|
View: 556|Reply: 5
|
[Tempatan]
"Toleransi Terhadap Rasuah Musnah Integriti Negara" ~ Yamtuan Besar Negeri Sembilan
[Copy link]
|
|
|
Edited by borne at 15-1-2026 11:41 PM
KUALA PILAH: Integriti negara akan musnah jika rakyat mengambil sikap bertoleransi dan menyokong pelaku rasuah, titah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.
Baginda yang kecewa dengan sikap segelintir masyarakat yang seolah-olah cuba menormalisasikan perbuatan tidak bermoral itu bertitah, ia juga turut melunturkan sifat amanah dan menjejaskan keadilan.
Titah baginda, sikap sedemikian meruntuhkan integriti institusi dan asas moral kerana gagal memahami bahaya rasuah yang menuntut penilaian lebih mendalam terhadap akidah, prinsip hidup dan nilai pegangan diri.
Baginda menegaskan, perbuatan sedemikian adalah musuh utama kepada keadilan, amanah dan masa depan negara.
“Beta amat terperanjat dan kecewa apabila masih wujud pihak yang terus memberikan sokongan kepada individu yang telah disabitkan bersalah atas tuduhan rasuah yang amat besar.
“Seolah-olah perbuatan tersebut boleh diterima dan dimaafkan. Sehubungan itu, beta menyeru kepada mereka yang masih menyokong penjenayah seperti ini, segera bermuhasabah diri serta menilai semula pendirian dan kepercayaan masing-masing.
“Ini kerana sebarang bentuk toleransi atau kompromi terhadap rasuah adalah bertentangan dengan prinsip kebenaran, keadilan serta amanah dan sama sekali tidak boleh diterima dalam sebuah negara yang menjunjung kedaulatan undang-undang,” titah baginda pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat sempena Hari Keputeraan Ke-78 baginda di Istana Besar Seri Menanti di sini semalam.
Tuanku Muhriz juga bertitah agar usaha menangani kos sara hidup perlu terus diperkukuh supaya tiada rakyat tercicir, khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
“Pencapaian mengurangkan kemiskinan tegar wajar diperkasakan melalui bantuan bersasar, kawalan harga, jaminan makanan serta peningkatan peluang pendapatan secara tersusun,” titah baginda.
Baginda juga bertitah kerajaan hendaklah mempergiatkan penyediaan kemudahan kesihatan serta mempertingkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan.
“Beta menyambut baik cadangan naik taraf dan perluasan Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban bagi meningkatkan kapasiti dan mutu perkhidmatan.
“Beta juga berharap pembinaan Hospital Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai dapat dipertimbangkan dengan teliti kerana ia berpotensi memperkukuh perkhidmatan kesihatan negeri,” titah baginda.
Sementara itu, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin ketika sembah ucapan tahniah dan taat setia berkata, Negeri Sembilan dijangka mampu meningkat kemasukan pelaburan bernilai RM8 bilion pada tahun ini.
Katanya, ia sekaligus mencerminkan pertumbuhan berterusan dan keyakinan pelabur terhadap prospek ekonomi negeri untuk rakyat.
“Sungguh demikian, menuju Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13), Negeri Sembilan terus memberi tumpuan untuk meningkatkan lagi daya saing ekonomi negeri.
“Matlamat kita adalah untuk meningkatkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negeri ini secara mampan dan inklusif, dengan memberi tumpuan kepada beberapa sektor utama yang berpotensi untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi negeri,” katanya. – UTUSAN |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Bukan Tuanku saja hairan, kami pun hairan Tuanku. Tapi insyaallah, majoriti silent voter sedar tentang perkara ini. Mereka dah ajar parti tersebut pada pru 14 & 15. Klu depa masih x sedar, pru 16 ini mungkin the last nail in the coffin utk mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Harap tuanku umur panjang dilapangkan usia dapat memerintah lama lagi. Tak sukalah delin tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Wak Jahid 47 Pornorogol sesambil berpelukan dgn si kaki spin tua kutuk hanat, sengeh2 tersenyum sinis  |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|