CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 59|Reply: 0

[Kedah] Baru tangkap dua ular, seekor lagi tiba-tiba muncul

[Copy link]
Post time 15-1-2026 07:29 PM | Show all posts |Read mode
Baru tangkap dua ular, seekor lagi tiba-tiba muncul

Zuliaty Zulkiffli[email protected]





Anggota APM Sik menjalankan operasi menangkap dua ular tedung selar di hadapan sebuah sekolah rendah di Begia. FOTO IHSAN APM




Sik: Anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sik yang baru selesai menangkap dua ular tedung senduk terkejut apabila seekor lagi ular spesis sama keluar dari lubang di hadapan sebuah sekolah rendah di Begia, di sini hari ini.

Ketua Skuad APM Sik, Sarjan (PA) Nurul Syuhadak Othman berkata, mereka menerima panggilan berhubung kehadiran ular tedung senduk itu pada jam 3.15 petang tadi.

Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi dia dan beberapa anggotanya mendapati terdapat dua ekor ular tedung senduk sedang mengawan dan bersembunyi masuk dalam lubang konkrit berdekatan laluan keluar waris menghantar dan mengambil pelajar di sekolah berkenaan.

"Lebih mencabar lagi apabila terdapat banyak lubang kecil di sekitar kawasan itu dan kami terpaksa mengawal kawasan berkenaan untuk mengelak ular itu lari.

"Lubang itu pula mempunyai kedalaman kira-kira satu meter dan berair menyebabkan kami terpaksa menunggu sehingga ular itu keluar dan akhirnya berjaya menangkap ular berkenaan kira-kira 10 minit kemudian, " katanya ketika dihubungi hari ini.

Nurul Syuhadak berkata, ketika dalam proses memasukkan dua ular berkenaan ke dalam guni, dia dan anggotanya ternampak kelibat seekor lagi ular spesis sama keluar dari lubang itu.

Katanya, mereka berjaya menangkap ular tedung senduk yang ketiga dan selepas mendapati kawasan itu selamat, mereka membawa ketiga-tiga ular berkenaan ke pejabat APM Sik sebelum diserahkan kepada pegawai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

"Ketika operasi menangkap ular itu dilakukan, sebahagian murid di sekolah itu baru keluar dari kelas dan disedari guru sekolah berkenaan yang kemudian menghubungi kami untuk mohon bantuan menangkap reptilia berkenaan.

"Ketika cuaca panas yang melanda waktu ini menyebabkan ular mencari tempat sejuk untuk berlindung dan orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati, " katanya.



Disiarkan pada: Januari 15, 2026 @ 6:46pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/01/1311350/baru-tangkap-dua-ular-seekor-lagi-tiba-tiba-muncul




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Quiz : Personality Test [Who is the biggest fool?]
gekkouQuiz : Personality Test [Who is the bigg
Views : 5741 Replies : 28
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2297 Replies : 19
Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau "Bunga Orked" Rakan Ofis
tumpanglalu74Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau
Views : 2559 Replies : 69
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 59283 Replies : 35
travel to chicago
kukukud56travel to chicago
Views : 3536 Replies : 0
Langsung tak ada job, Daí Syed spend time dengan anak bini je-hanya terima watak ustaz je
RalineLangsung tak ada job, Daí Syed spend ti
Views : 25303 Replies : 101
TRAVEL WITH GOJO
saturo1gojoTRAVEL WITH GOJO
Views : 4143 Replies : 0
SATURO GOJO TRAVEL
saturo1gojoSATURO GOJO TRAVEL
Views : 4245 Replies : 0
best  airlines services
kukukud456ydDdbest airlines services
Views : 4344 Replies : 0
TRAVEL WITH GOJO
gojo2344TRAVEL WITH GOJO
Views : 4950 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 03:19 AM GMT+8 , Processed in 0.039553 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list