|
View: 892|Reply: 8
|
[Tempatan]
BAP 2026 Diagihkan Mulai Esok [ Layak Sehingga Tingkatan 6 ]
[Copy link]
|
|
|
KUALA TERENGGANU: Bantuan awal persekolahan (BAP) berjumlah RM780 juta akan diagihkan kepada 5.2 juta pelajar bermula minggu ini.
Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Operasi Sekolah), Zainal Abas berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) sudah menyalurkan bantuan itu kepada pengurusan sekolah dan boleh diagihkan kepada pelajar bermula esok.
“Kita harap pihak sekolah boleh agihkan BAP bermula esok dan dijangka selesai minggu ini. Setiap pelajar mendapat RM150. Jika lima anak yang bersekolah, kelima-limanya layak mendapat BAP.
“Semua pelajar layak menerima bantuan awal ini termasuk pelajar tingkatan enam,” katanya dalam sidang akhbar pada Sesi Lawatan Hari Pertama Persekolahan 2026 di Sekolah Kebangsaan Gong Tok Nasek , di sini, hari ini yang turut dihadiri Pengarah Pendidikan Negeri, Kamsah@Kamal Mohamed.
Pada sesi kali ini, seramai 21,300 murid tahun satu di negeri ini memulakan persekolahan hari ini.
Sementara itu, beliau berkata, pemasangan kamera litar tertutup ( CCTV) di sekolah dilaksanakan secara berperingkat dengan fokus kepada sekolah berasrama dan mempunyai jumlah pelajar tinggi.
Katanya, sepanjang tahun lalu, sejumlah RM5 juta diperuntukkan untuk pemasangan CCTV di sekolah.
“Jumlah sekolah di seluruh negara adalah 10,247 dan bertambah tahun ini. Jadi kita akan teliti perkara itu secara berperingkat,” katanya. – UTUSAN |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kebykan skolah dpt dlm minggu ni. Ramai yg cuti esok sbb mula skolah,lps tu cuti lg ambik BAP ???? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Pasni pengetua pulak masuk lokap sebab sorok duit BAP.
Ada dah berlaku murid yang layak tak dapat..  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Tahun lepas masuk acc bank. Tp lama gak nak masuk boleh plak ada masalah.
Tahun ni maybe cash la kot tp taktaulah bila cikgu takda kabo apa pun pasal ni
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Saya tertanya-tanya sama ada terdapat sebarang rancangan untuk melaraskan jumlah BAP pada masa hadapan bagi memadankan kos peralatan sekolah yang semakin meningkat, terutamanya bagi keluarga yang mempunyai ramai anak atau mereka yang tinggal di kawasan kos tinggi.
Geometry Dash |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Eqx replied at 11-1-2026 08:16 PM
Pasni pengetua pulak masuk lokap sebab sorok duit BAP.
Ada dah berlaku murid yang layak tak dapat ...
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
tumpanglalu74 replied at 14-1-2026 12:59 AM
Mintak sangat probe gurubesar & pengetua ye. Duit BAP pun ramai jadi gelap mata. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Eh ngeri pulak aku bace yang gubesar Sabah kene bunoh dengan wife atas katey tu sebab duit BAP ni..  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
As a result of the success of Friday Night Funkin, websites that provide instructions, reviews, and fnf playable versions of the game enjoy high levels of engagement and a high number of return visitors. |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|