CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 681|Reply: 1

[Tempatan] Tayar Lori Meletup Dan Terpelanting Dari Jejambat

[Copy link]
Post time 12-1-2026 01:36 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


SEPANG: Insiden tayar lori menghempap sebuah kereta berdekatan pusat beli belah di sini, semalam disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, pemandu lori disiasat kerana memandu dalam keadaan tidak cermat dan tidak bertimbang rasa.

Beliau berkata, dalam kejadian di laluan Jalan Kajang – Puchong itu, pihaknya menerima laporan polis kira-kira pukul 8 malam melibatkan dua buah kenderaan iaitu sebuah lori jenis ‘tipper’ dengan sebuah kereta jenis Proton Satria.

“Hasil siasatan mendapati lori berkenaan dalam perjalanan dari Kajang ke Puchong dan sejurus tiba di lokasi nahas, tayar belakang lori itu meletup dan terpelanting serta jatuh ke bawah ‘flyover’ lalu menghempap bumbung belakang kereta berkenaan.

“Kedua-dua pemandu telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, kedua-dua pemandu mempunyai lesen dan kemalangan ini tidak menyebabkan kecederaan kepada kedua-dua mangsa sebaliknya hanya melibatkan kerosakan kenderaan.

Jelasnya lagi, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat semasa kejadian ini berlaku diminta menghubungi dan hadir ke mana-mana balai polis yang berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat kes Inspektor Nurul Sakela Ramli di talian 019-5588221 atau 03-87774264

Media semalam melaporkan seorang pemandu cemas apabila keretanya dihempap tayar lori berhampiran pusat beli-belah IOI Putrajaya, semalam. – UTUSAN

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2026 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Ngeri gile..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Quiz : Personality Test [Who is the biggest fool?]
gekkouQuiz : Personality Test [Who is the bigg
Views : 5741 Replies : 28
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2297 Replies : 19
Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau "Bunga Orked" Rakan Ofis
tumpanglalu74Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau
Views : 2559 Replies : 69
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 59283 Replies : 35
travel to chicago
kukukud56travel to chicago
Views : 3536 Replies : 0
Langsung tak ada job, Daí Syed spend time dengan anak bini je-hanya terima watak ustaz je
RalineLangsung tak ada job, Daí Syed spend ti
Views : 25303 Replies : 101
TRAVEL WITH GOJO
saturo1gojoTRAVEL WITH GOJO
Views : 4143 Replies : 0
SATURO GOJO TRAVEL
saturo1gojoSATURO GOJO TRAVEL
Views : 4245 Replies : 0
best  airlines services
kukukud456ydDdbest airlines services
Views : 4344 Replies : 0
TRAVEL WITH GOJO
gojo2344TRAVEL WITH GOJO
Views : 4950 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 03:19 AM GMT+8 , Processed in 0.581885 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list