CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1036|Reply: 1

Warga emas meninggal seorang diri selepas enam bulan isteri ‘pergi’

[Copy link]
Post time 13-1-2026 09:51 AM | Show all posts |Read mode





ALOR GAJAH – Seorang lelaki warga emas yang tinggal sendirian selepas kematian isterinya sejak Jun lalu ditemui meninggal dunia di rumahnya di Kampung Ayer Paabas, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.10 petang itu, mangsa yang berusia 60 tahun ditemui terbaring di lantai sebuah bilik di kediaman berkenaan.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ahmad Abu Bakar berkata, laporan berhubung kejadian diterima Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah melalui panggilan telefon dibuat orang awam pada pukul 6.15 petang.

“Pemeriksaan awal yang dilakukan pembantu perubatan Hospital Alor Gajah mengesahkan mangsa telah meninggal dunia dalam tempoh tidak lebih 24 jam.

“Sepasukan pegawai dan anggota polis yang turut bergegas ke lokasi mendapati tiada unsur jenayah atau kecederaan mencurigakan pada tubuh mangsa,” ujarnya kepada pemberita, hari ini.

Tambahnya, temu bual bersama waris iaitu anak-anak mangsa memaklumkan mereka masing-masing bekerja dan belajar di luar Melaka, manakala warga emas berkenaan tinggal sendirian selepas si isteri meninggal dunia pada Jun lalu.

“Waris mangsa memaklumkan bapa mereka mempunyai rekod penyakit jantung.

“Mangsa merupakan bekas pembantu perubatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebelum bersara wajib pada 2023 dan tinggal seorang diri selepas pemergian isterinya pada Jun tahun lalu,” ujarnya.

Katanya, mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah bagi proses bedah siasat dan punca kematian disahkan disebabkan kegagalan jantung.

Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2026 10:21 AM | Show all posts
Saya ada tengok di YouTube  satu pasangan yang sudah berusia 80 tahun lebih, suami dia meninggal, selepas 12 hari nenek tu pula meninggal, tapi meninggal dunia di hospital.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2026 07:51 PM GMT+8 , Processed in 1.532976 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list