISMA) Kebangsaan di Ibu Pejabat JBPM Pulau Pinang, hari ini.

Turut hadir, Pengarah JBPM Pulau Pinang, Mohamad Shoki Hamzah dan Pengarah JBPM Kedah, Awang Hidzhel Awang Bujang.

Dalam program itu, Ahmad Izram menyampaikan sumbangan kewangan kepada tujuh ahli persatuan yang terkesan akibat banjir di Kedah.

Selain itu, JBPM turut menerima dua van jenazah bernilai keseluruhan RM439,000 daripada Affin Bank Berhad melalui inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR), dengan sebuah van diserahkan kepada JBPM Kelantan dan sebuah lagi kepada JBPM Pulau Pinang. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2026/01/15/jbpm-sasar-tingkat-keahlian-persatuan-kebajikan/



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
'Daftar Tahun Satu usia enam tahun, 143 negara sudah guna pendekatan sama' - Nurul Izzah
Abahmung'Daftar Tahun Satu usia enam tahun,
Views : 23879 Replies : 6
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 22039 Replies : 32
Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri' patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku
ultra78Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri'
Views : 21481 Replies : 6
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2023 Replies : 8
...CHAT ABOUT HUMANITY...
seribulan...CHAT ABOUT HUMANITY...
Views : 13939 Replies : 2028
QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
ipes2QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
Views : 17516 Replies : 148
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 4543 Replies : 17
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 24186 Replies : 8
30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Gadis Gen Z ini nak kahwin secara sederhana tapi kiciwa mak ayah nak majlis kahwin 'Grand'
YgBenar30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Ga
Views : 25471 Replies : 2
travel to chicago
kukukufdd456yDdtravel to chicago
Views : 14651 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 06:23 AM GMT+8 , Processed in 0.534011 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list