CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 56|Reply: 0

[Kedah] Gajah liar ditangkap di Baling dipindahkan ke lokasi selamat

[Copy link]
Post time 14-1-2026 06:34 PM | Show all posts |Read mode
Gajah liar ditangkap di Baling dipindahkan ke lokasi selamat

BERNAMA




FOTO Perhilitan Kedah



Baling: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kedah hari ini memindahkan seekor gajah liar yang sebelum ini ditangkap di Kampung Charok Kapas, Kupang dekat sini ke habitat selamat.

Pengarah Jabatan Perhilitan Kedah Dr Abdul Malek Mohd Yusof berkata, operasi memindahkan gajah itu membabitkan kira-kira 23 petugas terdiri daripada kakitangan Jabatan Perhilitan Kelantan, Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah serta empat anggota Polis Diraja Malaysia Kedah.

"Unit Tangkapan Gajah (UTG) Jabatan Perhilitan Kedah berjaya menangkap seekor gajah liar jantan pada 7 Jan.

Hari ini, sekitar 8 pagi tadi, pembinaan 'loading bay' dan penarikan gajah liar telah dilakukan.

"Operasi pemindahan hari ini melibatkan dua ekor gajah denak bernama Sanum dan Rambai dan proses pemindahan selesai kira-kira 12.30 tengah hari tadi," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Dr Abdul Malek berkata, kemunculan gajah jantan dengan ukuran saiz tapak kaki sepanjang 41 sentimeter (cm) itu dikesan sejak Disember tahun lepas dan pelbagai usaha mengusir haiwan itu telah dibuat namun tidak berhasil.

Beliau berkata, pihaknya menerima beberapa aduan daripada penduduk setempat mengenai kehadiran gajah itu sejak tiga minggu lepas dan gajah jantan itu dipercayai datang dari kawasan Hutan Simpan Gunung Inas dekat sini.

Menurut Dr Abdul Malek, gajah liar itu berada dalam keadaan sihat dan pemeriksaan serta pemantauan telah dilakukan oleh petugas Jabatan Perkhidmatan Veterinar negeri.

"Pemasangan mikrocip dan pengukuran morfologi juga telah dilakukan.

Gajah jantan itu akan dibawa dan dilepaskan ke habitat selamat," katanya.



Disiarkan pada: Januari 14, 2026 @ 4:59pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/01/1310853/gajah-liar-ditangkap-di-baling-dipindahkan-ke-lokasi-selamat




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
travel
kukukud4rttravel
Views : 1112 Replies : 0
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 1818 Replies : 0
Menangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Penjara & Sebat Da’i Syed Kekal
GigihadidntMenangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Pe
Views : 15810 Replies : 31
SATURO GOJO TAVEL TIPS
saturo1gojoSATURO GOJO TAVEL TIPS
Views : 4444 Replies : 0
Quiz : Personality Test [Who is the biggest fool?]
gekkouQuiz : Personality Test [Who is the bigg
Views : 5741 Replies : 28
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2297 Replies : 19
Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau "Bunga Orked" Rakan Ofis
tumpanglalu74Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau
Views : 2559 Replies : 69
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 59687 Replies : 35
Langsung tak ada job, Daí Syed spend time dengan anak bini je-hanya terima watak ustaz je
RalineLangsung tak ada job, Daí Syed spend ti
Views : 25404 Replies : 101
TRAVEL WITH GOJO
saturo1gojoTRAVEL WITH GOJO
Views : 10406 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 07:54 AM GMT+8 , Processed in 0.068795 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list