CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1335|Reply: 1

[Tempatan] Gaji Hakim Naik 30% Mulai Januari 2026

[Copy link]
Post time 13-1-2026 12:40 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR : Golongan hakim perlu bekerja lebih keras sejajar kenaikan gaji 30 peratus yang diterima bermula bulan ini.

Ketua Hakim Negara, Datuk Seri Wan Ahmad Farid Wan Salleh berkata, kenaikan itu menyumbang kepada kebebasan badan kehakiman daripada pengaruh yang tidak wajar, selain menggalakkan para hakim menjalankan tugas tanpa dibebani isu kewangan yang tidak wajar.

“Hakim tidak menerima kenaikan tahunan dan dihalang daripada memegang jawatan lain atau terlibat dalam perniagaan.

“Kenaikan ini mencerminkan pengiktirafan ke atas badan kehakiman selain memperkukuh kebajikan para hakim,” katanya semasa berucap sempena Majlis Pembukaan Tahun Perundangan 2026 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kenaikan gaji hakim hingga 30 peratus bermula 1 Januari ini, selepas kali terakhir disemak pada 2015, semasa membentangkan Belanjawan 2026.

Wan Ahmad Farid berkata, landskap undang-undang berkembang pesat memerlukan hakim mengikuti perkembangan dan melengkapkan diri dengan pengetahuan baharu.

Jelasnya, kenaikan gaji selaras dengan peningkatan tanggungjawab dan hakim-hakim perlu meningkatkan ilmu melalui pembacaan meluas.

Beliau turut menyifatkan pelaksanaan itu penting dan tepat pada masanya kerana ia merupakan pelarasan pertama sejak sedekad lalu selepas semakan terakhir pada 2015.

“Jawatan kehakiman membawa bersama jangkaan bahawa hakim banyak membaca, sentiasa mengikuti perkembangan semasa perundangan dan dalam kalangan masyarakat, melengkapkan diri dengan pengetahuan baharu serta tidak pernah berhenti menimba ilmu” katanya. – UTUSAN

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2026 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo Bijan yang kasi raise ni mampos la dia kene maki sogok hakim2..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Najib Masih Mahu Jadi Tahanan Rumah
MahathirinaNajib Masih Mahu Jadi Tahanan Rumah
Views : 1478 Replies : 10
EPSTEIN FILES PT.2: Founder Victoria Secret dalang pemerdagangan seksual
Tumpang-SibokEPSTEIN FILES PT.2: Founder Victoria Sec
Views : 1584 Replies : 1
Welcome to The Holy Land...
Tumpang-SibokWelcome to The Holy Land...
Views : 23710 Replies : 9
Najib 'sangkut' ke semua tuduhan kes 1MDB
maklukpenggodaNajib 'sangkut' ke semua tuduhan
Views : 67121 Replies : 48
berita malam seram:pocong parit buntar tumpas.jadi bahan jenaka Public Health Malaysia
YgBenarberita malam seram:pocong parit buntar t
Views : 26297 Replies : 22
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 57513 Replies : 1092
WUTHERING HEIGHTS
SY_MumiWUTHERING HEIGHTS
Views : 350 Replies : 3
THE BRIDE!
SY_MumiTHE BRIDE!
Views : 281 Replies : 2
Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 17 kondominium
ultra78Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 1
Views : 30822 Replies : 8
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 278547 Replies : 1527

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2026 01:37 AM GMT+8 , Processed in 0.038944 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list